Wednesday 30 November 2011

Hati Ini Telah Dimiliki..

Haloha..


30.11.2011

Hati ini telah disunting oleh seorang jejaka yang sederhana orangnya.. 
Ramah, sensetif, pandai mengambil hati, mengambil berat..
Membuatkan dang tertarik dengan caranya..
Menyulam satu ikatan perhubungan yang menyatukan 2 jiwa.. 
Pertemuan yang singkat telah mengeratkan ia..

Harapan dang, tidaklah terlalu tinggi..
Jika dia untuk dang, kekalkanlah hubungan ini sebaik mungkin..
Jika dia hanya menjadi persinggahan dalam hidup dang, 
keredhaan yang dang minta dariMu..
Amin..


peace ;p

Friday 25 November 2011

Banyak yang tertangguh..

Haloha..


Aaaiiii... Hurm... Mengeluh je 24 jam... Buruk betul perangai.. hohoho.. Jangn jadi macam dang yer.. Sejak seminggu ni, sibuk + penat mengalahkan YB.. Bagi dang biar penat secara fizikal sebab boleh lagi tahan, ni penat otak.. Tu yang tak menahan.. Memang boleh colleps di buatnya.. 

Asignment banyak yang tak siap lagi.. Semua berderet untuk disiapkan dan due date tak lama lagi je ni.. Lepas tu, hutang dang kepada korang pun makin bertambah.. Perasan x?? Tahu takpe, banyak entry dang tertangguh sejak akhir-akhir ni.. Maaflah ye, ini semua terpaksa.. Tak dapat dang nak elakkan.. Nanti dang tunaikan janji-janji ni ye.. Korang terpaksalah tunggu sikit je masa lagi dengan kemunculan entry-entry dang ek..

Oklah, dang nak sambung wat kerja plak.. 
Nanti dang juga yang gelabah semacam je..hoho


peace ;p

Sunday 20 November 2011

20112011.. Lawa kan ???

Haloha... 

Hari ni korang perasan tak tarikh sangat lawa..
20.11.2011
Dan hari ini juga adalah hari lahir kawan sekelas dang.. Iaitu Eton.. Dia muda setahun dari dang.. Cadangnya nak sambut malam ni, nak buat kejutan tapi dianjakkan ke petang tadi.. Bukan apa, cuaca pun tak menentu, jadi kenalah buat awal sikit.. hihi

Kali ni, sambutan hari jadi Eton, kitaorang buat ringkas-ringkas je.. Ingatkan nak bagi KEJUTAN BESAR kat eton tapi sayangnya, tak dapat.. Korang mesti fikirkan hadiah kan ?? Yup, memang hadiah tapi ia adalah orang.. hihihi.. Untuk ketua perangcangnya sapa lagi kalau bukan dang kan. Dang ingat nak jemput secret admire si eton ni datang sekali tapi last minutes, secret admire dia ada plak kerja yang perlu dia selesaikan.. Jadi, tak dapatlah teruskan plan tu.. Jadi, dang dan yang lain pakat-pakat makan besar je la kat kedai tadi.. Makan satu kelas.. Dan yang penting, adanya kek hari jadi.. hihihi

Birthday Girl.. ETON..



So, eton.. Kak Did ucapkan 
Selamat panjang umur dan dimurahkan rezeki..
Jangan nakal-nakal plak..
Umur tu dah meningkat.. Bila ada kenduri nanti, jangan lupa jemput ye.. hihi


peace ;p

Maaf.. Terpaksa hutang 1 entry..

Haloha..

Baru tinggalkan beberapa hari Mr.Bibi, ramai yang jenguk ke sini.. 
Dang ucapkan terima kasih banyak-banyak..

 Untuk makluman kawan-kawan, dang selamat tiba di Dungun tepat pada pukul 5.15 pagi hari sabtu. Jadi, korang faham-faham la ye, sampai je rumah terus mencari tilam.. Pagi tu juga, adanya modul yang dang dan sekelas perlu hadirkan diri. Walaupun terbabas dalam beberapa jam, tapi nasib baik kehadiran diambil kira. Kalau tak, sia-sialah datang.. huhuhu

Jadi, untuk entry ke Melaka yang lalu dang terpaksa tangguhkan. Ini kerana semua gambar yang dirakam dang tak copy lagi.. hihi.. Jadi, sabar la ye untuk mengetahui kegiatan dang di sana.. Insyaallah, dalam masa terdekat ni dang akan update tentang trip dang.. hihihi

Jangan risau, dang tak tinggalkan kosong je entry ni tapi dang selitkan kenangan di sana kat sini.. hihi

Di dataran pahlawan, Melaka



peace ;p

Tuesday 15 November 2011

Out Station - MELAKA..

Haloha...

Masa makin tiba untuk menyelesaikan tugasan seterusnya. Walaupun banyak masalah dan kerenah yang berlaku, tak kiralah dari pihak pensyarah, kawan-kawan atau dan pihak yang berkaitan tapi semuanya dapat diatasi dengan penuh sabar dan berhemah.. hoho.. Memang mencabar nak handle perkara yang berlaku, tapi biarlah ia menjadi pengajaran dan pengalaman untuk budak kelas dang. Sebab realitinya semua manusia berbeza.. Betul tak ?? hoho..

Esok adalah hari yang di nanti-nantikan.. Ini kerana mengikut jadual yang ditetapkan dan dipersetujui semua pihak, jika tiada aral melintang, berangkatlah dang sekelas ke MELAKA untuk projek kelas. Ini adalah salah satu tugasan di bawah subjek Procurement Management yang dibelajar untuk kos pengurusan operasi under fakulti pengurusan perniagaan.. Itu serba ringkas yer berkenaan dengan subjek dang.. hoho

Berbalik pada tujuan asalnya ialah, dang nak nyatakan sepeninggalan dang ke Melaka tu nanti, Mr.Bibi dang ni terpaksalah di tinggalkan buat sementara waktu.. Dang pergi pun tak lama, cuma 3 hari 2 malam sahaja.. Jadi, nantikan entry-entry dang bersama rakan sekelas di dalam pengembaraan dalam pengalaman ke Melaka ni nanti.. hihihi

Nak tahu cerita selanjutnya...
Korang kenalah TUNGGUUUUUUUU !!! 
hihihihi



Doakan perjalanan dang sekelas 
selamat sampai dan balik ke destinasi dengan selamat ye..
Ok lah, nak packing beg dulu.. 


peace ;p

Sunday 13 November 2011

Sudah Kembali Bercahaya..

Haloha..

Ringkas dan Cepat..

Sekarang segala kekusutan telah diuraikan dengan baik..
 Jadi, tunggu untuk melaksanakan sahaja..
Mengira detik untuk ke agenda seterusnya..


peace ;p

Saturday 12 November 2011

Sehari di AEON Jusco, Melaka..

Haloha..


11.11.11... 
Adalah hari yang memenatkan.. Kenapa ?? Sebabnya ialah dang berjimba dengan adik dang, Yon.. Saja jalan-jalan di AEON Jusco, Melaka. Dah seminggu terperap kat rumah jadi sebelum dang balik ke dungun, bolehlah hirup-hirup udara luar plak. Selain tu, dang nak beli belah sikit dalam perancangannya.. hihihi.. Dah lama tak cuci-cuci mata kan.. Jangan jeles yer Dibah... 

Sampai je kat sana, dang berpecah dengan Yon. Bukan apa, senang sikit dang nak jalan-jalan. Kalau Yon ikut membebel je dibuatnya. Biasalah kalau orang lelaki ikut perempuan beli barang.. Korang pun dapat bayangkan jugak kan ??? Dang terus meluru ke kedai Elianto.. Sebab itulah tujuan utama dang.. hihi.. Kat sini apa lagi, lipstik lah menjadi pilihan dang. Lagi pun semua produk kecantikan dang datangnya dari elianto. Dang serasi dengannya.. Korang pun cubalah.. Pasti memuaskan hati.. hoho.. Lepas tu, dang terjah plak ke kedai Topgirl.. Kat sini, dang usha skirt labuh plak.. Teringin nak pakai.. Belek punya belek, tup-tup berkenan 1 skirt ni.. Apa lagi, terus rembat.. hahha.. Lepas tu, blouse plak dang bedal.. Complete 1 pakaian.. Bukan joli sakan yer, tapi semua tu dalam budget dang.. Tak lebih tak kurang.. hahha..

Tepat pukul 420 petang, movie time.. Dang, Yon dan 2 orang kawan dia menonton wayang plak.. Pada mulanya nak tengok Immortal tapi tak jadi dan beralih ke The Adventure of TinTin..Best cerita TinTin ni.. Tak rugilah tengok.. Ingtkan orang betul, rupa-rupanya kartun.. memang lainlah kartun dia.. Gempak !!! Seterusnya, isi perut plak.. Lapar dah rasa.. Pizza menjadi pilihan..

Yon, adik dang...
Fie ( kawan Yon ) sebelah kiri dan adik Fie (Jihah) kanan ni..


Selesai makan, solat dan teruskan window shopping. hihihi.. Dang teruskan perjalanan dengan mencari tali pinggang plak.. hahha.. Ingatkan nak teman Si Jiha je, rupa-rupanya dang pun sangkut sekali nak beli tali pinggang.. hihihi.. 

Bila semua barang dah dapat, tibalah masa untuk balik plak.. Gerak beransur pulang pukul 940 malam macam tu. Bayangkan jalan-jalan selama tu.. Memang krem kaki semua.. hahha.. 

Ok lah, sekarang dang nak berehat plak... Pagi nanti nak balik dungun dah.. 
Mau rehatkan badan dan tidur.. hoho.. 
So, selamat malam semua.. Semoga mimpi indah..


peace ;p

Friday 11 November 2011

Kisah Kaki Pembuli..

Haloha..

Sudah beberapa hari ni dang jarang mendengar suara Si Pembuli.. 
Sihatkah dia ?? Terlalu bz ke ?? 
Sampaikan langsung tak mesej atau menghantar khabar berita.. 
Tapi tadi bila sahaja Si Pembuli ni telefon memang hati berbunga-bunga macam bunga mawar sedang elok mekar.. hihihi.. 

Dengan Si Pembuli ni macam-macam dang kongsikan.. Saling bertukar cerita, pengalaman dalam bidang bekerja dan yang paling utama Si Pembuli ni suka menyanyi.. Suara memang sedap.. Dang suka dengar.. Secara jujurnya, dang tak pernah jumpa dengan Si Pembuli ni.. Dang kenal pun melalui alam maya, apa lagi kalau bukan MUKA BUKU.. Jangan risau, bukan orang lain pun.. Si Pembuli ni juga salah seorang kenalan dang merangkap kawan Ex-bf dang.. 

Sejak 2 menjak ni, Si Pembuli sangat bz.. Jadi, barulah dang tahu mengapa dia jarang menghantar berita. Selalu sangat out-station. Si Pembuli ni merengek jugak sebab kerja tak tentu masa tapi bila Si Pembuli ni meluahkan apa yang dia rasa, dang hanya menjadi pendengar yang setia.Kalau dang nak menyampuk, dang akan cakap benda yang realiti je dan terus terang. Dengan Si Pembuli ni tak boleh cakap lapik-lapik, nanti dia tak paham.. hihi.. 

Dengan Si Pembuli, dang senang bersama dengan dia. Antaranya, Si Pembuli ni jadi diri sendiri, terus terang dengan apa yang dia rasa, suka menyakat dang (PEMBULI), dan secara tak langsung mudah menasihati dang..  hihihi... 

Buat masa ni, dang hanya anggap Si Pembuli sebagai teman yang boleh berkongsi apa sahaja.. Korang jangan fikir bukan-bukan plak yer.. Si Pembuli ni hanya boyFRIEND sahaja.. hihihi.. 

Bila teringat kat Si Pembuli, dang akan dengar lagu ni.....

v
v
v
v
v
v


Sebabnya, dalam lagu ni banyak tentang Si Pembuli ni.. 
Secara tak langsung, dang faham akan dia.. hoho.. 

Kenapa dang gelarkan dia SI PEMBULI ??
Bila dalam telefon je, dang yang akan selalu kena BULI dengan dia. Selain tu, Si Pembuli ni jugak akan mencari sebab mengenakan dang.. Tak payah la nak cerita apa yang dia buat, sebab tak terkira.. huhu.. Dalam persahabatan ni, tak silap dang dah 2 kali rasanya Si Pembuli ni buat dang menitiskan air mata.. Bukan sebab kena dera tapi di BULI DENGAN KEJAM !!! Korang sendiri boleh bayangkan.. huhu.. 

Kini, terubat sudah bila mendengar suaranya..
hihihi
Boleh tidur dengan nyenyak.. hahahaa


peace ;p

Thursday 10 November 2011

Master Of Ceremony..

Haloha..


Petang-petang ni baru dang teringat bahawa ada tugasan yang lain yang dang perlu lakukan. Sebelum cuti, ketua projek dang bagi Demostrasi Jalan Raya & Seminar Keselamatan, Izah telah memberitahu bahawa dang diberi amanah dan dipertanggungjawabkan untuk berada dalam biro program. Bagi dang, ia sesuatu yang akan memperlihatkan ketelitian dang dalam melancarkan program tersebut. Jadi, untuk mempersiapkan diri ni, dang kena lah prepare apa-apa yang patut sebelum program tu berlangsung. Walaupun program ini adalah program terakhir bagi semester ni (berlangsung pada Disember), tapi persiapan awal kena buat dah. Secara tak langsung, ia juga mengembalikan daya kreabiliti dang dalam bidang ni. Sebelum ni, bukanlah tak pernah dang berada dalam biro program, cuma keadaan majlis tu yang berbeza. Jadi, perasaan gemuruh tu menebal sikit. hohoho.. Dang juga dibantu oleh teman dang iaitu, Azuan a.k.a Chong dalam biro ni. Ni pertama kali dang akan bekerjasama dengan dia. Hope semuanya berjalan lancar.. hoho

Bukan itu sahaja, kemungkinan besar dang akan menjadi pengacara majlis pada hari kejadian atau lebih senang disebut MC ( Master of Ceremony ).. hohoho.. Memang 1 tanggungjawab yang sangat besar. Sebab bagi dang tak semua orang boleh bercakap depan orang ramai. Lagi pun dang rasa 2-3 kali je dang jadi MC ni.. Pengalaman memang ciput la kalau nak diikutkan. Jadi, untuk meningkatkan skill dalam pengacara ni, dang apa lagi, godek-godek la internet.. Cari info untuk memperhalusi skill yang ada dan fahamkan apa itu sebernarnya MC dan tanggungjawabnya.. hihi.. Lantaklah orang nak cakap dang gelabah ke, poyo ke, yang penting dang siap sedia dari awal.. Bukan apa, belajar dari kesilapan lalu jugak kan.. Tak gitu korang ?? Kalau sesiapa yang nak info tentang MC ni, jenguklah sini.. atau jenguk sini plak.. Tokoh dalam bidang ni sapa lagi kalau bukan............

v
v
v
v
v
v


Datuk Mahathir Lokman
Selain tu juga, dang tadi dapat mesej dari setiausaha program khidmat masyarakat ( Imah ), iaitu salah seorang komiti dalam satu program yang dang handle. Imah bagi tahu, bahawa dang akan memberikan ucapan dalam Majlis Perasmian dan Penutupan Program Beramah Mesra dan Gotong - Royong pada 25 November ni. Hurm.. teks ucapan kena gak prepare.. Nasib baik dapat tahu awal, kalau tak memang spontan la jawabnya.. Tu yang tak berapa nak berkenan. Sebab kalau spontan takut merapu je.. hoho

Jadi, persiapan awal memang sangat-sangat penting. Bukan sahaja dalam berprogram tapi juga dalam belajar.. Pesanan ni untuk diri dang jugak.. hihihi


peace ;p

Sabar Je Lah..

Haloha..


Masa makin suntuk untuk persiapan lawatan melawat kilang ni. Hari ni setiausaha dan wakil PR (Diejah dan Shap) datang ke Melaka. Agendanya ialah untuk pergi ke syarikat dan mendapatkan kebenaran untuk buat lawatan. Sepatutnya dang join sekali, tapi masa tidak mengizinkan dan ada urusan yang perlu diselesaikan dengan segera. Setakat ni tak ada khabar berita yang dang dengar. Hope semuanya berjalan lancar la yer.. Jangan sampai kitaorang ni menunggu sampai tinggal tulang udah la.. hoho


peace ;p

Wednesday 9 November 2011

SKETCH..

Haloha..

Alhamdullilah.. Cuaca cerah je kat Melaka ni.. Semua pakaian kat ampaian kering dengan baik. Begitu jugaklah untuk tugasan yang diberikan. Walaupun yang ini tugasan pertama baru siap, dan yang lain masih lagi tertangguh, dang akan cuba siapkan sebelum balik ke Dungun. Hope sempat selesaikan.. hihi

Tugasan ni semalam baru dang dapat. Dalam erti kata lain, dang tawarkan diri untuk membuatnya. Bakat melukis memang dang kurang tapi bila ada imaginasi yang tinggi kita pasti boleh lukis walaupun lukisan yang dilukis tu nampak kelakar. Betul tak ?? Salah satu sebab yang lain plak, dulu time diploma dang pernah buat Storyboard untuk assigment. Jadi kali ni yang membezakannya ialah kena buat storyboard untuk demostrasi jalan raya. So, dang rasa mudah je. hohoho.. Lagi pun tak salah membantu, bukan untuk sape-sape pun tapi untuk program kelas dang juga. Ketua Projek pun dah pening cari sape yang boleh handle storyboard ni, so dang hulurkan bantuan. Untuk program kali ni dang dalam biro program, jadi tak kisahlah tu kerja sape pun.. hihihi.. Program yang bakal dijalankan ni dang tak nak kecoh-kecoh dulu. Nanti dah sampai masanya, barulah dang kongsikan yer.. hihi

Storyboard Demostrasi Jalan Raya
Dang dah emailkan kepada Ketua Projek untuk tengok hasil storyboard ni. If ada pape yang perlu dibaiki, ok je.. Sebab dang pun kena gak ikut imaginasi ketua.. hoho.. Dalam belajar ni, teguran tu sangatlah penting untuk meningkatkan mutu kita.. hihi.. Harap-harap storyboard ni diterima la yer.. Ni je yang termampu dang buat.. hohoho


peace ;p

Bila Ia Bakal Tiba..

Haloha..


Bakal tercetusnya satu memori terindah atau tidak ???


peace ;p

Tuesday 8 November 2011

Masih Berusaha..

Haloha..

Lagi cerita tentang trip kelas dang.. Tengah hari tadi dapat feedback yang agak mengecewakan.. Sekarang ni semua syarikat menolak untuk menerima lawatan dari pihak dang. Hurmm.. Roger kepada yang tertinggi, tiada sebarang feedback.. Tak tahulah apa yang akan jadi.. Masih lagi berusaha...

Sekarang ni ada masa dalam 3 hari sahaja lagi untuk selesaikannya sebelum pulang ke Dungun..


peace ;p

Ada Gaya Tak ??

Haloha..

Pernah dengar tentang rancangan yang memberikan daya kreativiti yang tinggi dan aturan teknikal yang tangkas ?? Kalau korang pernah dengar, pasti korang akan mengikuti rancangan tersebut. hihi.. Rancangan yang dang maksudkan ialah Junior MasterChef.. Dang baru berpeluang untuk menonton 
Junior MasterChef Australia siri 1. 
Walaupun lambat, tapi dang tak kisah.. hahaha.. Dang tetap setia menontonnya.. Dah balik ni, macam-macam dang terjah kat Astro.. Kalau kat dungun, tak adanya masa nak tengok TV.. Untuk siri ni, juaranya ialah Isabella, 12 tahun tak silap dang. Memang cara budak-budak ni masak sangat mengagumkan dang. Bayangkan, kalau budak-budak kat malaysia ni masak macam tu, memang dang tabik la.. Tapi ada ke rancangan tu kat Malaysia ?? Yang dang tahu, hanya MasterChef bagi orang dewasa je.. Budak-budak tak ada lagi setahu dang... huhuhu.. 

Jika korang ada anak-anak atau adik la yang paling dekat kan, korang akan bagi sokongan untuk join rancangan ni tak ?? Bak kata pensyarah PD dang, orang malaysia ni kurang support anak-anak dalam bidang yang anak-anak gemarkan. Sebab yang ibu bapa tahu, nak anak-anak membesar ikut pasaran kerja sekarang. So, pendapat korang ?? Tak perlu kata apa-apa.. Hanya senyum jer.. Masing-masing fikirkan la yer.. Berbeza dengan negara luar, ibu bapa akan perhatikan anak-anak lebih kepada bidang mana (cth: masak) so, dorang akan dedahkan dari kecil lagi..

Juara Junior MasterChef Australia Siri 1, Isabella (12 Tahun)
saingannya Jack (12 Tahun)
Salah satu yang membuatkan dang terikut-ikut menonton rancangan ni sebab, dang gemar tengok skill masak-masak ni.. Bukan hanya dang tapi ayah dang pun sama. hihihi.. Ayah punya rancangan AFC.. Lagi 1, dang dulu time sekolah ambil bidang masak memasak ni kat teknik. Tapi hasrat untuk meneruskan terbantut sebab dang tahu dang tak dapat hadapi cabaran dalam bidang ni. Masak untuk alas perut dang ni bolehlah.. hihi

1st time masuk bengkel nak buat donut.. hihi
Ketika jamuan berbuka puasa.. Rewang time !!
Biskut raya plak..
Amacam ?? Ada gaya tak macam Isabella dulu-dulu ?? hihii.. Tu semua hanya kenangan tapi skill yang dang pelajari sangat bermakna. Sejujurnya dalam bidang masakan ni yang dang dapat kongsikan ialah :

1. Kita tak perlu takut untuk mencuba sesuatu yang baru.
2. Sentiasa berjiwa kental bila dikritik.
3. Yakin dengan apa yang dimasak.
4. Sentiasa memperinovasikan masakan yang ada

pesanan ringkas dari Chef Dang.. hihi


peace ;p


Monday 7 November 2011

Tiada Istilah Cuti.. Fullstop !!!

Haloha..


Risau bila memikirkan perkara yang belum diselesaikan lagi.. Minggu hadapan, kurang dari seminggu ( 16-18nov 2011 ) sahaja lagi 1 lawatan akan berlangsung.. Namun, syarikat yang akan dilawati masih lagi kabur. Buat masa ni, hanya 2 syarikat sahaja yang memberikan kerjasama dalam trip ni. Yang lain ?? Hurm.. hanya boleh mengeluh je.. huhu.. Jika ada masalah dalam lawatan ni, bukan sahaja akan memberikan kesan pada nama baik batch dang tapi juga pada markah seluruh team.. 

Sampai ke hari ni feedback yang diterima semuanya menghampakan. Trip kali ni akan diadakan di Melaka.. Yup tempat dang sendiri..Walaubagaimanapun, sangat susah bagi dang untuk memberikan perkilangan yang ada di sekitar sini. Dang ni nama je duduk melaka yer tapi dah namanya duduk memang stay in dekat rumah je la. Lagi pun semua kenalan dang ada di KL, jd dekat melaka ni tak ada link sangat. Ayoyo..

Dalam minggu bercuti ni, alang-alang ada di melaka, dang akan roger mana-mana syarikat yang dang tahu untuk menyelamatkan trip kelas kali ni. Lagi pun dang kena tebus sesuatu dengan pensyarah dang, Encik Arif.. huhu.. Dia pun dah amanahkan kepada dang before balik aritu.. Mood cuti pun dah tak macam cuti.. tetap kena menguruskan tugasan. 

Esok, hari bekerja dah bermula. Hope sangat syarikat yang dang akan hubungi sebagai backup diterima dengan baik. Selain tu, dang ni pun tunggu masa je PR trip dang roger dang untuk gerak ke syarikat yang lain.  Tapi sampai sekarang tak ada plak tanda-tandanya.. Makin risau macam ni..

Good Luck !!!! 
untuk dang dan semuanya..

Dalam fikiran mula berlegar-legar mencari puncanya jadi begini,

Adakah ini masalah lambat bertindak untuk mengetahui status setiap syarikat yang dipilih ???
ATAU
masalah sikap sambil lewa dalam sesuatu tugasan dalam sesetengah golongan ???




peace ;p

D-Tag. KENA Laksanakan !!!

Haloha..


Ada masa terluang, baru boleh laksanakan tugasan dalam berblogging ni.. 
Apa lagi kalau bukan TAG. 
Selepas di tag oleh 2 orang mak cik 
merangkap teman sekuliah dang time diploma, 
Maria dan Areen.. 
Memang kena buat la kan.. Kalau tak, mau dang kena tempiasnya.. hihihi
Jadi, kepada yang tak ada banyak masa, silalah terus klik X, 
dekat hujung belah kanan tu ye..
Jimat masa korang kan.. hohoho

************************************************

First : The Rules.

1. You must post these rules.
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. Answer the questions the tagger set for you in their post. And create 11 new questions for the people you tagged to answer.
4. You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5. Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER.
6. No tag back!
7. No stuff in the tagging section about 'YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS' YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WILL ALL HONESTLY) have tagged 11 people.



11 Things About Me:

1. Seorang yang mementingkan kesempurnaan.
2. Tidak suka membazir ( Lebih-lebih lagi bab makan ) hihi
3. TAK SUKA makan BUAH.. Actually banyak juga yang dang tak makan..
4. Suka shopping.
5. Suka baca novel ( thriller )
6. Mudah berkawan
7. Mempunyai senyuman yang lebar ( senyum ikhlas )
8. Pendiam bila berada di kalangan yang tak kenal
9. Sentiasa think positif pada orang lain ( tu yang selalu kena tipu.. haha )
10. Suka warna-warna yang ceria
11.Masih mencari " Jejaka Idaman " (*_*)

*********************************************************

Soalan-soalan yang perlu dijawab dari Areen

First impression bila jumpa aku ?
Terkejut gila.. sebab tak sangka budak teknik (kos kejuruteraan awam) ambil kos sama dengan dang..

Lepas kawan dengan aku, korang rasa aku ni kawan yang macam mane ?
Seorang yang cool dan senang minta tolong bila diperlukan..

Percintaan tu penting tak bagi umur-umur kita yang sekarang ni ?
Sangat penting.. Tapi kalau family carikan calon suami/isteri, boleh lagi la dianggap dalam kawalan cinta-cinta ni..

Ada gf/bf tak ? Sape nama ? ( nama penuh )
Tak ada.. hahahha.. Masih seperti dulu..

Dah berapa lama bersama gf/bf tu ?
Tak dapat nak nyatakan.. haha

Korang berkawan lagi tak dengan ex-gf/ex-bf korang ?
Yup.. Sesetengahnya menjadi kawan baik.. Separuh lagi hilang tanpa khabar berita..

Paling suka binatang apa ?
Sebenarnya tak ada langsung.. Sebab tak minat..

Apa benda yang korang teringin sangat-sangat nak buat ?
Nak melancong setiap bulan.

Negara yang korang teringin sangat nak pergi ? Sebab ?
Denmark. Ireland. Denmark. Sempena tercetusnya nama dang, DID..

Kalau korang diberi pilihan untuk memiliki satu benda dalam dunia ni, apa yang korang teringin sangat nak ? Itu mesti benda / Material.
Rumah Kampung Asli. ( dari setiap aspek kena ada ciri-ciri kempung )

Jenama dan model hp yang korang guna sekarang
Sony Ericsson C901

*********************************************************

Soalan-soalan yang perlu dijawab dari Maria

Sejauh mana korang kenal Marya Hana
Sejujurnya, dang masih lagi perlu kenal dan selidik lagi sape Marya ni.. kuikui.. Baru 3tahun kan.. So, macam-macam lagi nak kena gali.. hihi

First impression pasal aku
Kurus gila minah ni !! ;p

Suka / Tak blog ni. Sebab
Suka sangat-sangat.. Muaah2 !!
Kerana banyak info dang dapat terutama sekali dari Sifu dang la kan, Maria tentang rakan-rakan dip.. Boleh kongsi story morry bila tak ada member nak tadah telinga.. Dan juga boleh hantarkan pesanan kepada orang-orang tertentu.. tteettt !!! haha

Kalau boleh kembali ke masa silam, apa yang korang nak baiki dalam hidup.
Dalam pembelajaran.. banyak memorinya.. hoho

1 filem fantasi pilihan
Susah ni nak jawab sebab banyak sangat.. hoho..
hurm... " Beauty and The Beast "

3 blog pilihan
Jiji Yu

Izuddin Rahim

H.J

Ada fashion idol ? Sape ?
Buat masa ni takda.. haha.. Hanya jadi diri sendiri.. 
Pakai apa sahaja asalkan yakin dengan penampilan.. 
Cukup !!!

Berapa lama untuk siapkan 1 entry
Tak tentu.. bergantung pada al-kisahnya macam mana..

Kalau tengah marah, apa yang korang buat
Diamkan diri.. Masuk bilik maki hamun semua.. Tak pun call member yang tahan kena maki.
 So, baru release.. hahhaha

Pendapat tentang lelaki main kayu tiga
Sangat KEJAM !!! TAK BERHATI PERUT !!!
 berdasarkan dari pengalaman.. huhu

Kata-kata semangat untuk Marya Hana
Sentiasa tabah dalam menghadapi dugaan hidup.. walau apa pun ko lalui, 
jalani ia dengan senyuman di bibir walaupun ia menyakitkan.. 
peace no war.. hhihihi


Selesai tugasan tag.. hihihi
Malas nak tag-tag orang sebab tak ramai yang jenguk blog ni.. hahha


peace ;p

Saturday 5 November 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha..

Haloha..


Tahun ini apa pengorbanan yang korang dah lakukan ???
Pasti ada yang baik.. tak kurang juga yang kurang baik kan.. 
huhuhu
Fikir-fikirkan..


peace ;p

Pulang Juga Akhirnya..

Haloha..


Alhamdullilah.. Syukur dang ucapkan kerana dang selamat tiba di melaka semalam. Walaupun perjalanan agak lewat tapi itu tak membuatkan perjalanan dang terhenti. Tiba di melaka agak lewat 1 jam, kira-kira dalam pukul 9 lebih, baru sampai di Melaka Sentral. Biasalah sebab lewat, kereta banyak, ada berlaku kemalangan.. Macam-macam dugaan.. Dalam perancangan nak naik teksi je balik rumah, tapi mak dang risau sangat so, jiran dang yang ambil dang kat sana. Thanks Cik Eda.. :)

Pengorbanan seorang jiran..
Korang ada ???
hihihi


peace ;p

Wednesday 2 November 2011

Khidmat Masyarakat.. Bereh !!! :)

Haloha..

Sabtu yang lalu (29 okt 2011), dang dan rakan sekelas terlibat secara langsung dalam khidmat masyarakat yang merupakan salah satu program under subjek PD iaitu Personal Develepmont. Subjek ni dibawah En.Ahamd. Walaupun cuaca yang tidak brapa nak cerah, hujan yang sentiasa menemani kitaorang, tetapi perjalanan program tetap berjalan dengan lancar. Program ni dijalankan di Kampung Balai Besar 1, Dungun. Tugas untuk hari itu hanya mengecat balai raya untuk bagi cantik dan membersihkan kawasan sekitar balai raya ni.. 

Jadi, sekarang ni dang biarkan klik-klik yang bercerita.. hihi

Wajah Balai Raya sebelum di selamatkan.. kuikui

taklimat sikit.. untuk smoothkan perjalanan.. :)
Ketua projek (dang) dan ketua biro program (paq)..


Sesi membersihkan habuk-habuk dijalankan sebelum sesi mengecat mengambil tempat.. 
Semua berganding bahu.. Bagus !!!








Dalam menyiapkan kerja cat mengecat ni, dibantu oleh wakil penduduk sini juga.. Selain dari dang yang akan memastikan tidak ada apa-apa masalah yang berlaku..


Dalam program ni, kebajikan jangan dilupakan. Setiap waktu makan, memang akan terhidanglah makanan yang telah dimasak oleh wakil penduduk. Korang jangan terkejut plak, bukan penduduk kampung je yang masak tapi wakil dari UiTM pun turut memberikan sumbangan tenaga dalam masak memasak ni.. Dang agihkan 3 orang wakil untuk sesi masak-masak ni.. Dan hasilnya memang terbaik.. hihihi







Selesai semua tugasan, acara kemuncak telah berlangsung. Majlis penutup ringkas ni dilakukan untuk mengucapkan ucapan terima kasih dari Pengerusi KRT Balai Besar kepada pihak dang sekelas.. :)


Dari Kiri:
Paq (Biro Program), Tok Anang, Cikgu Ya (Pengerusi KRT),
 Miss Nik (Pemantau UiTM), Dang (Ketua Projek)
Bacaan doa oleh Chas..
Wajah gembira Ketua Projek..
Pengerusi KRT, Cikgu Ya..


Ta da.... 
Inilah hasilnya setelah berpenat lelah menyiapkan tugasan.. hihihi



Dalam program kali ni, yang dang dapat kongsikan ialah semuanya memberikan kerjasama yang sewajarnya. Dang ucapkan tahniah dan sangat-sangat berterima kasih kerana memberikan sokongan padu yang tidak ternilai. Tanpa korang, memang susah program ni nak jalan..

Peringatan kepada semua, program ini belum berakhir lagi.. 
Untuk majlis penutup dang harap akan lebih baik dari sebelum ini.. hihi


peace ;p