Monday 4 June 2012

Berbahagia + Bersedekah...

Haloha...

Cuti-cuti sekolah ni, memang banyak kenduri kahwin... Tak kurang juga jemputan dari rakan-rakan terdekat.. Dah namanya rezeki, dang sempat menghadirkan diri ke majlis perkhawinan rakan teknik dulu.. Tempatnya adalah di Banting.. Time tu, dang memang tengah cuti.. Jadi, alang-alang ada masa dan kelapangan, dang hadir juga.. Sebab yang lain adalah nak jumpa rakan-rakan teknik yang lain.. Tak sia-sia dang datang, dapat jumpa Sir Shah lagi.. Salah seorang guru di SMTSS dulu.. Walaupun tak pernah mengajar dang, tapi memang terbaiklah dapat kenal Sir Shah.. Sebab apa ?? Sebab dia adalah seorang cikgu yang sporting dan sentiasa menghubungi anak-anak didik dia.. hihihi

Rakan yang telah berjaya menjadi seorang isteri ni namanya Siti Syazuani.. Tapi time sekolah orang panggil dia Wak je... Orang jawa pior.. hihihi... Tapi dang panggil Wani... Kenduri simple je.. Tapi tetap meriah.. Kalau nak tahu, Wani ni dan suaminya ni masih lagi menuntut taw.. Betapa hebatnya berkahwin semasa belajar.. Memang berani Wani ni... hihihi.. Kalau dang lah, aduh... Susah mahu cakap.. Apa-apa pun dang ucapkan;

SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT... 
&
MENJADI SEORANG ISTERI YANG TAAT DAN SOLEHAH.....


Rakan-rakan seperjuangan... Sebelah pengantin lelaki, tu lah Sir Shah.. hihih...
2 orang yang duduk depan, junior SMTSS..
Bila lagi turn yang lain ek ??? Oppss !!! hihihi

Selepas majlis tu, dang tak terus balik ke rumah... Tapi singgah dulu dekat rumah Nikman.. hihihi.. Dia pun salah seorang sedara kepada Wani.. lebih tepat lagi adalah 2 pupu dengan Wani... Buat apa ??? Kalau nak tahu, kitaorang lepak-lepak di bawah pohon asmara... hihihi.. Eh, jangan salah faham.. lepak bawah pokok rambutan... Mana tak nya, dang ni jarang masuk kampung, bila dah pergi kampung orang, memang macam jakun sikit... hihihi.. Walaupun dang tak makan buah rambutan (pelik kan??) tapi bila Nikman dah tolong galahkan, memang seplastik juga lah dang angkut bawa balik... hihihi.. Rezeki jangan ditolak, maut jangan di cari... hihihi.. Bawa balik melaka, bagi adik dan mak makan.. hihi...


Korang jangan fikir bukan-bukan.. dang tidak keseorangan ye.. Tapi berempat.. Termasuk Nikman jadilah berlima... hihihi... dang dan Khalid tumpang Hani pergi kenduri... So, faham-faham je la ye... Betapa ramainya dekat rumah Nikman tu... hihi.. Izat pun join sekaki... hihihi..

Khalid dan Izat.. Masing-masing bersihkan rambutan... hihihi

Yang berbaju Merah tu la Nikman, tuan empunya pokok rambutan ni... hihihi
Itulah masa yang kitaorang habiskan semasa berada di Banting.... Terima kasih ye Nikman sebab sedekahkan buah rambutan kepada dang dan Hani... hihih.. Lepas ni, bolehlah bagi lagi.. hihi


p/s:
Kepada rakan diploma iaitu Kak Pah yang dah selamat menjalankan majlis perkhawinan pada Sabtu lepas, dang ucapkan
SELAMAT BERBAHAGIA DALAM MELAYARI ALAM RUMAH TANGGA..
Maaf tak dapat datang sebab dang dah berangkat balik ke Dungun.. huhu

Kepada sedara dang Fizi yang berada di Selayang yang bakal mengadakan majlis perkhawinan, dang ucapkan
SEMOGA BERJALAN LANCAR DAN SENTIASA BERBAHAGIA BERSAMA INSAN TERSAYANG..
Maaf tak datang sebab dah mula kuliah.. hohho.. Mak menjadi wakil dang..


peace ;p


2 comments:

Cik Areen said...

kak pah da kawen????

Dang Intan Duka said...

cik areen:

yup..
hohoo


peace