Tuesday, 8 November 2011

Masih Berusaha..

Haloha..

Lagi cerita tentang trip kelas dang.. Tengah hari tadi dapat feedback yang agak mengecewakan.. Sekarang ni semua syarikat menolak untuk menerima lawatan dari pihak dang. Hurmm.. Roger kepada yang tertinggi, tiada sebarang feedback.. Tak tahulah apa yang akan jadi.. Masih lagi berusaha...

Sekarang ni ada masa dalam 3 hari sahaja lagi untuk selesaikannya sebelum pulang ke Dungun..


peace ;p

Ada Gaya Tak ??

Haloha..

Pernah dengar tentang rancangan yang memberikan daya kreativiti yang tinggi dan aturan teknikal yang tangkas ?? Kalau korang pernah dengar, pasti korang akan mengikuti rancangan tersebut. hihi.. Rancangan yang dang maksudkan ialah Junior MasterChef.. Dang baru berpeluang untuk menonton 
Junior MasterChef Australia siri 1. 
Walaupun lambat, tapi dang tak kisah.. hahaha.. Dang tetap setia menontonnya.. Dah balik ni, macam-macam dang terjah kat Astro.. Kalau kat dungun, tak adanya masa nak tengok TV.. Untuk siri ni, juaranya ialah Isabella, 12 tahun tak silap dang. Memang cara budak-budak ni masak sangat mengagumkan dang. Bayangkan, kalau budak-budak kat malaysia ni masak macam tu, memang dang tabik la.. Tapi ada ke rancangan tu kat Malaysia ?? Yang dang tahu, hanya MasterChef bagi orang dewasa je.. Budak-budak tak ada lagi setahu dang... huhuhu.. 

Jika korang ada anak-anak atau adik la yang paling dekat kan, korang akan bagi sokongan untuk join rancangan ni tak ?? Bak kata pensyarah PD dang, orang malaysia ni kurang support anak-anak dalam bidang yang anak-anak gemarkan. Sebab yang ibu bapa tahu, nak anak-anak membesar ikut pasaran kerja sekarang. So, pendapat korang ?? Tak perlu kata apa-apa.. Hanya senyum jer.. Masing-masing fikirkan la yer.. Berbeza dengan negara luar, ibu bapa akan perhatikan anak-anak lebih kepada bidang mana (cth: masak) so, dorang akan dedahkan dari kecil lagi..

Juara Junior MasterChef Australia Siri 1, Isabella (12 Tahun)
saingannya Jack (12 Tahun)
Salah satu yang membuatkan dang terikut-ikut menonton rancangan ni sebab, dang gemar tengok skill masak-masak ni.. Bukan hanya dang tapi ayah dang pun sama. hihihi.. Ayah punya rancangan AFC.. Lagi 1, dang dulu time sekolah ambil bidang masak memasak ni kat teknik. Tapi hasrat untuk meneruskan terbantut sebab dang tahu dang tak dapat hadapi cabaran dalam bidang ni. Masak untuk alas perut dang ni bolehlah.. hihi

1st time masuk bengkel nak buat donut.. hihi
Ketika jamuan berbuka puasa.. Rewang time !!
Biskut raya plak..
Amacam ?? Ada gaya tak macam Isabella dulu-dulu ?? hihii.. Tu semua hanya kenangan tapi skill yang dang pelajari sangat bermakna. Sejujurnya dalam bidang masakan ni yang dang dapat kongsikan ialah :

1. Kita tak perlu takut untuk mencuba sesuatu yang baru.
2. Sentiasa berjiwa kental bila dikritik.
3. Yakin dengan apa yang dimasak.
4. Sentiasa memperinovasikan masakan yang ada

pesanan ringkas dari Chef Dang.. hihi


peace ;p


Monday, 7 November 2011

Tiada Istilah Cuti.. Fullstop !!!

Haloha..


Risau bila memikirkan perkara yang belum diselesaikan lagi.. Minggu hadapan, kurang dari seminggu ( 16-18nov 2011 ) sahaja lagi 1 lawatan akan berlangsung.. Namun, syarikat yang akan dilawati masih lagi kabur. Buat masa ni, hanya 2 syarikat sahaja yang memberikan kerjasama dalam trip ni. Yang lain ?? Hurm.. hanya boleh mengeluh je.. huhu.. Jika ada masalah dalam lawatan ni, bukan sahaja akan memberikan kesan pada nama baik batch dang tapi juga pada markah seluruh team.. 

Sampai ke hari ni feedback yang diterima semuanya menghampakan. Trip kali ni akan diadakan di Melaka.. Yup tempat dang sendiri..Walaubagaimanapun, sangat susah bagi dang untuk memberikan perkilangan yang ada di sekitar sini. Dang ni nama je duduk melaka yer tapi dah namanya duduk memang stay in dekat rumah je la. Lagi pun semua kenalan dang ada di KL, jd dekat melaka ni tak ada link sangat. Ayoyo..

Dalam minggu bercuti ni, alang-alang ada di melaka, dang akan roger mana-mana syarikat yang dang tahu untuk menyelamatkan trip kelas kali ni. Lagi pun dang kena tebus sesuatu dengan pensyarah dang, Encik Arif.. huhu.. Dia pun dah amanahkan kepada dang before balik aritu.. Mood cuti pun dah tak macam cuti.. tetap kena menguruskan tugasan. 

Esok, hari bekerja dah bermula. Hope sangat syarikat yang dang akan hubungi sebagai backup diterima dengan baik. Selain tu, dang ni pun tunggu masa je PR trip dang roger dang untuk gerak ke syarikat yang lain.  Tapi sampai sekarang tak ada plak tanda-tandanya.. Makin risau macam ni..

Good Luck !!!! 
untuk dang dan semuanya..

Dalam fikiran mula berlegar-legar mencari puncanya jadi begini,

Adakah ini masalah lambat bertindak untuk mengetahui status setiap syarikat yang dipilih ???
ATAU
masalah sikap sambil lewa dalam sesuatu tugasan dalam sesetengah golongan ???




peace ;p

D-Tag. KENA Laksanakan !!!

Haloha..


Ada masa terluang, baru boleh laksanakan tugasan dalam berblogging ni.. 
Apa lagi kalau bukan TAG. 
Selepas di tag oleh 2 orang mak cik 
merangkap teman sekuliah dang time diploma, 
Maria dan Areen.. 
Memang kena buat la kan.. Kalau tak, mau dang kena tempiasnya.. hihihi
Jadi, kepada yang tak ada banyak masa, silalah terus klik X, 
dekat hujung belah kanan tu ye..
Jimat masa korang kan.. hohoho

************************************************

First : The Rules.

1. You must post these rules.
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. Answer the questions the tagger set for you in their post. And create 11 new questions for the people you tagged to answer.
4. You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5. Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER.
6. No tag back!
7. No stuff in the tagging section about 'YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS' YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WILL ALL HONESTLY) have tagged 11 people.



11 Things About Me:

1. Seorang yang mementingkan kesempurnaan.
2. Tidak suka membazir ( Lebih-lebih lagi bab makan ) hihi
3. TAK SUKA makan BUAH.. Actually banyak juga yang dang tak makan..
4. Suka shopping.
5. Suka baca novel ( thriller )
6. Mudah berkawan
7. Mempunyai senyuman yang lebar ( senyum ikhlas )
8. Pendiam bila berada di kalangan yang tak kenal
9. Sentiasa think positif pada orang lain ( tu yang selalu kena tipu.. haha )
10. Suka warna-warna yang ceria
11.Masih mencari " Jejaka Idaman " (*_*)

*********************************************************

Soalan-soalan yang perlu dijawab dari Areen

First impression bila jumpa aku ?
Terkejut gila.. sebab tak sangka budak teknik (kos kejuruteraan awam) ambil kos sama dengan dang..

Lepas kawan dengan aku, korang rasa aku ni kawan yang macam mane ?
Seorang yang cool dan senang minta tolong bila diperlukan..

Percintaan tu penting tak bagi umur-umur kita yang sekarang ni ?
Sangat penting.. Tapi kalau family carikan calon suami/isteri, boleh lagi la dianggap dalam kawalan cinta-cinta ni..

Ada gf/bf tak ? Sape nama ? ( nama penuh )
Tak ada.. hahahha.. Masih seperti dulu..

Dah berapa lama bersama gf/bf tu ?
Tak dapat nak nyatakan.. haha

Korang berkawan lagi tak dengan ex-gf/ex-bf korang ?
Yup.. Sesetengahnya menjadi kawan baik.. Separuh lagi hilang tanpa khabar berita..

Paling suka binatang apa ?
Sebenarnya tak ada langsung.. Sebab tak minat..

Apa benda yang korang teringin sangat-sangat nak buat ?
Nak melancong setiap bulan.

Negara yang korang teringin sangat nak pergi ? Sebab ?
Denmark. Ireland. Denmark. Sempena tercetusnya nama dang, DID..

Kalau korang diberi pilihan untuk memiliki satu benda dalam dunia ni, apa yang korang teringin sangat nak ? Itu mesti benda / Material.
Rumah Kampung Asli. ( dari setiap aspek kena ada ciri-ciri kempung )

Jenama dan model hp yang korang guna sekarang
Sony Ericsson C901

*********************************************************

Soalan-soalan yang perlu dijawab dari Maria

Sejauh mana korang kenal Marya Hana
Sejujurnya, dang masih lagi perlu kenal dan selidik lagi sape Marya ni.. kuikui.. Baru 3tahun kan.. So, macam-macam lagi nak kena gali.. hihi

First impression pasal aku
Kurus gila minah ni !! ;p

Suka / Tak blog ni. Sebab
Suka sangat-sangat.. Muaah2 !!
Kerana banyak info dang dapat terutama sekali dari Sifu dang la kan, Maria tentang rakan-rakan dip.. Boleh kongsi story morry bila tak ada member nak tadah telinga.. Dan juga boleh hantarkan pesanan kepada orang-orang tertentu.. tteettt !!! haha

Kalau boleh kembali ke masa silam, apa yang korang nak baiki dalam hidup.
Dalam pembelajaran.. banyak memorinya.. hoho

1 filem fantasi pilihan
Susah ni nak jawab sebab banyak sangat.. hoho..
hurm... " Beauty and The Beast "

3 blog pilihan
Jiji Yu

Izuddin Rahim

H.J

Ada fashion idol ? Sape ?
Buat masa ni takda.. haha.. Hanya jadi diri sendiri.. 
Pakai apa sahaja asalkan yakin dengan penampilan.. 
Cukup !!!

Berapa lama untuk siapkan 1 entry
Tak tentu.. bergantung pada al-kisahnya macam mana..

Kalau tengah marah, apa yang korang buat
Diamkan diri.. Masuk bilik maki hamun semua.. Tak pun call member yang tahan kena maki.
 So, baru release.. hahhaha

Pendapat tentang lelaki main kayu tiga
Sangat KEJAM !!! TAK BERHATI PERUT !!!
 berdasarkan dari pengalaman.. huhu

Kata-kata semangat untuk Marya Hana
Sentiasa tabah dalam menghadapi dugaan hidup.. walau apa pun ko lalui, 
jalani ia dengan senyuman di bibir walaupun ia menyakitkan.. 
peace no war.. hhihihi


Selesai tugasan tag.. hihihi
Malas nak tag-tag orang sebab tak ramai yang jenguk blog ni.. hahha


peace ;p

Saturday, 5 November 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha..

Haloha..


Tahun ini apa pengorbanan yang korang dah lakukan ???
Pasti ada yang baik.. tak kurang juga yang kurang baik kan.. 
huhuhu
Fikir-fikirkan..


peace ;p

Pulang Juga Akhirnya..

Haloha..


Alhamdullilah.. Syukur dang ucapkan kerana dang selamat tiba di melaka semalam. Walaupun perjalanan agak lewat tapi itu tak membuatkan perjalanan dang terhenti. Tiba di melaka agak lewat 1 jam, kira-kira dalam pukul 9 lebih, baru sampai di Melaka Sentral. Biasalah sebab lewat, kereta banyak, ada berlaku kemalangan.. Macam-macam dugaan.. Dalam perancangan nak naik teksi je balik rumah, tapi mak dang risau sangat so, jiran dang yang ambil dang kat sana. Thanks Cik Eda.. :)

Pengorbanan seorang jiran..
Korang ada ???
hihihi


peace ;p

Wednesday, 2 November 2011

Khidmat Masyarakat.. Bereh !!! :)

Haloha..

Sabtu yang lalu (29 okt 2011), dang dan rakan sekelas terlibat secara langsung dalam khidmat masyarakat yang merupakan salah satu program under subjek PD iaitu Personal Develepmont. Subjek ni dibawah En.Ahamd. Walaupun cuaca yang tidak brapa nak cerah, hujan yang sentiasa menemani kitaorang, tetapi perjalanan program tetap berjalan dengan lancar. Program ni dijalankan di Kampung Balai Besar 1, Dungun. Tugas untuk hari itu hanya mengecat balai raya untuk bagi cantik dan membersihkan kawasan sekitar balai raya ni.. 

Jadi, sekarang ni dang biarkan klik-klik yang bercerita.. hihi

Wajah Balai Raya sebelum di selamatkan.. kuikui

taklimat sikit.. untuk smoothkan perjalanan.. :)
Ketua projek (dang) dan ketua biro program (paq)..


Sesi membersihkan habuk-habuk dijalankan sebelum sesi mengecat mengambil tempat.. 
Semua berganding bahu.. Bagus !!!








Dalam menyiapkan kerja cat mengecat ni, dibantu oleh wakil penduduk sini juga.. Selain dari dang yang akan memastikan tidak ada apa-apa masalah yang berlaku..


Dalam program ni, kebajikan jangan dilupakan. Setiap waktu makan, memang akan terhidanglah makanan yang telah dimasak oleh wakil penduduk. Korang jangan terkejut plak, bukan penduduk kampung je yang masak tapi wakil dari UiTM pun turut memberikan sumbangan tenaga dalam masak memasak ni.. Dang agihkan 3 orang wakil untuk sesi masak-masak ni.. Dan hasilnya memang terbaik.. hihihi







Selesai semua tugasan, acara kemuncak telah berlangsung. Majlis penutup ringkas ni dilakukan untuk mengucapkan ucapan terima kasih dari Pengerusi KRT Balai Besar kepada pihak dang sekelas.. :)


Dari Kiri:
Paq (Biro Program), Tok Anang, Cikgu Ya (Pengerusi KRT),
 Miss Nik (Pemantau UiTM), Dang (Ketua Projek)
Bacaan doa oleh Chas..
Wajah gembira Ketua Projek..
Pengerusi KRT, Cikgu Ya..


Ta da.... 
Inilah hasilnya setelah berpenat lelah menyiapkan tugasan.. hihihi



Dalam program kali ni, yang dang dapat kongsikan ialah semuanya memberikan kerjasama yang sewajarnya. Dang ucapkan tahniah dan sangat-sangat berterima kasih kerana memberikan sokongan padu yang tidak ternilai. Tanpa korang, memang susah program ni nak jalan..

Peringatan kepada semua, program ini belum berakhir lagi.. 
Untuk majlis penutup dang harap akan lebih baik dari sebelum ini.. hihi


peace ;p