Thursday 22 November 2012

Tugasan 2: PPC

Haloha...

Seterusnya perjalanan dang beralih kepada PERTIMA.. Di sini, dang dengan team perlu membuat penyelidikan berkaitan dengan Capacity.. Sepatutnya kami berlima, tapi pada hari kejadian bertiga je.. 2 orang team lagi tidak dapat hadirkan diri.. Si teha kakinya retak, sekarang masih lagi berkampung di Langkawi.. Si edora plak, ada test.. Jadi tanpa melengahkan masa, bertiga pun dah ok.. Sebab lama-lama nanti takut masa tak ada plak.. hohoho.. Biasalah, semester ni pendek je..

Dang ingatkan kitaorang dapat masuk bahagian production sini, rupa-rupanya tak dapat..Sebab tak nyatakan dalam surat.. huhuhu.. Aduhai, sayangnya.. Kalau tak, boleh jenguk-jenguk macam mana ikan sardin diproses... hoho.. Hari-hari makan sardin nak tahu juga ramuan dia apa... kihkihkih

Maklumat yang kitaorang dapat, boleh tahan la... Cuma bahagian yang sulit, hampa sikit nak perolehi data tu.. Dah kata sulit kan, jadi memang kena faham la... hoho


Rupa-rupanya, PERTIMA banyak mengeluarkan produk selain sardin.. Untuk daging korban pun ada, kalau ikutkan plan, bulan 12 ni daging tu sampai dari Arab Saudi.. Kemudian, PERTIMA akan proses dan akan eksport.. Jom, tengok produk apa lagi yang ada... Laaayyaaannn !!! :D


Hanya sample je... :)




Bersama orang kuat PERTIMA bahagian RnD.. Tak ingat la nama akak ni... Tapi akak ni, memang cool.. On je layan kitaorang yang banyak tanya ni.. hehehe

Selesai untuk buat penyelidikan.. Sekarang ni hanya fokus pada untuk membuat laporan je.. Aduh, pening kepala nak mengarangnya... hohoh


peace ;p

No comments: