Wednesday 7 November 2012

Pusing-pusing Kota

Haloha...

Cuti-cuti malaysia yang lalu, dang, Yon dan Si Dia menjelajah 1 bandar raya Melaka... Dah lama tak berjumpa, jadi bila ada ruang yang sedikit ni, dang dan Si Dia buat plan hujung minggu.. Pukul 10 pagi, Si Dia dah bertolak ke Melaka dari Kajang.. Almaklumlah, Si Dia duduk KL, dang plak Melaka.. Hubungan jarak jauh ni betul-betul meletakkan kepercayaan yang tinggi.. hehehe.. Tepat pukul 1230 tengah hari, bertolak kitaorang ke Bandar Melaka..

Sampai sahaja di Mahkota Parade, terus mencari restoran untuk mengisi perut yang berkeroncong... Yang menjadi pilihan ialah di Chicken Rice Shop.. Tak perlu banyak fikir, seperti biasa dang yang menjadi tukang order.. Nasi ayam 2 set siap !!!! hehehehe



Si Dia... :)
Lepas makan dan solat, jalan-jalan plak ke Dataran Pahlawan... Bila keadaan yang terlalu panas, tak terdaya dang nak berjalan kat luar.. Next plan ialah berkaroeke.. hehehe... Memang kaki karok dua-dua, jadi terus sewa bilik 2 jam semata-mata untuk karok.. Macam-macam lagu dang bedal... Dari tak pernah cuba, terus cuba.. Sampaikan tekak pun boleh menjerit-jerit minta berhenti.. hahahha.. 

Lepas selesai semua tu, barulah pergi kepada tujuan yang sebenar iaitu ronda-ronda Kota.. Lepas solat asar, dalam keadaan cuaca yang baik petang tu.. Kitaorang bertiga, menjelajah 1 kota.. Lebih kurang macam pelancong la... hehehe.. Time tu memang ramai orang.. Tapi best sebab dapat tengok gelagat orang lain... hehehe



Dang dan adik, Yon.. :p

Akhirnya.... Tepat pukul 6 petang beransur la pulang ke rumah.. Nak balik memang tersekat dalam kesesakan lalu lintas.. Last-last, nak dekat maghrib barulah tiba di rumah.. Dan Si Dia malam tu jugak bertolak ke KL...

Thanks sebab sanggup datang ke Melaka untuk berjumpa dengan syg.. :D
Ada rezeki kita jumpa lagi...
Belajar elok-elok... FOKUS...
hihihi


peace ;p

No comments: