Sunday 29 July 2012

Keringat Hari Ini...

Haloha...

Selesai memasak untuk berbuka... Fuhh.. Penat memasak... hihihi.. 
Bahang api memasak.. Habis peluh jantan keluar... hihih.. Hari ini berbuka nasi goreng dengan telur dadar... Cukup mudah untuk santapan hari ini.. Entah kenapa, hari ini dang rasakan terlalu penat.. hohoh..

Esok tak ada kelas.. Jadi, dalam perancangan dang nak pergi kedai perabot..
 Untuk apa ???
Tunggu esok punya entry... hihihii
Kalau cerita sekarang tak ada lah kezutan kan... 
hihihi

Ok la, mau rehat sekejap.. Sambil baca novel..
Beratus lagi ni nak habiskan Salina... hihi

Selamat Berbuka semua..


peace ;p


Saturday 28 July 2012

Bersedekah...

Haloha...

Menu berbuka puasa hari ini... 
Mudah dan cepat disediakan.. hihihi


Dah seminggu dang berada rumah sewa ni, dang berhajat untuk masak something untuk budak-budak rumah dang.. Jadi, bila berkelapangan ni, cuti hujung minggu plak, dang buat keputusan untuk masak bihun goreng bagi berbuka puasa... hihihi.. Dalam erti kata lain, bersedekah...

Ini sahaja yang mampu dang masak kan... Nak masak lain-lain, tak berapa pro.. Bukan tak reti, ok.. Cuma segan nak bagi orang rasa... Makan sendiri tak apa lagi... kuikuikuikui

Esok nak masak apa plak ek ???
Hurm....


peace ;p

Friday 27 July 2012

Cerita Dulu Kala...

Haloha...

Pejam celik, pejam celik dah hari ke 7 kita menyambut Ramadhan.. Semuanya dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan sabar dalam menempuhi dugaan... Kepada yang adik-adik baru nak belajar berpuasa, sudah tentu banyak kerenah yang dorang paparkan... hihihi.. 

Teringat zaman dulu-dulu, time dang belajar berpuasa... Bila sampai tengah hari je, mulalah asyik-asyik buka peti ais je.. Sebab bila sejuk je rasa nyaman.. Dulu nak pakai air-cond pun susah.. Mana la ada.. Tak mampu... hohoho.. jadi, peti ais lah tempat mengurangkan beban dahaga... hihihi.. Paling nakal yang pernah dang buat dulu ialah, curi-curi makan... Dekat rumah duduk dengan adik je, jadi bila tengok adik makan plus minum, memang tak tertahan rasa hati nak melawan nafsu ni... hohoho.. Jadi, apa lagi, bedal la adik punya air, bila dang ambilkan air untuk adik dang... Tumpang sekaki.. hahhaha... Paling tak boleh blah, bila cuti hujung minggu time mak dang masak untuk berbuka, dang ingat lagi.. Time tu mak dang goreng ikan bilis, disebabkan tak tahan bau ikan bilis tu, dang boleh ambil 2-3 ekor genggam elok-elok, konon-kononnya nak ambil something dalam almari.. Tup-tup sumbat ikan bilis tu dalam mulut.. Nikmat gila makan walaupun 2-3 ekor je dapat rasa... Bila pusing belakang je, ayah dang terus sergah.. Memang KANTOI la.... hahhaha.. Lepas tu, dang terus insaf... Tak buat dah curi-curi makan ni.. hahhaha...

Kepada adik-adik sekarang ni, dorang berpuasa sebab akan ada habuan yang mak ayah sogokkan... hihihi.. Biasalah kan duit raya, kalau puasa penuh baru dapat banyak duit raya.. hihihi.. Bagi dang, itu tak menjadi masalah... Sebab kita perlu buat tarikan macam tu untuk adik-adik ni bersemangat lagi dalam berpuasa.. hihi.. Bila dah besar nanti, adik-adik ni akan faham apa sebenarnya erti puasa tu.. Macam tu jugaklah dengan dang... hohoho

Jadi, selamat berpuasa ye adik-adik... Tingkatkan keazaman dalam mengharungi bulan puasa ni..
Chaiyok-chaiyok...
Pasti boleh... hihihi


peace ;p


Thursday 26 July 2012

Selamat Berbuka Puasa...

Haloha...

Tak sampai 15 minit lagi, dang bakal berbuka puasa..
Menu hari ini ialah:

Kurma telur
Kubis goreng
Sambal kicap
dan tidak ketinggalan ialah Kurma...

Alhamdullilah.. Rezeki hari ini..
Kepada semua muslimin dan muslimat, dang ucapkan selamat berbuka puasa...



peace ;p

Wednesday 25 July 2012

Ada Alternatif Lain ???

Haloha...

Dah nak masuk seminggu dang duduk dekat Dungun ni.. Suasana seperti biasa agak membosankan.. Selain memberikan tumpuan 100 % kepada subjek yang dang ambil ni, dang juga perlu mencari peluang untuk menceriakan hidup dang yang sunyi untuk 2-3 bulan ni... hohoho... Caranya adalah :

v
v
v
v
v
v


Ceriakan hidup dengan lappy dan novel yang dipinjam di perpustakaan.. Nampak tak tebal novel tu ??? Saja je dang pilih yang tebal-tebal macam kamus, sbb lama sikit nak pulangkan dan juga terisi la masa dang... hohoo.. Selain baca novel, dang tidak lupa juga untuk menambahkan pahala di bulan yang mulia ni... :)


Dalam novel menjadi pilihan, dang akan mencari alternatif lain juga untuk hilangkan stress... Jadi, if korang ada pape cadangan yang boleh dikongsikan dengan dang, jangan segan-segan ye share.. Mana tahu, dang boleh aplikasikan... hihihihii

Ok la, nak sambung study plak... Jumpa lagi pada next entry....
hihihi
Selamat bersahur pagi nanti...



peace ;p


Tuesday 24 July 2012

Sekejap Namun Berbaloi...

Haloha...

Cuti yang singkat ni dang peruntukkan sebaik-baiknya untuk meluangkan masa bersama-sama dengan insan tersayang.. Tanpa menghiraukan penat, Si Dia sanggup menghantar dang ke rumah (melaka) dengan selamat dan masa yang ditetapkan oleh keluarga dang.. Si Dia tetap mematuhi syarat-syarat ayah dang.. Kalau orang  luar tengok, mesti anggap ayah dang ni garang.. Tapi sebenarnya, ayah dang hanya risaukan keselamatan dang.. Itu sahaja.. Nasib baik Si Dia faham dengan peranan ayah dang.. Secara tak langsung, Si Dia juga banyak membantu dang selama perhubungan ini terjalin...

Keesokkannya, Si Dia bercadang untuk main bowling.. Dang dan adik pun dah lama tak main, jadi ON sahajalah... lagi pun, main bowling ni bukan sekadar main biasa sahaja tapi ada pertandingan.. Sape yang kalah kena belanja dessert... hihihi.. Korang pasti dapat teka sape la yang jadi Juara kan??? hahhahaa.. Dang biarkan korang berteka-teki seketika.. hihihi.. Yang pasti bukan adik dang, Yon dapat nombor 2.. hihihi....



Taaadddaaaa..
 Inilah Juara bowling pada hari tu.. hohoho

v
v
v
v
v
v
v
v
v



Selepas selesai meluangkan masa bermain bowling, Si Dia terus pulang ke KL.. Sebab keesokkannya, Si Dia ada kuliah plak... hohoho.. 



peace ;p



p/s: Saat ini sebelum dang pulang ke Dungun... hoho
Saja nak kongsikan  bersama-sama.. :)

Nasi Goreng Sardin..

Haloha...

Disebabkan hari ini tidak keluar ke mana-mana selain pergi kelas yang hanya 2 jam sahaja, dang membuat keputusan untuk berbuka nasi goreng sardin sahaja hari ini.. Ini untuk mengelakkan pembaziran... Lagi pun mudah dan cepat untuk dang buat.. hohohoho.. 

Bukan apa, jika beli makanan dekat bazar ramadhan pun, sekali makan boleh menjangkau RM 15 sekali makan.. Korang bayangkan kalaulah dang pergi tiap-tiap hari.. Bukanlah dang ni tak masak, dang suruh bayangkan sahaja... hohoho.. Jadi, nasi lebih yang ada pagi tadi, time sahur tu dang masak untuk berbuka hari ini... Perencahnya sardin dalam tin.. hehehhe.. 

Jadi, kepada rakan-rakan yang tak tahu nak makan apa untuk berbuka tu, cukuplah hanya ala kadar sahaja menunya.. Jangan membazir plak taw.. hihihi.. Kalau pergi ke bazar tu, beringat-ingat.. Jangan terlalu boros.. hohoho..


peace ;p


Sunday 22 July 2012

Puasa Pertama di Perantauan...

Haloha...

Alhamdullilah... Akhirnya selesai juga untuk hari pertama dalam berpuasa kali ni... Ingatkan sempatlah dang berbuka puasa di rumah sendiri tapi sebaliknya dang berbuka puasa di tempat dang belajar.. Kalau ikutkan, esok (ahad) adalah hari kuliah bermula untuk sesi intersesi tapi nak dijadikan cerita, CUTI la plak esok.. huhuhu.. Budak-budak rumah dang cakap cuti peristiwa sempena Terengganu menang Sukma 4 kali berturut-turut.. Adoi.. Kenapalah dang tak tahu berita ni awal-awal.. Kalau tak, sempatlah dang berbuka di rumah untuk puasa pertama ini...

Dalam kepala semasa on the way nak balik dungun, memang dah terbayang-bayang bahawa dang akan berbuka sorang-sorang je.. Sebabnya, dang sahaja yang ambil intersesi.. Yang lain tak join the club.. hohoho.. Dalam masa 1-2 bulan ni, dang kenalah bawa diri yang sunyi ni.. Tapi lain plak yang jadi.. Betul lah kata orang, lain yang dirancang, hanya Tuhan yang menentukan.. Untuk puasa pertama ni, dang telah berbuka puasa bersama dengan kenalan dang.. Bukan setakat tu sahaja, dengan keluarganya sekali.. Memang tak terkira la malunya dang time tu.. tapi nasib baiklah keluarga kenalan dang ni boleh tahan sportingnya.. So, tak ada lah malu sangat.. Dalam berbuka puasa tadi, tetiba hati dang rasa terharu dan sebak sebab dang teringat time dang berbuka puasa dengan keluarga dang dulu.. Sekarang ni, semuanya dah hidup jauh-jauh jadi susah sikit untuk berkumpul bersama.. huhuhu..

Inilah dugaan yang dang kena lalui dengan tabah.. Kepada keluarga kenalan dang, dang ucapkan jutaan terima kasih banyak-banyak sebab sudi menjemput dang berbuka puasa bersama-sama... Jasa kalian amat dang hargai.. 

Kepada insan tersayang iaitu Si Dia, dang ucapkan selamat bersahur nanti.. Jangan lupa baca niat.. :)



peace ;p

Friday 20 July 2012

Usai Semester 4...

Haloha...

Alhamdullilah... Berjaya juga dang selesaikan perjalanan dalam menghabiskan pengajian dalam semester 4.. Walaupun seminggu sudah berlalu peperiksaan akhir, tetapi dang merasakan baru semalam kertas terakhir.. hohoho.. Lepas ni semuanya berubah.. Lebih-lebih lagi bila bakal berhadapan dengan minggu intersesi plak.. Untuk cuti semester ni, dang tak cuti sebab dang menjalani intersesi.. Dang buat keputusan untuk ambil 1 subjek yang tertangguh dahulu.. Time tu tak ada rezeki nak ambil... Hope kali ni dang dapat buat dengan yang terbaik dan hadamnya dengan senang dan mudah.. Ini bermakna dang akan berpuasa di perantauan... Hari pertama berbuka puasa di tempat orang... Kemungkinan besar dalam bas.. huhuhu


***************************************************************************

Sebelum dang balik ke Melaka untuk menjenguk adik dan rumah, hari itu jugalah hari terakhir dang bersama dengan budak rumah iaitu Wani.. Wani akan menjalani praktikal di Kuala Lumpur.. Lepas ni, tak tahulah bila lagi dapat berjumpa dia.. Seperti biasa, Wani akan mengajak untuk makan bersama-sama buat kali terakhir.. hohohoho... Tempat yang dicadangkan ialah di kedai Meggie Ketam.. Bagi dang masakan tu sedap... hihihi

Meggie Ketam pilihan dang, wani, rozi dan pijoi...

Meggie Kepah pilihan eton...


Pijoi dan Wani
Mereka akan start praktikal bulan ni.. hoho



Selain dari ketam dan kepah, ada macam-macam lagi pilihan yang boleh dibuat.. Ada meggie sotong jugak taw.. Jadi, bolehlah rasa.. Harganya boleh tahan dan berpatutan... Jangan risau, pelajar macam dang juga boleh mencuba.. Jangan tak cuba..


peace ;p

Bertemu Lagi...

Haloha...

Alhamdullilah... Tahun ni dang berkesempatan bertemu dengan bulan yang mulia ini, Ramadhan.. Terharu di dalam hati bila masih ada peluang untuk menyambut kedatangannya dan menjalani ibadah puasa...

Kepada keluarga, rakan-rakan yang jauh dan dekat, tidak lupa juga kepada insan tersayang, dang ucapkan 
Selamat Menyambut Bulan Puasa 
yang penuh keberkatan ini.. Semoga menjadi satu titik permulaan untuk menjadi yang lebih baik.. 
Insyaallah..



peace ;p

Hilang Sebentar...

Haloha...

Sudah kembali setelah sekian lama hilang dan diam seribu bahasa... Disebabkan tugasan dan menjalani peperiksaan akhir semester.. Kini, akan kembali aktif seperti sedia kala...


peace ;p

Wednesday 4 July 2012

Sebelum Berdepan 3rd PAPER...

Haloha...

2 hari ni, memang berhempas pulas dengan nota-nota method analysis... Baru aku faham, apa yang aku belajar... hohoho... Sebelum ni, pakat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri... Tak baik kan macam tu.. Apa punya anak murid ni.. hehehe..

Dalam bab kira-kira pun, dang dah boleh hadam dan faham.. Hope esok petang bila nak berhadapan dengan paper MA, tak adalah tetiba ter'SHUT DOWN... hhohoho... Biar tenang dan keluarkan semua input macam air terjun di Bukit Besi... hehhehe..

Kepada rakan-rakan, good luck untuk next paper kita ye.. 
Chaiyok-chaiyok !!!



peace ;p




p/s: Petang-petang ni, mata makin kuyu.. 
Nak tidur, tak elok plak.. Sebab lepas asar kan.. Tahan... Tahan.. huhuhu..

Tuesday 3 July 2012

SILA LANGSAIKAN...

Haloha...

Dalam tengah mood study ni, dang tetiba terfikir tentang hutang... 
" Aku ada hutang sape-sape ker ??? "
Hurm... Rupa-rupanya, orang yang hutang dang berlambak... Bila dah melibatkan hutang ni, dang sebagai pemberi hutang tak kanlah nak menagih-nagih hutang yang dipinjamkan.. Sepatutnya, orang yang berhutang tu, pandai-pandailah bayar.. Kalau setakat 2-3 ringgit ok lah lagi, tapi ni melibatkan puluh-puluh.. Kalau 2-3 orang yang pinjam macam tu, tak sampai beratus duit dang dekat penghutang... huhuhu..

Orang yang berhutang pun bukanlah jauh mana pun, rakan-rakan jugak.. Tapi bila jumpa je, boleh plak buat dek je.. Adakah orang yang berhutang ni lupa atau sengaja tak nak bayar... Dang ni hanya tengok je gelagat masing-masing... Dari cara tu, memang dorang tak nak bayar... Tak pun, nampak je dang, terus elak, kalau boleh tak nak bertembung langsung.. Nampak sangatlah memang tak nak bayar hutang kan... Kalau yang lupa tu, moga-moga bayarlah ye.. Ingat sikit awak tu berhutang dengan orang.. Dah la bab duit tu untuk makanan plak tu, so, faham-faham la ye... Nanti jadi darah daging...

‎6 Adab Orang Berhutang:

1. Tidak berhutang kecuali darurat.
2. Berniat (dan berusaha) untuk menjelaskan hutang.
3. Berusaha untuk berhutang dengan orang yang soleh.
4. Sesuaikan jumlah hutang dengan kadar yang termampu. Jangan berlebih-lebih
5. Melunaskan hutang pada waktunya dan tidak tertangguh-tangguh.
6. Membayar hutang dengan cara yang baik.


peace 


p/s: Sekarang tengah kering... huhuhu

Monday 2 July 2012

MOODDDYYYY...

Haloha...


Hari ini
 TAK ADA MOOD....


Sekian.


peace