Wednesday 29 June 2011

Insurans.. Penting!!

Haloha.. :)

Kisah sedih, dang tak nak fikir lagi.. sekarang masa untuk teruskan hidup bersama orang yang sayang kita... Itu penting dalam kehidupan.. kepada orang yang tak sayang kita, abaikan je orang tu.. rasa memang kejam, tapi tak salah kan sekali skala jadi kejam... hahhaahaha..

Kita stop dari buka balik kisah sedih-sedih ni.. sekarang nak crita yg happy2 jer.. betul tak?? :) Hari ini, dang ikut mak pergi ke AIA.. untuk apa?? mcm la korang semua tak tahu, untuk bayar insurans adik-adik dang.. bukan apa, berbalik pada tajuk entry kali ni, insurans memang penting.. jadi, kepada sesiapa yang tak ada lagi insurans, cepat-cepat la pergi apply.. bukan apa, ni untuk masa depan jugak.. lebih baik bersiap sedia dari dah terduduk dengan masalah kan.. apa salahnya, duet yang lebih-lebih tu bayar insurans lagi bagus dari membazir tak tentu arah.. hohoho...

bukan apa, masa dang temankan mak dang pergi bayar tu, mak dang ada bertanyakan tentang insurans ni semua.. alang-alang nak cek baki, tanya la bila matang semua.... ingt manusia je ada matang-matang ni, insurans pun ada gak taw.. bila dah dengar semua penjelasan pihak AIA, memang penting insurans ni.. lepas tu, bukan senang-senang nak keluar, memang tak salah bila nak keluarkan tapi bila difikirkan balik, rasa sayang tu.... bagi dang, biar sampai beranak pinak baru best... ini semua diperlukan bila masa kita tua atau ada hal-hal kecemasan.... :) 



peace ;p 

Tuesday 28 June 2011

TEKANAN AKU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

T.E.K.A.N.A.N


B.E.N.C.I


M.E.R.A.N.A



peace ;p

Monday 27 June 2011

Jom..Kembali ke sekolah..

Haloha.. :)

Tengah hari tadi, dang berpeluang untuk mengikut mak dang mengambil adik dang si deeba balik dari sekolah.. mak dang ajak, tengok-tengok keadaan sekolah dia.. dang pun dari tak ada wat apa kat rumah, jadi ikut je la kan.. sambil tu bleh la tengok-tengok kawasan sekitar... dari rumah dang, memang jauh perjalanan ke sekolah deeba.. lebih kurang dalam 30 minit jugak la... bagi dang yang 1st time pergi, memang trasa sangat jauhnya.. dah macam hulu kampung.. tapi sekolah deeba ni besar.. dalam keadaan kekampungan lagi... :)

bila tengok gelagat budak-budak kat sekolah, teringat dang time dang sekolah dulu... memang berbeza sangat.. lebih2 lagi style pkai tudung..dlu time dang pkai tudung semua kena lipat tudung supaya nampak kemas.. tapi sekarang, dang tengok semuanya terpacak ke atas cara budak-budak sini pkai tudung.. dah macam pokok ru pun ada.. tak pun yang lebih tepat macam pokok krimas.. hahhaha... lepas tu, yang dang dapat perhatikan cara pkai stoking...dulu time dang semua kena pkai stoking panjang.. tak ada nya, stoking yang pendek-pendek ni.. sekarang ni dang tengok sampai tak tahu mana 1 kasut mana 1 stoking... semua sama je dang tengok... yang paling ketara ialah pkai kain sekolah... dlu pakai semua labuh sikit..tak ada la sampai nleh sapu sampah 1 sekolah... tapi sekarang dang tengok semuanya pakai kain dah ala-ala banjir 1 kawasan plak... taw la kat kuching ni semuanya tak kisah tapi apa salahnya pkai biar nampak kemas... dan yang terakhir dang perhatikan kat sini ialah budak-budak yang pakai songkok mesti pkai yg style songkok tinggi punya... macam ala-ala nak menari zapin tu.. kalau dekat sekolah semenanjung, pkai songkok pun yang ala-ala saiz biasa je kan.. 

tu la sedikit sebanyak gambaran yang dapat dang kongsikan antara keadaan pemakaian sekolah sewaktu dang dulu sehingga kini adik dang yang berada dekat sarawak... :) berbeza...

teman-teman blogger plak macam mane?? mesti ada yang buat perkara pelik jugak kan?? hihihi


peace :)

Kembali sedar..

Haloha... 

Malam tadi mood dang masih lagi dalam keadaan yang tidak terkawal... tak tahu dang nak luahkan kat sape.. jadi dang mengambil keputusan luahkan segala apa yang dang rasa kat CK.. nasib baiklah CK sudi meluangkan masa tidur dia walaupun dang dan dia tahu yang pagi-pagi nanti CK akan pergi bekerja.. walaupun macam tu, tapi CK tetap temankan dang.. bila ada peluang nak marah, gadoh, nangis dan seangkatan dengannya, dang haburkan dekat si CK.. CK la menjadi tempat dang crita semuanya malam tadi.. bukan apa, bila rasa marah tu tak lepas... dang merasakan sempit sangat kat dalam dada ni.. bila dah terluah, memang tak terkira la leganya.. macam buang air besar la orang kata... PUAS!!!!!

malam tadi juga la baru dang tersedar kembali dengan apa yang berlaku... bukan dang terus brubah, tapi cuba nak kembali normal seperti biasa... nak wat macam mana kan, penyakit putus cinta ni memang sakit... tak kan la korang semua tak pernah rasa kan?? jadi, mesti korang phm kan bila dah berada dalam keadaan yang macam ni... :(

sekarang ni, masa dang dalam keadaan yang kurang baik... jadi, terima la seadanya..
hurm................



peace ;(




Sunday 26 June 2011

Maaf.. Risaukan HANI.... :(

Haloha....

Sebelum tidur malam tadi, untuk meluangkan masa yang ada dang on9 FB dang... dalam secara tak langsung, dang telah mendapat 1 berita yang mengejutkan.. bukan kerana kematian tapi lebih pedih dari tu.. orang yang dang anggap sebagai teman yang boleh dang percayai telah mengkhianati dang.. dang paling pantang bila ada orang khianat dan menipu dang secara senyap... teman-teman blogger mesti peningkan sebab tak tahu crita yang sebenar.. dang nak crita pun, dang tak pasti nak kongsikan atau tak.. tapi kalau dang tak luahkan, dang yang sakit nanti... :( jadi, kalau sesiapa yang tak nak baca, dang sarankan awal-awal cepat pangkah k.. jangan terus biarkan anda membuat ketupat di sini.. TQ..

untuk perkenalan yang masih dalam usia yang muda ini, dang telah berkawan dengan seorang jejaka yang berasal dari Shah Alam... cukuplah korang semua tahu namanya Mr.D... dalam perkenalan yang singkat ni, dang merasakan aura yang boleh membuatkan dang dan dia akan kekal lama.. tapi dang tetap takut sebab kalau dang mula rapat dengan seseorang, pasti akan ada pihak ketiga yang akan mendampingi.. untuk dipendekkan crita, apa yang dang takutkan selama ni ternyata telah jadi.... dalam perhubungan dang bersama Mr.D, datang seorang gadis, CMS yang hadirkan diri dalam hidup Mr.D.. bila dang dapat tahu, memang sakit tapi dang anggap masih lagi dalam keadaan terkawal sebab dang tak ada bukti yang kukuh.. bila dang bertanyakan kepada Mr.D, pasti dia menyatakan hanya kawan je... dang terima sebab dang pasti akan dapat tangkap jugak kalau orang yang menipu.. sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.. begitu juga la Mr.D... akhirnya malam tadi, kesahihan perhubungan Mr.D bersama CMS telah wujud.. memang sakit untuk dang trima tapi nak buat macam mana... berserah memang dah dang buatkan tapi perasaan BENCI pada lelaki telah meluap-luap dalam diri dang... dang tak marah kalau Mr.D mengaku secara terang kepada dang dan jujur dengan dengan dang, tapi yang dang tak boleh trima 

KENAPA TAK BERTERUS TERANG ????????????

 itu yang membuatkan dang 

TERAMAT MARAH !! 
SAKIT HATI !!! 
KECEWA !!!!

bukan sekali hal ni jadi kepada dang, tapi dah menjadi titik noktah hidup dang bila berpasangan... dang paling KO dalam bab perhubungan ini.. tak tahu lah kenapa.. tapi dah jadi macam BADI plak... sekarang ni cukuplah perhubungan dang bersama Mr.D.. tamat di sini....  

dalam mood yang begitu tertekan, dang kongsikan dekat teman dang yang sanggup susah dan senang bersama dang... iaitu HANI... semua masalah ni, dia tahu dari awl sampai the end.. tapi, dang rasa bersalah sangat sebab dang dah buatkan hani susah hati.. bukan la dang nak buat dia risau, tapi dang tak ada tempat nak luahkan apa yang dang rasakan.. semua maki-makian dan perkataan pape lagi bila marah, semua hani terima.. tak pasal-pasal kawan dang kena tabur dengan dang disebabkan seseorang yang bernama LELAKI...

kepada HANI, dang minta maaf yer.. bukan apa, dang tak ada niat pun nak buat macam tu.. pape pun trima kasih sebab sudi temankan dang bila dang perlukan seseorang... hani banyak membantu dang dalam nasihat.. dang sekarang dah ok sikit sbb adanya sokongan hani dekat dang... bukan la dang tak mahu kongsikan bersama keluarga, tapi dang rasakan tak manis plak bila nak critakan tentang ni dekat mak dang.. tak nak mak dang risau je.. itu la objektif utama.. bila ada kwn yang boleh menenangkan kita, dang dah cukup rasa bertuah... :)

" THANKS HANI........................ "


hani..
teman semasa susah dan senang...

mood: terkilan + benci........




peace ;(

Tak sia-sia.. :)

Haloha semua blogger... :)

Bertemu lagi bersama dang untuk entry seterusnya... hihihi... bukan apa, dang tak sabar nak berkongsi crita dang bila dang dekat sarawak ni... macam-macam dang nak kongsikan tapi bila broadband slow menjadi penghalang untuk dang kongsikan bersama teman-teman blogger semua.. tapi teman-teman semua jangan risau, jika ada je masa terluang atau line internet laju macam formula 1 kat sepang tu, gerenti 100% dang akan mengupdatekan Mr Bibi ni... hihihi.... 

ok la.... dang teruskan dengan berkongsi apa aktiviti dang untuk hari pertama dekat sarawak ni... macam biasa bila dah lama tak jumpa keluarga, mestilah dang akan meluangkan masa bersama dengan adik-adik dang... sape lagi kalau bukan deeba dan asyraaf yang banyak mulut ni... untuk melepaskan gian si deeba ni yang dah lama nak tgk wayang, dang ikutkan je.. lagi pun dah lama jugak dang tak tgk wayang... last tgk wayang bersama hani dan khalid kat alamanda baru2 ni... hihihi... movie yang dipilih si deeba ialah KL Gangster.. mak dan ayah dang tak ikut tgk wayang, jadi dang, deeba dan asyraaf je yg menonton... 1st time tgk wayang kat pangggung Spring (shopping complex kat Kuching) ni, dang rasa pelik sikit... bukan apa, semua pengunjung semuanya macam muka cina... nak tgk melayu asli, memang susah la kan.. dah ckp kat sarawak, jadi kena la trima kan... hahhaha.. pelik sebab semua pandang pelik kat dang.. rata-rata semuanya tak bertudung.. jadi, bila tgk orang lain pkai tudung, tu yg usha pelik je.. tapi, dang wat bodoh je.. relaks kan diri.. hohoho

untuk movie KL Gangster memang terbaik.. dang rasa puas sangat sebab berbaloi la dang habiskan duet semata-mata nak tgk movie ni.. walaupun dah lama crita ni kuar, tapi tetap terbaik bagi dang.. myb salah 1 sebab dang memang sukakan crita aksi.. jadi, memang pilihan yang bijak... hihihi... aksi yang ditonjolkan oleh para pelakon memang real je.... dengan penghayatan watak yang dang rasakan masing-masing berjaya hayati dengan baik... :) kalau dari 10 bintang, dang akan bagi 9 bintang... itu dari pendapat dang.... 

asyraaf (adik bongsu) dan dang... paling banyak cakap..memang untuk dia title tu.. haha
berangan nak pkai purdah plak.. hahha.. 1 hari nanti...



dang dan adik-adik... :)



selesai menonton, terus jumpa balik dengan mak ayah dang.. dorang tunggu kat KFC je.. sambil2 tu makan.. sampai je, turn dang dan adik-adik plak menjamu selera.... hihihi.. lepas tu, masing-masing dah penat kan.. cukup la dah berjalan seharian untuk hari ni... untuk minggu depan, mak dang dah plan untuk bawa ke tempat yang lain plak yang ada kat kuching ni.. memang dang tak sabar nak pergi... untuk minggu ni, dang akan menghabiskan masa kat rumah je.. sbb apa?? kan time sekolah, jadi time cuti la baru jalan-jalan dan cuci mata lagi... hihihi.. jangan risau, tempat yang akan dang lawati mesti akan meninggalkan banyak kenangan... hihihi

tak sia-sia dang datang ke sini... keluarga dang pun sangat beria-ria nak tunjukkan dang semua tempat yang ada...kalau ikutkan ayah dang, memang nak berjalan je tanpa mengenal penat..... hihi

 " TERIMA KASIH MAK AYAH................ "



peace ;p

Tiba Jua.. :)

Haloha... :)

Hari ni baru dang berkesempatan untuk berkongsi bagaimana perjalanan dang dari melaka sehingga ke Sarawak... memang 1 perjalanan yang memenatkan sehingga dang boleh naik pitam la di buatnya.. huhuhu.. dari melaka, dang dah bergerak ke TBS untuk pergi ke selayang.. bukan apa, dari selayang pak uda dan mak uda dang akan menghantar dang ke LCCT... aik?? buat apa dang ke sana?? pergi mana lagi, kan nak terbang ke sarawak..hihihi.. nak dipendekkan cerita, dang sampai ke LCCT dalam pkul 7 lebih jugak...bukan pagi tetapi malam taw 1st time pergi sana memang sesat jugak dang kat dalam tu.. dah mcm Explorece.. bila di ingtkan balik, kelakar pun ada.. hahahaah..


dengan berkat doa kawan-kawan, dang dah selamat sampai ke sarawak dengan baik... trima kasih kepada kawan-kawan yang mendoakan keselamatan dang.. :) hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.. sampai kat lapangan terbang kuching, tepat pukul 12 pagi... keluarga dang la yang menyambut ketibaan dang... hihi.. lepas tu trus pergi isi perut kat kedai mamak.. apa lagi, mee goreng mamak menjadi santapan dang.. :)

tiket penerbangan dang..... :)

dah sampai kem, apa lagi terus di buai mimpi indah la kan... orang ckp kat bila kita kat tempat baru, susah mahu tidur kan.. tapi tidak dang... tetap tidur dengan nyenyak.. hahahha



peace ;p

Thursday 23 June 2011

Bye-bye Semenanjung..

Haloha.. :)



Hari ni adalah hari terakhir dang dekat semenanjung... esok, Jumaat dang akan berlepas ke Sarawak.. dalam perancangan flight akan berlepas dalam pukul 930 malam... jadi, dang cuma harapkan kawan-kawan semuanya doakan perjalanan dang selamat yer... walaupun tak ada la jauh mana tapi perasaan takut tu ttp dang rasa.. bukan apa, ni 1st time dang naik flight.. so, cuak tu memang tahap babun jugak la... hope semuanya berjalan lancar... 

itu je yang dang nak kongsikan... so, dah sampai sana dang akan kongsikan lagi entry2 yang lain, ok?? tunggu kemunculan dang seterusnya... :)



pic ni tak ada kaitan dengan tajuk entry kali ni.. hanya suka-suka... hihihi



peace ;p

Sirih Pulang Ke Gagang Siri III (Final day)

Haloha teman-teman blogger.. :)

kini, dang nak kongsikan hari-hari terakhir dang dalam program SPKG kali ni... walaupun program berlangsung hanya 3 hari 2 malam,tapi bagi dang banyak lagi dang nak kongsikan dengan adik-adik ni.. myb dalam kesuntukkan masa ni, kita akan berjumpa lagi pada masa yang lain... :) bukan setakat antara adik-adik je, tapi antara fasi juga.. banyak dang belajar dan berkongsi dengan semua yang terlibat..

untuk hari terakhir ni, adik-adik hanya berkongsi pengalaman dengan fasi-fasi dan begitu juga sebaliknya... sesi soal jawab banyak dibuat untuk lebih clear kan mana yang tersimpul.. selain tu, surat cinta juga dibuat.. teman-teman blogger jangan salah sangka taw, ni bukan la surat cinta yang biasa-biasa tapi surat dari adik-adik untuk akak dan abg fasi dorang.. bukan untuk memuji tapi lebih kepada komen dan pandangan untuk mempertingkatkan lagi cara fasi itu sendri.. dang juga tidak terkecuali... kita ni kan hanyalah manusia biasa jadi penting untuk orang lain menegur salah kita.. btl tak?? 

dalam surat yang dang dapat, adik-adik ni cakap dari segi untuk perbaiki lagi, dang ni tegas... perlu relaks dan gila-gila sikit.. untuk yang mantain kan, dang ni talkative dan banyak crita yang dikongsikan... dang ambil ni semua untuk diri dang.. terima kasih kepada adik-adik yang sudi menerima nasihat dan saling memberikan pandangan untuk akak dan abg semua... kepada Amir, teman dang dalam menjadi fasi berkumpulan, terima kasih juga diucapkan sebab dari pengalaman amir, dang juga banyak menimba ilmu... pengalaman hidup juga banyak membantu... :)



kena denda tetap kena kalau buat salah..


group dang dan amir....


bergambar kenangan bersama adik-adik....

kepada fasi-fasi sekalian, jika ada salah dan silap dang sepanjang program ni berlangsung, dang minta maaf yer... terima kasih sebab banyak berkongsi dan memberikan kerjasama antara satu sama lain...

" Sayang korang semua.................... "

ada rezeki, kita akan berjumpa lagi pada program akan datang... Insyaallah..



peace ;p

Sirih Pulang Ke Gagang Siri III (2nd day)

Haloha semua... :)

untuk hari kedua ni, dang dan bersama rakan-rakan fasi terus menjalankan aktiviti yang disediakan... untuk kali ni lebih banyak LDK yang dijalankan... LDK yang dibuat memang memberikan adik-adik ni berfikir untuk jangka masa yang panjang.. dapat membuat keputusan dan memilih yang baik untuk menjalani kehidupan yang bakal adik-adik ni tempuh nanti.. selain itu, dalam aktiviti ini juga dapat meningkatkan keyakinan diri dalam diri adik-adik ni.. tapi dalam kumpulan dang, bila di provok barulah ada yang mahu bercakap.. myb masih malu-malu kot.. tapi itu tak menjadi masalah, walaupun adik-adik ni sedikit pasif tapi adik-adik ni memberikan komitmen yang tinggi.. :) itu pendapat dang dari segi adik-adik dalam group dang.. 

seperti biasa, pagi2 mesti kira kekuatan setiap kumpulan... :)

group dang dan amir...
salah 1 cara untuk tingkatkan diri adik-adik, dang suruh buat aktiviti kat dataran
pada petang tu plak, ada sukan yang dijalankan.. sukan ni hanya suka-suka untuk bagi adik-adik ni enjoy.. tak ada la terperap je dengan LDK kan.. bila buat aktiviti macam ni, adik-adik akan gembira. bukan tu sahaja, fasi-fasi pun turut HIGH semacam je sebab lebih happy dari adik-adik.. dah lama tak jumpa padang la katakan...hihihi.. adik-adik pun tgk pelik je npe la akak-akak dan abg-abg fasi ni lain mcm petang tu..hihi.. aktiviti yang dijalankan ialah:
cari gula-gula dalam tepung, 
makan jangan tak makan, 
siapa paling panjang??...

sementara tunggu adik-adik berkumpul, tak sah klu tak bergambar dlu.. :)
adik-adik bersatu padu... terbaek!!!
adik-adik perempuan pun tak kurang hebatnya... :)
ceria selalu.. :p
tepung menepung ni kalau tak ada, memang tak sah.. hihihi
selesai je sesi tepung menepung ni, berakhirlah aktiviti bersama adik-adik ni... malam tu, adik-adik ni kami bagi rest.. sbb apa?? malam tu, fasi-fasi semua ada jamuan makan malam.. wah.. tu yang terbaek.. bukan apa, jamuan ni adalah permintaan dari cikgu juga.. jadi, dang dan kawan-kawan hanya menurut je.. apa salahnya kan, baggi time dekat fasi plak untuk beramah mesra sesama fasi.. bukan senang nak berkumpul dengan bekas-bekas pelajar ni.. cara ni je untuk binding balik... walaupun dari pelbagai batch, tapi semuanya tetap happening dan bekerjasama dengan baik.. tak rugi dang join untuk program kali ni... :)

sempat lagi berborak-borak..
fasi lelaki amik alih untuk persediaan makanan.. hihi
ambil tempat masing-masing...
makan... dengan senyuman... :)
kusyuk gila Luqman mkn.. hahha
Sir Shah (berbaju hitam + specky) datang lambat...
barisan fasi perempuan cool je makan.. hihi
bergambar kenangan fasi-fasi Program Sirih Pulang Ke Gagang III
barisan belakang: hasnan, naza, amir, habib, dinie, pejal, kacang, amir
barisan tengah: Sir Shah, luqman, osman, ron, amar, zamir, arul, ulamak, hidayat, beng
barisan depan: raihan, naz, nadia, wanie, tqah, seri, dang, hani, bella

itulah kenangan yang dang tak dapat lupakan.. bukan apa, kali terakhir dang datang ke sekolah ni ialah selepas ambil sijil SPM dang.. lebih kurang dalam 5 tahun dah, dang tak jejak kan kaki.. hihi.. lama kan?? jadi, bila berkumpul macam ni, dang trasa tua sangat-sangat... hihi


peace ;p


.......... bersambung .........

Wednesday 22 June 2011

Semoga Panjang Umur.. :)

Haloha.. 

Hari ini adalah hari yang paling bermakna bagi dang kerana hari ini adalah ulang tahun emak dang iaitu Puan Norhashimah bt Abdullah.. beliau seorang yang tabah dan cool je.. memang terbaiklah mak dang.. semua masalah atau pape crita je, dang akan kongsikan bersama mak dang ni... bukan setakat yang biasa-biasa je, malahan sampai masalah peribadi pun dang critakan.. bagi dang, tiada rahsia antara mak dang dengan diri dang.. memang beruntung dang dapat mak mcm ni.. dan bila dang jadi mak nanti..kalau ada rezeki la kan, dang akan jd seperti mak dang.. cool sentiasa.. :)

" Sayang Emak................ "

emak tersayang.. :)
dan hari yang bahagia ni juga di kongsi oleh sedara dang iaitu si Afiqah.. dia ni anak kepada adik mak dang... Afiqah berkongsi tarikh dengan mak dang.. jd, dalam keluarga dang tu yg special tu.. hihihi.. klu nak tahu, umur si Fiqah ni baru je 10 tahun,kalau tak salah dang la.. masih muda trang tang tang.. hihi..

kepada Fiqah, kak long ucapkan semoga pnjang umur dan banyak dapat hadiah.. hihihi

adik dang, deeba bersama fiqah.. :)


tak ada keja kan... hihihi


peace ;p




Tuesday 21 June 2011

Sirih Pulang Ke Gagang Siri III (1st day)

Haloha rakan-rakan blogger.... :)

kali ni dang nak kongsikan tentang program kedua dang join untuk cuti semester kali ni.. untuk pengetahuan kawan-kawan, program ni diadakan bertempat di sekolah lama dang iaitu di Sekolah Menengah Teknik Sepang, Selangor.. program ini diberi nama Sirih Pulang Ke Gagang.. dah masuk siri ketiga kalau kawan-kawan nak tahu.. Program ni bertujuan untuk memberikan dan berkongsi hala tuju bekas-bekas pelajar kepada adik-adik yang masih di sini.. program ni terbuka kepada pelajar tingkatan 5.. program ni tak ada paksa rela.. ni semua hanyalah atas kerelaan masing-masing.. jadi, kadang-kadang bilangan pelajar tu tak ada la selalunya ramai.. :) kali ni seperti biasa dari batch 1 sehinggalah ke batch 4, kalau tak silap dang yang join.. semuanya dah berubah termasuklah cara pembelajaran kat SMTSS ni.. kalau tak salah dang, dah 5 tahun dang tak datang ke SMTSS ni..kali terakhir dang datang ke sini ialah time ambil sijil SPM dulu.. lama gila... baru dang tersedar... hohoho.. jadi, kepada kawan-kawan yang lain, jenguk2 lah ke sekolah lama yer.. sbb banyak perubahan yang berlaku...

bagi menjayakan program SPKG siri III ni, Ulamak atau nama sebenar Syazwan telah menjadi pengarah program untuk memastikan perjalanan berjalan lancar.. bagi dang yang pertama kali join, berpuas hati sbb dapat berkongsi pengalaman dengan adik-adik.. secara tak langsung, dang dah tunjukkan serba sedikit tentang situasi dekat luar... dang juga banyak belajar dari junior-junior dang yang sama-sama berganding bahu dalam program ni.. dalam dang memberikan output dang juga mendapat input dari fasi-fasi yang lain.. selama 3 hari 2 malam ni, dang banyak curi ilmu dan membuat ketupat bersama-sama fasi..hihihi :p

TERIMA KASIH SEMUA FASI!!!!

sebahagian dari adik-adik tingkatan 5
yang sanggup meluangkan masa untk SPKG..
untuk hari pertama, aktiviti tak ada la pack sangat.. hanya ucapan perasmian dari Pengetua dan seterusnya pembahagian kumpulan-kumpulan kecil.. selesai pembahagian kumpulan, sesi taaruf di jalankan.. untuk kali ni dang telah berganding bahu bersama Amir dari batch 3.. dan kumpulan yang diberikan oleh Ulamak ialah kumpulan 1... :) semua kumpulan yang ada dalam program sebanyak 12 kumpulan lepas ditolak campur..hihi

Puan Nazliyaton, Puan Fatimah dan Encik Sufian Mahmood (pengetua SMTSS)

pengetua yang sporting.. :)


kumpulan dang bersama Amir...
selesai sahaja sesi tengah hari, untuk sesi petang, adik-adik ni diberikan biskut sebagai barang amanah... dan semua fasi lelaki dan perempuan perlu memperkenalkan diri masing-masing di samping adik-adik mencatat segala butiran fasi-fasi.. bukan apa, ni adalah salah satu tugasan untuk adik-adik lebih mengenali bekas-bekas pelajar SMTSS...



sebahagian fasi-fasi lelaki yang HOT!! :)


fasi-fasi perempuan yang mantain jer.. ;)



post moterm untuk aktiviti pertama..


jadi, itulah gambaran untuk hari pertama selama program SPKG ni berlangsung.. untuk adik-adik yang join program kali ni, dari pendapat dang adik-adik ni pasif sikit... jasad adik-adik ada kat sekolah tapi fikiran semuanya melayang-layang.. untuk berinteraksi, adik-adik ni masih lagi malu-malu untuk bersuara.. apa yang dang nampak, ada sesetengahnya kurang berkeyakinan tapi ada juga yang senang untuk berkongsi apa sahaja... untuk mendapatkan pengalaman, adik-adik ni ada yang mudah bertanya dan tak kurang juga ada yang susah untuk bercakap.. myb, masih lagi malu-malu untuk hari pertama ni.. :)


peace ;p


.......... bersambung ..........