Thursday 17 January 2013

Petrosains @ KLCC

Haloha...

Selamat pagi semua... Siapa pernah pergi Petrosains ?? Tipulah kalau korang tak pernah pergi kan ?? Sejujurnya, masa study week yang lepas adalah pertama kali dang menjejakkan kaki ke Petrosains tau.. Betapa kunonya dang.. huhuhu.. Orang lain semua dah 3-4 kali sampai tak terkira masuk situ, tapi dang baru 1 kali.. hehehe.. Kalau korang sukakan alam sains ni, memang Petrosains adalah tempat permulaan untuk menanam minat budak-budak terhadap sains.. Kalau dang ada anak nanti tempat ni salah satu tempat wajib pergi.. hehehe.. (Bertahun lagi nak menunggunya... kuikuikui)..

Dang ni dulu budak aliran sains juga tapi memandangkan minat tu kurang, tak adanya nak sambung bahagian sains ni.. Ni mesti gara-gara tak pergi sini kan.. Betul tak ?? :p Jadi, kepada adik-adik dan juga kepada orang dewasa sekali pun, jangan lepaskan peluang tau untuk pergi ke sini.. harga tiket pun berpatutan.. Jangan risau.. Memang murah... Nak bawa sedara mara, buat lawatan dekat sini pun ok dah.. Tak adalah asyik nak bershopping je kan.. hihihi.. Siapa cakap pasangan bercinta tak boleh pergi ?? Kalau korang tak ada tempat nak dating, apa salahnya sekali sekala pergi ke tempat macam ni.. Sambil-sambil tu keluar dating tak adalah buang masa, ni kira tambah ilmu jugak tau..

Tujuan utama ke KLCC memang untuk pergi ke Petrosains.. Sebab dang temankan sedara dang, Afiqah.. Alang-alang tu, dang juga menunaikan janji dan hajat seorang mak cik ni, Aishah Lee (nama muka buku dia).. hehehe... Mana taknya, kalau tak salah dang dah 3-4 tahun rasanya tak pernah berjumpa.. Sebenarnya, mak cik ni adalah junior dang sewaktu sekolah rendah dan diploma.. Lebih kurang macam jejak kasih la jugak.. hehehe.. Dengan dia ni adalah share sikit-sikit perkembangan masing-masing.. Time jumpa hari tu tak dapat nak borak lama-lama, sebab kekangan masa.. Tapi agendanya tetap ada iaitu tengok movie.. Lepas tengok movie, junior dang ni kenalah temankan mak dia atas urusan keluarga.. Oklah, jumpa sekejap dari tak jumpa langsung kan.. Terima kasih sebab datang.. Lepas ni wat date lain plak.. huahuahua

Selesai wayang, mulalah pengambaraan dang bersama Afiqah di dalam terokai dunia sains..
I LIKE !!!! :D
Lepas ni, nak bawa adik dang plak, si Asyraaf datang sini.. Dia pun tak pernah jugak masuk sini..
Ada rezeki, gerenti masuk lagi.. hehehe

Dang dan junior, Aishah Lee..
Ni lah dia sedara dang.. hehehe.. Afiqah.. Terkejut tak ??






Itu sahaja setakat hari itu.. Dang kena balik awal, al-maklumlah bawa budak-budak kan, jadi kalau balik lambat susah plak.. Walaupun tak kena marah... hehehe... Lupa plak nak bagi tahu, Afiqah ni anak kepada pak uda dang, adik kepada mak dang.. Hari tu dang menumpang rumah pak uda.. Nak tahu sebab apa ?? Tunggu entri seterusnya.. hehehe


peace :p

No comments: