Friday 15 February 2013

Kampung Budaya, Sarawak

Haloha...

Destinasi kali ini ialah ke hujung dunia Sarawak iaitu menghala ke Santubung... Mana lagi kalau bukan ke salah satu tempat pelancongan, Kampung Budaya Sarawak... Dalam perjalanan ke sini, korang semua boleh melihat pemandangan Gunung Santubong yang berdekatan dengan Kampung Budaya ni.. Untuk mendaki gunung ni, ada satu laluan yang membolehkan kita sampai ke puncaknya.. Beroperasi pada pukul 7 pagi dan kena turun dari puncak sebelum  pukul 6 petang.. Sebab sini cepat malam.. Jadi, faham-faham la ye.. hehehe.. Naik ke sana ada pembayaran perlu dibuat sebanyak RM6 untuk per kepala..

Itu serba sedikit latar belakang nak mendaki gunung santubung.. Dang belum lagi berkesempatan nak mendaki, maybe satu hari nanti dang akan sampai ke sana juga.. hehehe.. Sekarang dang nak kongsikan pula apa yang ada di Kampung Budaya ni... Dang berpeluang untuk masuk ke sini.. Bukan apa, sekali masuk ke kampung budaya ni kena bayar RM 60 per kepala.. Tak kisah lah budak kecil ke, dewasa ke.. Jadi bila ada peluang masuk dengan harga RM 5 sahaja, memang tak lepas peluang yang ada.. Seharusnya masuk ke sini bersama keluarga... hehehe.. Itu memang tak boleh dielakkan.. Wajib.. hehehe

Sticker bila masuk ke Kampung Budaya.. :D
Apa yang korang fikirkan yang ada di kampung ni ??? Kalau korang nak tahu dalam kampung ni terdapat beberapa buah rumah yang di bina yang terdiri daripada rumah-rumah kaum yang ada di Sarawak ni.. Boleh dikatakan setiap rumah kaum yang ada di Sarawak ada.. Jadi, korang berpeluang untuk lihat dengan mata sendiri macam mana kaum lain tinggal.. 

Di antara rumah-rumah yang dang dan keluarga sempat  melawat ialah Rumah Iban, Melayu, Penan, Orang Ulu, Melanau, Cina dan sebagainya... Di setiap rumah yang dilawati akan ada persembahan yang akan disediakan.. Selain itu, ada juga pameran barang-barang setiap kaum itu di rumah tersebut seperti baju-baju tradisional dan aksesori kaum-kaum.. Dan yang paling penting ialah ada sesetengah rumah tu, terhidangnya makanan yang dijual... Makanan yang dorang jual ialah kuih muih yang selalu di makan dan dibuat bagi setiap sesebuah kaum.. Kuih muihnya ialah bahulu, sagu dan sebagainya.. Dang nak listkan pun susah, sebab tak berapa nak ingat sangat.. hehehe.. Oppss !! Terlupa plak... hoho.. Yang paling best, semua kuih tu, time-time tu juga baru dorang sediakan.. Jadi, memang fresh.. Yumyum... :)


Selepas persembahan...



Buatan kraf tangan dan baju tradisional.... :D
Aksesori yang di pamerkan... :)


Jangan risau, korang juga berpeluang untuk menyumpit macam adik dang ni... hehehehe.. Kalau dapat sumpit 3x berturut-turut dengan tepat, dapat spender.. hahahaha.. Bak kata abg ni.. Abg ker ?? Teett.. Abg tu bergurau manja plak... hehehe



Tempat pemujaan..


Setelah penat berjalan di sekitarnya, tibalah masa untuk menyaksikan persembahan tarian semua kaum-kaum yang ada di Sarawak di dewan teater yang disediakan... Persembahan yang berlangsung mengambil masa lebih kurang dalam 45 minit - 1 jam... Persembahan akan dilakukan sebanyak 2 kali sahaja, sesi 1 pada pukul 1130 pagi dan sesi 2 pada pukul 430 petang.... Tak rugi untuk menyaksikan persembahan ni.. Memang layan..... Maaf, video yang dang rakamkan tak dapat nak dikongsikan.. Almaklumlah, line dekat sini slow sikit jadi nak download memang lama... huhuhu





Akhir kata itulah tempat-tempat pelancongan yang dang boleh kongsikan bersama semua.... Actually banyak lagi tempat yang menarik tapi tak sempat lagi dang nak jenguk.. Tempat-tempat yang korang boleh lawat ialah Orang Utan Village, Taman Buaya dan macam-macam lagilah... hehehe.. Mana taw, korang datang ke sini, jadi korang berpeluanglah menjenguk ke tempat-tempat yang dinyatakan... 

Jadi, dang di sini ada lagi masa selama 2 minggu sahaja lagi... Aktiviti memang dah dirancangkan setiap minggu.. Lepas ni kita buat aktiviti bersukan plak.. Tapi in-door je la... hehehee... 



peace ;p


No comments: