Monday 17 September 2012

Hajat Yang Kesampaian...

Haloha...

Dalam 2-3 minggu ni, dang kerap turun ke merata-rata tempat... Biasalah, sebelum tamatnya bulan Syawal (yang sudah pun berakhir), rumah terbuka atau majlis-majlis perkhawinan kerap diadakan.. Dang sebagai tetamu, mana yang sempat dang pergi.. Mana yang tak berkesempatan, kiriman salam diutuskan... hehehehe... Banyak yang dang nak kongsikan dengan semua... Tapi kita mulakan dengan satu persatu dulu ye.. 
Sabarkan separuh daripada iman... hihihi.. 

Entry ni sepatutnya dang post sebelum masuk semester lagi, tapi apa kan daya, masa sangat cemburui dang.. Jadi, dah 2 minggu kuliah baru dang boleh post.. Awal-awal semester hari tu, dang turun KL untuk menunaikan hajat seseorang iaitu CK.. CK ni dah lama sangat berhajat nak belanja dang makan.. Kalau ikutkan, dah 3 atau 4 kali janji terpaksa dibatalkan atas sebab yang tak dapat dielakkan.. Jadi, kali ni CK cakap kalau batal jugak, tak kan ada lagi tuntutan.. Dan dijadikan cerita memang dah rezeki dang, jadi, hajat Si CK dapat ditunaikan... CK dah janji nak belanja dang chicken chop.. hohoho... Lagi pun, rezeki dang jatuh plak pada hari jadi dang (seminggu lepas time dang turun ke KL)... Jadi, kitaorang buat keputusan untuk makan di Pizza Hut je..

Ni la hidangan dang yang di suggest oleh CK..
Ni 1st time dang makan, not bad la.. cuma kentang lecek tak berapa sedap... hohoho
Ni plak hidangan CK untuk malam tu...
Spegeti yang memuakkan,.. hoho
Ceria bila ada orang belanja... hehehe
Inilah CK.. hohoho

Selain itu, ada 1 lagi hajat yang kesampaian.. iaitu hajat dang untuk berjumpa dengan Liya... Liya ni adalah kenalan dang di FB, merangkap kepada girlfriend kembar CK... Rasanya dah nak dekat 2 tahun dang kenal Liya tapi baru ni lah 1st time dang berjumpa Liya.. hehehe.... Best kawan dengan Liya.. Gila-gila dan sporting... hihihi

Dang dan Liya... :)
Bila hajat masing-masing dah tertunai, tibalah masa untuk pulang... Walaupun masa hanya singkat tapi dang tetap puas dalam pertemuan yang dirancang hanya 2-3 hari sahaja... Lepas ni bolehlah hang-out sama-sama lagi k... Semoga kita berjumpa lagi...

Sayang korang semua... :)


peace ;p

No comments: