Saturday, 7 January 2012

Memang STRESS..

Haloha...

Hurm... Hanya boleh mengeluh dengan rasa yang tidak berpuas hati.. Hari ni jawab final rasa macam kena kejar hantu je.. Memang menulis tu kena speed tahap yang maksimum la.. huhuhu.. Itu pun tak cukup masa untuk dang habiskan.. Tapi semua soalan yang perlu dijawab dang sempat habiskan.. Cuma jawapan tu dang tak berapa nak yakin sangat.. Lebih-lebih lagi bila ada soalan STRESS... Memang betul-betul stress dang jawab.. 

Untuk bahagian A, dang memang jawab untuk yang terakhir sekali.. Sebab apa?? Soalan dia susah dan dang tak nak buang masa dekat situ je.. Dang settlekan bahagian B dulu, tu pun lagi 1 jam nak habis masa baru bergerak ke bahagian A... Tulisan jangan cakaplah kan, memang dah macam tulisan doktor je dang rasa.. Panjang-panjang tulisan dang buat.. Memang nak cepat.. Macam tu la jadinya.. huhu

Hope paper ni dapat la B+ ke paling kurang.. 
Bukan apa, boleh naikkan pointer dang yang sebelum ni.. huhu
CD lakonan mandarin pun, laoshi tak amik lagi.. :(


peace ;p

Friday, 6 January 2012

Ada 4 Lagi yang MENANTI...

Haloha...

Alhamdullilah... 1 Paper dah selamat dijawab.. 
Dang rasa puas hati menjawab paper tadi,
 lebih-lebih lagi bahagian B cuma bahagian A tu, kurang sikit... hohoho
Kini dah berkurang bebanan... Walaupun macam tu, fokus kena tetap mantain je..
Ada 4 paper lagi yang tengah menanti..
Esok paper yang banyak kena fikir... 
Memang kena kreatif la menggoreng nanti.. hihihi



peace ;p

Thursday, 5 January 2012

Markah Terkawal...

Haloha...

Hari ini boleh dikatakan carrymark untuk subjek yang dang ambil semester ni sudah pun keluar.. Dang pun dah tengok sendiri berapa yang dang dapat.. Setakat ni semuanya dalam keadaan yang
TERKAWAL... 
Dari 50%, dang dapat semuanya 30% ke atas.. Jadi, alhamdullilah.. 

Sekarang ni tugas dang kena lebih fokuskan pada final plak.. 
Esok dah start paper..

Jadual exam :

6 Jan 2012 - Personal Finance
7 Jan 2012 - Personal Development and Ethics
13 Jan 2012 - Financial Management
15 Jan 2012 - Procurement and Inventory Management
19 Jan 2012 - Occupational Safety and Health Management

Lebihkan usaha.. Think +ve.. Sentiasa senyum...
Banyakkan bertawakal...


peace ;p

Wednesday, 4 January 2012

Tingkatkan Usaha...

Haloha...

Dari pagi hingga ke malam ni, dang asyik buka buku finance je.. huhu.. Kena lebih fokus untuk subjek ni, bukanlah subjek lain tak boleh beri perhatian cuma untuk subjek ni carrymark terlalu rendah.. Dang pun takut nak bagi tahu.. Untuk pengetahuan, dang ni lemah dalam bab kira-kira ni.. So,bila ada subjek yang mengira ni, memang kena bagi kaw-kaw punya teliti.. hohoh

Kejap lagi, dang nak sambung stdy group dengan geng-geng dang.. Apa lagi, mana yang tak berapa nak faham, terus je refer pada yang berkenaan (rozi, eton dan erin).. Lagi satu, kelemahan dang ni, bila dang refer pada orang, orang tu kenalah tunjuk satu-satu pada dang apa yang nak dibuat.. Kalau tak, dang tak faham dan keliru... hohoho.. Jadi, harap bersabar la ye kepada kawan-kawan yang dang akan refer nanti.. hihihi

Hope semuanya dang akan faham dan bolehlah jawab 1st paper ni nanti.. 
Tak lama dah lagi.. 6hb Januari, 2012 1st paper dang... 


peace ;p

Tuesday, 3 January 2012

Kita Minum Dulu..

Haloha...

Buuurrrpppp !!!! Alhamdullilah.. Selesa perut pagi ni lepas pe kena bihun tom yam dengan secawan teh o panas.. hihihi... Korang mesti terkejut kan ?? Pukul 2 3 pagi baru nak makan segala macam ni.. hohoho... Macam ni la dang kalau dah seharian bergelumbang dengan segala buku-buku.. Jadi, otak makin tepu.. Tak ada lah belajar terlampau sangat cuma otak ni perlukan rehat jugak kan.. hohoho... Tak gitu kawan-kawan ???

Jadi, dengan jasa baik Si Chas, dang, Eton dan Rozi keluar minum-minum.. Erin tak join sebab dah tidur, maka berempat la merewang-rewang sambil berdiskusi tentang masalah yang melanda di negara ni sekarang... hoho.. Korang jangan ingat, keluar-keluar ni hanya semata-mata lepak dan borak kosong je.. Lepak-lepak jugak, pengisian tetap ada walau pun sikit.. hihihi..

Lepas ni, bolehlah fokus balik kepada semua buku-buku yang ada ni... hoho...
Ok semua.. Jangan lupa stdy.. Paper korang dah dekat kan?? 
Chaiyok..!!! Chaiyok...!!!


peace ;p

Monday, 2 January 2012

Terlebih Sudah.. :(

Haloha...

Gara-gara menggunakan berukband kepada tahap yang melampau, line menjadi makin slow.. Had penggunaan dah terlampau dari yang sepatutnya... Adoi.. Time-time ni la semua terlebih... 
Fb akan jarang on.. Blog akan jarang update... 

Lepas ni, apa lagi nak di limitkan ??? 



Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya kan ?? Lagi pun dang start exam 6hb ni, jadi memang patut semua kena limit.. Jadi, time ni kena fokus pada paper dulu.. Carrymark pun macam tak boleh nak harapkan sangat... huhuhu.. Semester yang teruk.. :(


peace ;p

Sunday, 1 January 2012

Kisah Baru Bakal Tercipta..

Haloha...

Seronok menyambut kedatangan tahun baru kali ini ?? Dang pasti mesti ramai yang menyambutnya dengan kemeriahan bunga api yang pelbagai warna kan..


Tapi bagi dang, tahun kali ni dang sambutnya agak berlainan dari tahun-tahun sebelumnya.. Secara kasarnya, tak sambut pun.. hohoho.. Sebab tak berminat sangat nak sambut-sambut ni.. Cukuplah memperbaharui setiap kelemahan diri untuk menjadi yang lebih baik.. Insyaallah..

Dalam pada itu, walaupun sambut secara sederhana, dang dan budak-budak kelas dang membuat sedikit doa selamat yang diadakan di rumah budak lelaki.. sambil-sambil tu ada la buat BBQ sekali... semua makanan dimasak secara berkumpulan.. Orang kata, dah diagihkan tugas.. Dang ni tak ada la pandai sangat masak-masak ni.. Hanya sekadar membantu apa yang perlu.. hihihihi

Malam tu juga dang diserang selesema teruk.. Ni gara-gara bakar ayam.. Dang ni sensetif sikit dengan bau-bau asap ni.. Memang perit la hidung dang menahan asap yang berkepul-kepul tu.. huhuhu.. Bila dah selesema, dang nak makan pun tak ada mood.. Hanya sempat menjamah sandwich, 2 ketul ayam bakar dan terus makan ubat selesema yang ditaja oleh Teha.. Terima kasih ye... :)


Dalam menyambut tahun baru ni, jangan lupakan terus tahun yang lepas (2011).. Dalam tahun lepas, banyak peristiwa yang berlaku dan memberikan pengajaran dalam hidup dang.. Di samping itu juga, ia mengubah dang menjadi seorang yang lebih berani.. Dan yang paling bermakna dalam hidup dang ialah hadirnya seorang insan di dalam hati dang... :)

Semoga tahun baru ini memberikan gambaran dan lembaran yang memberikan manfaat ke dalam diri dang.. Memperbaiki setiap kelemahan dan sentiasa maju ke depan..


peace ;p