Saturday 27 October 2012

Muncul Semula..

Haloha...

Fuhh.. fuhh.. Fuhh... Peerrgghh... Berhabuk sakan Mr Bibi ni.. hoho
Hari ni baru dang berkesempatan untuk menaip semula.. Sejak 2-3 minggu ni, dang sangatlah sibuk sehingga masa untuk blogwalking dan juga mengupdate blog terpaksa dibatalkan a.k.a dihentikan buat sementara waktu.. Niat dihati bukan nak melupakan terus Mr. Bibi ni, tapi dang perlu fokus kepada yang lebih mustahak lagi..

Sejak semester bermula, macam-macam yang dang perlu handle.. Selain tugasan harian sebagai pelajar, dang juga perlu menguruskan pelbagai program yang telah diaturkan untuk semester ni.. Tambah-tambah lagi, semester ni dang memegang tanggungjawab sebagai Setiausaha 1 untuk satu program khidmat masyarakat dan juga untuk satu lawatan.. Memang tak menang tangan dibuatnya.. Tapi nasib baiklah dang mempunyai rakan sejawatan yang masing-masing membantu dan tolak ansur antara satu sama lain.. Tugas pun dah dibahagikan dengan saksama. Jadi tekanan sebagai setiusaha tu tak adalah terasa sangat.. Terima kasih kepada teman sejawatan dang iaitu Nad dan Eton sebab sama-sama menjalankan tugas.. hehehe

Lepas ni, kemungkinan besar adalah entry-entry terbaru dang yang dang nak kongsikan bersama.. Terutama sekali tentang aktiviti-aktiviti dang sepanjang program nanti.. Dalam hati tak sabar nak turun berprogram ni.. Dah lama sangat dang tak rasakan tu semua.. Sebelum-sebelum ni kalau cuti semester sahaja, memang muka dang muka program.. Macam-macam dang join.. Tak kisahlah persatuan dari mana pun.. tapi tu semua hanya tinggal kenangan...

Jadi, lepas ni jangan tak jenguk ye Mr. Bibi dang ni.. Lepas ni, macam-macam entry akan dang update..
Insyaallah..
Ok lah, selamat pagi semua... hehehe


peace ;p

Wednesday 10 October 2012

Dessert.. :D

Haloha...

Keenakkan terasa bila sesuatu yang diidamkan (terutamanya makanan) tercapai... Itulah yang berlaku pada dang... Hajat di hati mengidam untuk makan ais krim baskin robbins... hehehe.. Dan hajat itu telah ditunaikan oleh Si Dia... Dah lama Si Dia berjanji nak belanja dang, dari hari jadi dang lagi... Jadi, alang-alang dah berada di KL hari tu, dapatlah merasa... 

Lagi pun, ni la 1st time Si Dia merasa ais krim BR... Si Dia ni kurang gemar makan benda-benda manis... Dan dia tak ada geng untuk mencuba semua ni.. hehehehe.. Bila dengan dang, macam-macam la Si Dia dah mencuba benda-benda baru.. Kitaorang akan sama-sama share kegemaran masing-masing.. hehehe.. Setakat ni, Si Dia boleh terima cara dang dan begitu juga sebaliknya.. Kitaorang ni jenis yang mudah dan ringkas je.. Asalkan tak menyusahkan orang, ok dah.. hehehe..

 Jadi bila dengan dang, terpaksalah Si Dia ikutkan sahaja kehendak dang... Atleast, Si Dia dapat mencuba sesuatu yang baru.. Bukanlah selalu makan ais krim yang mahal-mahal macam ni, hanya ikutkan keadaan.. (terbang jugak lah RM 14.++) hehhee.. Apa-apa pun dang ucapkan terima kasih sangat-sangat sebab tahan melayan kerenah dang ni.. hohoho.. Ais krim ni juga sebahagian daripada hadiah hari jadi dang... :D

Yumyum... PUAS !!!
Kanak-kanak Ribena.. :)

Terima kasih abang.... :D
Semoga dilimpahkan rezeki lagi....



peace ;p

Monday 8 October 2012

Hari Bahagia Itu Tiba Jua Akhirnya...

Haloha...

Hari Sabtu yang lalu adalah hari bersejarah bagi keluarga dang... Majlis ringkas yang telah menyatukan dua jiwa menjadi satu telah ditakdirkan.. Jodoh yang telah ditetapkan telah sampai juga akhirnya... Alhamdullilah..

hehehhe.. Jangan cepat melatah... Bukan dang yang mendirikan rumah tangga ni tetapi abang sedara dang, abang firdaus.. Tema hari bahagia ialah kelabu + merah.. Jom terjah gambar yang sempat Sorfina dan dang rakamkan.. hehehe


Pasangan pengantin yang secocok dan sepadan... Ceria je abang firdaus dan kak jannah ni... 
Masing-masing sporting taw... hehehe


Giliran pak cik Man (ayah dang) menepung tawar pengantin.. Dalam hati berkata, "bila lah tiba masanya anak aku punya turn... " Eh ??? hehhehe


Flower girl's.... 
Sabrina, dang dan deeba... 
Masa hari kejadian, dang dan dorang berdua ni ditugaskan untuk beri cenderahati kepada para tetamu.. Nasib baiklah khemah ada 3 je.. Kalau 5, habis dang.. hehhee...


Bersama pengantin baru... Sempat juga bergambar.. hehehe..
Sweet... :)


Candid Time !!!!
Sebelum pengantin sampai, masing-masing posing dulu... hehehe..
Ambil berkat katanya... hohoho



Akhir kata, dang ucapkan selamat pengantin baru kepada abang firdaus dan kak jannah.. Semoga berbahagia sampai ke akhir hayat dan cepat-cepat dapat baby... Semoga hubungan yang terjalin akan diberkati selamanya..
Amin...:)



peace ;p


Thursday 4 October 2012

OutStation Seketika...

Haloha...


Malam ni dang akan OutStation untuk seketika...
Buku-buku kesayangan dan semua tugasan terpaksa tolak ke tepi.. Segala proposal minta ditangguhkan.. Jadi kepada sesiapa yang ingin mencari dang, harap maklum mesej anda tidak akan di layan.. hehehhe.. Bukan apa, dang perlukan ruang seketika.. heheh.. (Poyo je minah ni..)

Jadi, selamat tinggal DUNGUN !!!!
Kepada eton dan rozi, duduk rumah baik-baik... Masak elok-elok.. hehehhe
Jumpa ahad ni.. Doakan dang kembali semula.. Amin...



peace ;p


Kepercayaan Di Ragut...

Haloha...

Sedih bila orang yang kita percayakan iaitu kawan kita membuat satu perkara yang sangat-sangat mendukakan hati... Bila kepercayaan tu dah tak ada dalam diri, harap maaf lah ye.. Memang susah untuk di capai semula..

Hurm... Inilah luahan hati dang minggu ni.. Dalam 2 hari lepas, sepatutnya kawan dang dah bayar balik hutang yang dia pinjam.. Tapi sampai sakarang hutang tu belum dijelaskan.. Janji nak pulangkan seminggu sebelum raya tapi sampai sekarang, habuq pun tak ada.. Memang punya ttuurrrrrrrrrr la kan.. Dalam hati memang tersesak jugak la.. Dah la lari budget, tak pasal-pasal dang pulak yang berhutang dengan orang.. huhuhu.. Dang hanya bagi tempoh setakat minggu depan sahaja... If kawan dang tetap tak bayar dan banyak bagi alasan, memang Face-to-Face.. Bawa geng.. Tak tahan dah asyik menagih hutang.. Orang yang berhutang plak wat derk je.. huhuhu


moral of the story: jangan sesekali bagi pinjam duit dekat kawan. Fullstop!!!


peace




Tuesday 2 October 2012

Layan Kan Aje...

Haloha...

Baru sempat nak berblogwalking... hehehe.. Memandangkan kelas hanya ada 2 kelas sahaja, dang, eton dan rozi telah membuat plan untuk merehatkan minda yang tak berapa nak kusut ni.. Masing-masing memang 1 kepala bila meronda nak jalan-jalan... Ada je masa terluang, pasti akan ke MM untuk melayan movie masing-masing (berpandukan pada bajet yang ada)... hohoho..

Hari ni dang dapat menonton movie Untuk 3 hari lakonan afdlin, vee dan rashidi.. Memang dang terharu sangat lakonan yang disampaikan oleh afdlin dalam cerita ni.. Bila ditelitikan balik, macam Si Dia pun ada watak afdlin ni.. hehehe.. Gaya dan penerimaan dia terhadap dang sama macam dalam cerita ni.. hohoho

Cerita banyak-banyak pun tak guna.. Jadi, sapa-sapa yang tak tengok lagi cerita Untuk 3 hari ni, pergilah saksikannya ok... Bagi dang tak rugi pun.. Sama-sama memartabatkan hasil seni negara... hehehe



peace ;p