Saturday 30 June 2012

Sepetang Bersama IDAN & DAUH..

Haloha...

Rutin harian sebelum berhempas pulas dengan kertas-kertas ME, dang mesti luahkan apa yang terbuku di dalam ni dan apa yang berlaku pada hari ini... hihihi

Untuk hari ini, petang tadi lepas zohor dang, eton dan rozi ada join study group untuk selesaikan masalah-masalah bagi subjek ME ni... Memang rezeki sebab kalau tak join study group ni memang rasa rugi.. Dari A-Z la, Si Udin dan Si Amir puas mengajar anak-anak didik dorang ni... hihihi.. Sape lagi kalau bukan kami bertiga.. Mana tak faham, memang dorang jadi mangsa sebagai kaunter pertanyaan.. Dorang plak dengan rasa bersedia dengan apa yang kami nak tanya, sudi mengajar satu persatu.. Si Udin siap suruh dang buat banyak-banyak latihan lagi... Ajar step by step... Thanks Udin dan Amir.. Hope dang dapat buat yang terbaik untuk paper ME, isnin ni... Jasa korang hanya Allah yang dapat membalasnya..

Lepas tu, tibalah masa untuk dang tunaikan janji dang kepada 2 orang kenalan dang iaitu Idan dan Dauh.. Dang dah berjanji nak belanja makan ais krim MCD.. Jadi tepat pukul 6 petang, pertemuan telah ditetapkan.. Alang-alang semua tak makan lagi, dang order terus untuk dinner set.. Puas makan.. hehehe.. Sambil-sambil tu, bermulalah taaruf sesama kitaorang... Dah nak dekat habis sem, barulah dapat kenal-kenal...

Alamak !!!! Gambar tak ada plak... huhuhu
Bukan apa, terlalu leka sangat berborak, sampai nak ambil gambar untuk kenangan pun terlupa...
huhuhuhu



peace ;p

p/s: Kepada Si Dia, sorry buat abg risau...  
Sayang tak dengar mesej abg hantar tadi..
huhu

HELP ME !!!!

Haloha...

Pagi-pagi buta ni sempat plak dang update blog kan... Bukan apa, otak sudah penat menghadam kira-kira... Jadi, ini adalah salah satu terapi bagi dang untuk menenangkan fikiran dang yang celaru.. 

Dang sangat lemah dalam bab kira-kira ni.. Adoiiiii... Rasa macam nak termuntah tengok nombor.. huhuhu.. Tapi apa kan daya, dang perlu jugak hadapinya dengan tenang.. Kerisauan tu memang ada untuk next paper ni, tapi dang mantain cool je.. Bak kata Si Dia, fokus !!! fokus !!! 
Dah macam crita Baginda plak.. Dialog Jalil Hamid... hohohoo

Kena lebih fokus untuk mengharungi hari-hari terakhir sebelum berperang dengan next paper ni...
Oh..... MY ME....
hohoho


peace ;p

Friday 29 June 2012

APA KATA DANG CUBA...

Haloha...

Dalam mencari mood untuk mengulangkaji pelajaran, dang belek-belek dulu muka buku.. Itu adalah perkara lazim sebelum nak study.. hihihi.. Korang pun sama ke ?? Hope, tak la ye... hihihi... Macam biasa, memang banyak lah notification yang akan keluar.. Mengalahkan artis gitu.. hohoho.. Belek punya belek, dang bukalah page group alumni Fakulti dang dulu.. Dalam satu post tu, seorang senior dang ingin mencari calon-calon untuk manjadi penghias muka depan satu majalah ni.. Tetiba dang rasa berminat plak, jadi dang buat keputusan untuk mencuba nasib.. hehehe..

Bukan apa, ini adalah peluang di samping menimba pengalaman.. Apa yang dang pelajari dulu dan sekarang, boleh di blend kan menjadi satu... hihihi

Sebelum dang menghantar maklumat yang diperlukan, dang minta dulu kebenaran dari mak dang.. Bukan apa, nak minta restu dulu.. Bak kata orang, minta izin dulu dari mak ayah, baru lagi berkat semua tugasan yang dilakukan.. Emak dang tak menghalang dang dari melibatkan diri.. Ini bermakna, mak dang bagi
LAMPU HIJAU.. 
Then, barulah dang menghantar kepada pihak yang terlibat..

Kepada Si Dia, dang tak bagi tahu pape lagi.. Bukan untuk mengenepikan Si Dia tapi time tu dia ada kelas.. Jadi, dang selesaikan dulu mana yang boleh dibuat.. Hope Si Dia akan sokong dang dalam apa yang dang lakukan ini.. Sebab ini adalah sebahagian minat dang yang Si Dia perlu sokong..

Sebentar tadi, pihak yang terlibat dengan pencarian tu dah inform kat dang bahawa email yang dang hantar dah diterima.. Jadi, sekarang ni dang hanya perlu tunggu next stage sahaja untuk mengetahui dang dapat atau tidak.. Sebab semua calon akan di short list kan.. So, dang akan tunggu dengan sabar.. Harap-harap peluang tu adalah... hohohoho


peace ;p

p/s: teman-teman, doakan dang ye.. hihihi

Thursday 28 June 2012

Pening-pening Lalat...

Haloha...


Apa yang korang rasa bila tengok gambar bernombor ni ???
Macam tu lah dang rasa saat ini...
hohohoho


peace ;p

CTU 553.. DONE !!!

Haloha...

Minggu final telah bermula.. Bagi dang, untuk melepaskan beban pada subjek yang pertama ini dah lega.. Kerana apa... ??? Kebanyakkan soalan yang dikeluarkan memang dah diramalkan oleh dang.. 
Bukan apa, rasa hati tu terasa tepat yang mana tajuk dang fokuskan tetiba keluar plak.. hohoho.. 
Alhamdullilah... 
Dang dapat menjawab dengan baik sepanjang final... Carry mark untuk subjek CTU ni pun boleh tahan.. Hope dapatlah gred yang mantop... hohoho

Selepas selesai peperiksaan CTU, dang, eton dan rozi bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain untuk melihat carry mark subjek-subjek yang lain.. Hurm.. Setiap carry mark dang ada tinggi dan juga tak kurang yang rendah... Untuk carry mark yang rendah, dang memang kena bertungkus lumus habis-habisan sebelum paper itu tiba.. Boleh dikatakan memang killer la.. huhuhu..
Dang ni lemah sikit dalam bab mengira.. hohoho.. Itu tak dapat nak dinafikan...

Malam tadi, selepas selesai hantar tugasan BEL.. Tup-tup carry mark pun dah keluar juga... Memang neves tu tetap ada.. Sebab hari ni sahaja, dang dapat mengetahui 3 carry mark, campur dengan malam tadi, 4 semuanya... 

Untuk 
subjek ME - Kena lebih berusaha kuat.. Biar sampai mata jadi panda...
subjek MA - Suam-suam kuku je..
subjek CTU - dah lepas paper final tadi.. Hope boleh up dari yang diharapkan..
subjek BEL - ALhamdullilah.. Syukur..

Untuk subjek
PPC, Logistic dan ENT masih lagi samar-samar carry mark nya.. 
hohoho

Sekarang ni tak perlu fikirkan untuk carry mark.. target dang hanya pada final je sekarang..
Semoga dipermudahkan perjalanannya dalam dang mengharungi liku-liku yang ditetapkan..


peace ;p


Tuesday 26 June 2012

PENAMAT YANG MEMANG TIP TOP..

Haloha...

Apabila seseorang itu menerima teguran dari orang lain, BAIK.... Menerimanya dengan hati terbuka..
Kerana untuk menjadi manusia yang sempurna tidak mungkin akan terjadi.. 
Orang lain akan dapat melihat keburukkan diri sendiri tapi bukan diri sendiri.. Jadi, itulah perlunya ada teguran dari orang lain... Memang itu lumrah dalam adab menegur...

Tapi apabila tugasan atau amanah yang diberikan disalah ertikan oleh pihak lain,
memang perasaan terguris tetap ada.. 
Bukan kerana malu atau tidak berpuas hati apabila ditegur di khalayak ramai, 
tapi terkesima dengan cara orang yang menegur.. Pihak-pihak tertentu hanya nampak kesalahan sesetengah pihak sahaja manakala pihak yang sebulu dengannya hanya menutupkan mata sahaja.. 
Jika inginkan teguran dibuat secara keseluruhan, jangan pilih bulu untuk membuat teguran.. Ini hanya mendatangkan sikap kebudak-budakkan..
Walaupun hanya dikalangan pihak-pihak tertentu, tapi pihak ketiga atau keempat boleh nampak hal itu berlaku walaupun secara sembunyi, diam atau samar.. 
Bukan pihak-pihak yang lain tidak mampu nak menyuarakan isi hati mereka yang mereka pendamkan, tapi mereka fikir tidak perlu nak menjatuhkan sesama mereka disebabkan hal-hal yang kecil.. 
Jika menegur untuk sesuatu perkara yang akan mendatangkan manfaat akan datang, It's OK.. Tapi kalau menegur untuk kesalahan terhadap tugasan yang dibuat.. Ohhh.. NO!!!
 Tak dapat nak cakap la macam mana kan... 

Kalau nak memberikan maklum balas segala teguran yang berlaku, memang boleh secara detail tapi kerana kekanggan masa dan tiada sokongan yang selalu diberikan oleh teman-teman rapat, maka 
BERDIAM DIRI 
adalah lebih baik...

Empunya diri tidak ada sokongan VVIP atau seangkatan dengannya, tidak seperti sesetengah pihak..
Yang empunya diri ada hanyalah pengalaman yang nak dikongsikan dengan teman-teman yang sanggup menerimanya.. 
Tapi kalau itu juga disalah ertikan, maka dengan ini
Sampai disini sahaja penglibatan empunya diri dalam semua aktiviti... 
Diri ni dah penat untuk memastikan semuanya berjalan dengan baik tapi habuk pun xda...
Cukuplah sampai disini sahaja..

Selepas ini, sesiapa yang berada di tempat empunya diri, janganlah jadi seperti diri ini yang
sentiasa TEGAS dalam menjalankan tugasan yang diberikan...
Jika kalian ada sifat tegas, tak semua orang boleh menerimanya.. 
Penamat untuk semester ini, memang TERBAIK...

Akan di ingat sampai bila-bila..
Terima Kasih SEMUA..
Anda memang pandai ........................................


peace ;p



p/s: hanya nukilan dari sekeping hati yang tidak pandai bermadah puitis..
tiada bersangkut paut dengan manusia yang masih hidup atau yang meninggal dunia..
 siapa yang makan cili, dia lah yang terasa pedasnya...

Berdiskusi ??? Berdebat ???

Haloha...

Sebentar sahaja lagi, lebih kurang pukul 2 ptg ni, dang akan terlibat di dalam Post-motern untuk MGF..
Entah apa yang akan di bedah siasat.. Bagi dang, macam-macam yang perlu di perbaiki..

Jadi, kita tunggu sahajalah petang ni macam mane hasilnya..
Adakah OK atau KO..
hohohoho

Hope semuanya berjalan lancar.. 
Bukan apa, bila ada orang yang stress kemungkinan besar disebabkan oleh esok ada paper final..
Bayangkan.. Esok ada paper dan hari ini ada post moterm.. 
huhuhuh

Payah dan tak dapat nak bayangkan...
Harap-harap post moterm cepat selesai.. Sebab masa itu emas..




peace ;p

Monday 25 June 2012

Akhirnya Tiba Jua MGF... SYABAS..

Haloha...

Hari yang dinantikan tiba juga.. Setelah berpenat lelah dan bersengkang mata untuk majlis ini, 
pada tanggal 13 Jun 2012, hari bersejarah iaitu Malam Gala Fakulti berlangsung..

Jom kita terjah pada hari kejadian tu, dang pun malas nak menaip.. 
Untuk kali ni, biar gambar plak berbicara..
 Ok ??? hihihih





VVIP merasmikan upacara pembukaan..
Ketua Projek membuat ucapan..


Perasmian MGF 2012..
MC pada malam itu.. Hafiz dan Ety..
Wakil dari setiap program yang ditugaskan menjadi penyampai anugerah.. :)

Anugerah-anugerah pensyarah yang dipertandingkan...
Kategori:
Sporting, Komitmen, Dedikasi, Aktif, Glamour, Harapan, Mesra dan sebagainya..




Persembahan dari setiap program...
Dikir barat, koir, lakonan, live band dan sebagainya...




King & Queen dari setiap program yang telah dipilih oleh setiap penasihat..


Baru ada dang... hihihi...
 Malam tu, dang banyak stand by di belakang pentas.. Biasalah memantau keadaan pelajar-pelajar yang membuat persembahan.. Mesti kena smooth.. hihihi


Bersama anak-anak buah dang yang menjayakan bahagian lighting dan protokol...
Mereka ni budak-budak lagi... hihihi


Dang ucapkan terima kasih kepada semua yang telibat dalam menjayakan Malam Gala Fakulti ni..
Jika dang ada terkasar bahasa atau membuat hati sesiapa terguris, maaf la ye.. Bukan apa, teguran yang dang buat dan keputusan yang dang ambil berdasarkan semua aspek yang dang nampak.. Jadi, jika ada terasa tidak berpuas hati, siapalah dang ni untuk memuaskan hati semua..

Jadi, selama dang memegang amanah sebagai Penolong Ketau Projek II, dang ucapkan terima kasih kepada Ketua Projek, Shaznizam kerana memberi kepercayaan kepada dang dalam bersama-sama menjayakan majlis ini.. Kemungkinan besar ini adalah majlis terakhir yang akan dang uruskan.. 


peace ;p

Sunday 24 June 2012

Behind The Scene - Malam Gala Fakulti 2012

Haloha...

Untuk pengetahuan semua, MGF Pengurusan Perniagaan sudah selamat dijalankan dengan jayanya.. Walaupun ada sedikit masalah tapi semuanya dapat diatasi.. Biasalahkan, kalau sesuatu majlis tu ada masalah, normal.. hohoho.. Tak ada yang sempurna tapi untuk memastikan semuanya tip top setiap orang perlu memberikan kerjasama yang baik..

Sekarang ni jom kita jenguk-jenguk apa yang jadi sebelum MGF berlangsung.. hihihi

Sesi photoshoot MT MGF 2012..

MT tertinggi Malam Gala Fakulti Pengurusan Perniagaan 2012..
( dari Ketua Projek sehinggalah Bendahari )

Final Touch sebelum berlangsungnya majlis..
Masing-masing berusaha buat yang terbaik..




Hari yang dinantikan.. 
Pagi sehingga petang sebelum majlis, semua ahli terlibat dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan..


Semua bendahari membuat tangging untuk setiap program..


Pencahayaan juga penting dalam majlis ini.. 
Semuanya membuat rehearsel.. Team Lighting diketuai oleh Captain Fikri.. hihi


Persediaan semua montaj dan gambar-gambar kenangan menjadi tanggungjawab biro dokumentasi.. Masing-masing bertungkus lumus sediakan montaj yang superb!!!!!!


Apa tugas dang ???
Kalau korang nak tahu, dang bertanggungjawab dalam penganugerahan pensyarah.. Dan untuk mengumumkan anugerah tu, dang telah memilih 9 orang wakil dari setiap program untuk menjadi penyampai.. 
Ni salah seorang penyampai dari Isbaq, Jazrin...
Kenalah bagi taklimat serba sedikit.. hohoho


Berbincang dengan Captain Biro Program dan Protokol, Azuan..
Biro Program & Protokol dan Biro Perhubungan di bawah jagaan dang..
Jadi, dang kena sentiasa update.. hihi


Biro Tugas-tugas Khas dan Biro Cenderahati memastikan persiapan hadiah settle.. hihi


Majlis ni dah berlangsung pada 13 Jun lepas.. 
Agak terlewat dang dapat kongsikan bersama blogger-blogger yang lain.. 
Biasalah selepas majlis ni banyak tugasan yang perlu diselesaikan..
Jadi, nantikan entry semasa majlis plak ye..
Thanks...


peace ;p

Keris = Senapang, Pen = EXAM..

Haloha...

Kini telah bermulanya study week untuk memberi ruang kepada setiap pelajar... Dang juga tidak terkecuali.. Lagi beberapa hari, dang akan menempuh satu peperiksaan yang semestinya sebelum habis semester akan pelajar hadapi.. Untuk kali ni dang bermula pada 27 Jun sampai 14 Julai.. Rasa berdebar plak dalam masa ni.. Kalau tak risau, memang power la kan.. hohoho..

Kertas yang dang akan tempuh dulu ialah CTU553 (hari rabu ini) dan akhir sekali ialah OPM547..
Kali ni dang akan hadapi 6 paper.. Macam-macam boleh jadi.. Sekarang ni, dang lebih dekatkan pada yang maha pencipta.. Dan berharap segalanya dipermudahkan...

Rabu ni dang akan berperang.. Segala kelengkapan perlu dikemas kini untuk memudahkan dalam peperangan yang bakal tiba.. Mula mengira detik untuk berperang dengan segala kudrat..

  


Kepada semua rakan-rakan yang akan menjalani peperiksaan juga, 
dang ucapkan selamat berjaya dan semoganya dipermudahkan olehnya..


peace ;p

Saturday 23 June 2012

Bila Rindu, Ku Renung Potretmu..

Haloha...



peace ;p

Sunday 10 June 2012

Bunga-bunga Kuncup...

Haloha...

Hari ini selesai meeting Dinner yang bakal diadakan hari rabu ni nanti.. Masa makin suntuk.. Setiap perkara mesti kena ada progres yang agresif dan sistematik.. Dalam meeting tadi, dang perhatikan kebanyakkannya semua ahli masih lagi blur-blur..

Adakah ini kerana salah MT kerana tidak berikan tugasan dan penerangan yang sebetulnya ??? Hurm.. hope cabaran yang mendatang ini dapat ditempuhi dengan sabar dan diberikan kelancaran yang diredhaiNya..

Esok meeting lagi... Akan ada meeting tiap-tiap hari sehinggalah hari yang sebenar..
Hope penglibatan dari AJK akan bertambah dan komitmen tu nampak sebelum, semasa dan selepas majlis..

Ok, nak sambung buat tugasan..
Meeting-meeting juga, tugasan tetap berjalan..


peace ;p

Saturday 9 June 2012

Cerah Atau Mendung ???

Haloha...

Ahad, 8 pagi, dang akan menghadapi 1 test..
Hope semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan..



peace ;p

GULA-GULA... PAHIT UNTUK DITELAN..

Haloha...

Minggu-minggu terakhir ni sebelum nak final memang memenatkan.. Bukanlah untuk mengeluh tapi itu yang terjadi.. Tugasan berkumpulan ada yang belum lagi diselesaikan.. Kalau diikutkan, semua tu dah lama diagihkan  tapi sebelum diagihkan kenalah berkumpul dan berbincang dulu untuk semua tahu apa yang perlu ada dalam laporan.. Kalau nak letak pada sorang atau 2 orang je, memang boleh hancur... Bukan apa, semua yang dilakukan ada markah.. Memang kita tak nampak tapi hasilnya tu kita akan dapat bila tiba masanya.. 
(time presention)

Hurm.. Malas nak cakap banyak-banyak.. Sekarang ni, ikut flow je.. Cepat habis semua presention dan tugasan, senang hidup.. Lepas ni hanya fokuskan pada final je plak.. Itu pun untuk diri sendiri... Tak perlu lagi nak fikir tentang orang lain punya markah..



peace :(

Tuesday 5 June 2012

Bahana Tak Ingat Dunia Bila Cuti..

Haloha...

Kerja banyak yang runcit-runcit... Jadi, bila buka cuti ni semua nak kena hantar.. Dan dang masih lagi dibuai mimpi-mimpi kosong macam lagu nyanyian Najwa Latif.. Adooooiiii !!!!!!!! 
Bila nak bangun ni dari dilema dan mamai-mamai mimpi.. 

Tolooooonngg !!!!!!!!!
huhuhuhu
 Tak siapa boleh tolong dang melainkan diri sendiri... Lepas ni semua kerja kena buat dalam keadaan yang pantas dan tepat pada masanya.. kalau tak bahana.. :(

Untuk tugasan hari ni, semuanya dapat diselesaikan... Tapi sesuatu perkara dang terpaksa korbankan...
Maaf.. Bukan sengaja untuk lakukan semua tu..


peace ;p

Monday 4 June 2012

Berbahagia + Bersedekah...

Haloha...

Cuti-cuti sekolah ni, memang banyak kenduri kahwin... Tak kurang juga jemputan dari rakan-rakan terdekat.. Dah namanya rezeki, dang sempat menghadirkan diri ke majlis perkhawinan rakan teknik dulu.. Tempatnya adalah di Banting.. Time tu, dang memang tengah cuti.. Jadi, alang-alang ada masa dan kelapangan, dang hadir juga.. Sebab yang lain adalah nak jumpa rakan-rakan teknik yang lain.. Tak sia-sia dang datang, dapat jumpa Sir Shah lagi.. Salah seorang guru di SMTSS dulu.. Walaupun tak pernah mengajar dang, tapi memang terbaiklah dapat kenal Sir Shah.. Sebab apa ?? Sebab dia adalah seorang cikgu yang sporting dan sentiasa menghubungi anak-anak didik dia.. hihihi

Rakan yang telah berjaya menjadi seorang isteri ni namanya Siti Syazuani.. Tapi time sekolah orang panggil dia Wak je... Orang jawa pior.. hihihi... Tapi dang panggil Wani... Kenduri simple je.. Tapi tetap meriah.. Kalau nak tahu, Wani ni dan suaminya ni masih lagi menuntut taw.. Betapa hebatnya berkahwin semasa belajar.. Memang berani Wani ni... hihihi.. Kalau dang lah, aduh... Susah mahu cakap.. Apa-apa pun dang ucapkan;

SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT... 
&
MENJADI SEORANG ISTERI YANG TAAT DAN SOLEHAH.....


Rakan-rakan seperjuangan... Sebelah pengantin lelaki, tu lah Sir Shah.. hihih...
2 orang yang duduk depan, junior SMTSS..
Bila lagi turn yang lain ek ??? Oppss !!! hihihi

Selepas majlis tu, dang tak terus balik ke rumah... Tapi singgah dulu dekat rumah Nikman.. hihihi.. Dia pun salah seorang sedara kepada Wani.. lebih tepat lagi adalah 2 pupu dengan Wani... Buat apa ??? Kalau nak tahu, kitaorang lepak-lepak di bawah pohon asmara... hihihi.. Eh, jangan salah faham.. lepak bawah pokok rambutan... Mana tak nya, dang ni jarang masuk kampung, bila dah pergi kampung orang, memang macam jakun sikit... hihihi.. Walaupun dang tak makan buah rambutan (pelik kan??) tapi bila Nikman dah tolong galahkan, memang seplastik juga lah dang angkut bawa balik... hihihi.. Rezeki jangan ditolak, maut jangan di cari... hihihi.. Bawa balik melaka, bagi adik dan mak makan.. hihi...


Korang jangan fikir bukan-bukan.. dang tidak keseorangan ye.. Tapi berempat.. Termasuk Nikman jadilah berlima... hihihi... dang dan Khalid tumpang Hani pergi kenduri... So, faham-faham je la ye... Betapa ramainya dekat rumah Nikman tu... hihi.. Izat pun join sekaki... hihihi..

Khalid dan Izat.. Masing-masing bersihkan rambutan... hihihi

Yang berbaju Merah tu la Nikman, tuan empunya pokok rambutan ni... hihihi
Itulah masa yang kitaorang habiskan semasa berada di Banting.... Terima kasih ye Nikman sebab sedekahkan buah rambutan kepada dang dan Hani... hihih.. Lepas ni, bolehlah bagi lagi.. hihi


p/s:
Kepada rakan diploma iaitu Kak Pah yang dah selamat menjalankan majlis perkhawinan pada Sabtu lepas, dang ucapkan
SELAMAT BERBAHAGIA DALAM MELAYARI ALAM RUMAH TANGGA..
Maaf tak dapat datang sebab dang dah berangkat balik ke Dungun.. huhu

Kepada sedara dang Fizi yang berada di Selayang yang bakal mengadakan majlis perkhawinan, dang ucapkan
SEMOGA BERJALAN LANCAR DAN SENTIASA BERBAHAGIA BERSAMA INSAN TERSAYANG..
Maaf tak datang sebab dah mula kuliah.. hohho.. Mak menjadi wakil dang..


peace ;p


Friday 1 June 2012

Himpunan Jutaan Belia, Putrajaya 2012..

Haloha...

Himpunan Jutaan Belia Putrajaya 2012 sangat menakjubkan.. Kehadiran dang untuk karnival tu tidak dijangkakan.. hihihi.. Itulah dinamakan rezeki... Bila dang terbaca di FB Maria, yang rakan-rakan dang time diploma dulu ada buka booth kat sana.. Jadi, dang ajaklah Si Dia untuk pergi jenguk di himpunan tu.. hihihi..

Lagi pun time tu, dang memang ada di KL.. Alang-alang tu, bolehlah jalan-jalan..
Di himpunan tu, macam-macam ada.. jadi, kepada sesiapa yang tak pergi memang dalam kerugian.. Dalam banyak-banyak booth tu, dang paling suka pergi ke booth perkhawinan.. Time tu, ada pertandingan pakaian baju pengantin bagi kanak-kanak.. Memang comel-comel semuanya.. Lagi pun, harga yang ditawarkan pun murah-murah.. hihihi.. Bukan sebab dang nak naik pelamin ye, tapi untuk mencuci mata.. hihihi..

Dari satu booth ke booth yang lain, dang sangat tertarik dengan booth yang menempatkan booth kartunis dari Perak... Dang memang dah lama nak kan gambar dang di abadikan dalam lukisan jadi ada peluang ni dang tidak lepaskan.. hihihi.. Maka, lukisan dang dengan Si Dia telah dilakarkan.. hihihi.. Lukisan kartun tu dang akan tunjukkan dalam entry yang lain. ok ??? hihihi

Rakan-rakan seperjuangan dang di himpunan.. hihihi..
Kenal kan mak cik yang hujung sekali tu ?? Kalau tak kenal, memang...... hihihih




Dang dan Si Dia... hihi
Terima kasih sebab sudi menemani sayang... 


Kemudian, kitorang singgah kat The Mines... Cadangnya nak pergi tengok wayang tapi cerita yang dang nak tengok tu dah tak ada.. Jadi, kitaorang buat keputusan untuk cuci mata dan jalan-jalan.. Dalam jalan-jalan ni, dang ternampak Tutti Frutti, wah memang berselera la kali ni... Si Dia tak pernah lagi makan ais krim yogurt ni, jadi dang pun belanja Si Dia... hihihi.. Sharing Is Caring... 
<3 <3 <3



peace :p