Wednesday 21 March 2012

Dalam SERABUT ada PENAWARNYA..

Haloha...


Hari ini keputusan SPM dah keluar... Ramai yang mendapat keputusan yang cemerlang.. Dang rasa lebih kurang 500 ke atas pelajar.. Baguslah macam tu.. Keputusan semuanya berwarna warni.. Bagi dang, keputusan SPM hanyalah permulaan semata-mata untuk menghadapi cabaran yang lebih besar lagi... Bukan apa, dang cakapkan ni pun berdasarkan pengalaman dang dan daripada orang lain.. Pape pun, dang tetap ucapkan tahniah kepada sesiapa sahaja yang mendapat keputusan yang bagus.. Kepada yang kurang bagus, jangan rasa kecewa sebab rezeki korang ada pada masa hadapan.. Yang penting usaha dan bertawakal.. hihihi

Selesai bab untuk ucapan tahniah kepada adik-adik... Sekarang dang nak luahkan bahawa hari ini dang rasa gembira sebab dapat berkumpul dengan budak-budak kelas.. Walaupun ini semuanya tak dirancang, tapi tetap meriah.. Dalam keadaan yang tension disebabkan tugasan bertimbun-timbun tapi bila dapat berkumpul dan berbual antara satu sama lain dang rasa lega.. Budak-budak yang lain pun, dang tengok tersenyum kambing, tersipu malu, tergelak besar dan macam-macam lagilah gelagatnya... Ceria bila bersama.. Bukan apa, kadang-kadang kita perlu mencari ketenangan.. Bukan untuk melupakan semua tugasan tapi memberi sedikit ruang untuk diri ini berhibur.. hihihi..

Terima Kasih kerana buat hidup ini semakin berwarna-warni..
Setiap gurau senda membuatkan dang sentiasa tersenyum sendiri bila sorang-sorang...
hohoho



peace ;p


No comments: