Wednesday, 23 January 2013

Good Bye Dungun. Hye KL.

Haloha...

Esok adalah hari bermulanya penggembaraan dang selama 3 hari 2 malam sebelum berangkat ke Sarawak... Mana lagi kalau bukan di KL... Pukul 1030 pagi, bas dang akan bertolak Dungun-Kajang... Sampai sahaja, haruslah Si Dia yang akan menjemput dang... hehehehe.. 

Dalam masa 3 hari ni, tak berapa 3 hari sangat sebenarnya.. Bak kata Si Dia 2 hari je kalau ikutkan dang stay KL.. hohoho... Dang akan habiskan masa dengan window shopping... Nak release tension sikit selepas final.. Then, bila cuci mata tu haruslah membeli pilihan hati yang mana berkenan... Kan ??? hehehe

Lagi pun, Sabtu ni ada kenduri kawen kawan lama dang, dari sekolah teknik.. Jadi, kenalah pergi.... Pada masa yang sama, gathering sekali dengan budak-budak yang lain... hehehe.. Sekarang ni pun, tengah fikir-fikir nak beli apa untuk bakal pengantin baru tu.. hehehe.. Huurrmm... Masa jalan-jalan nanti dengan Si Dia, bolehlah tengok apa-apa yang patut... hehehe.. Boleh juga bagi pendapat.. 

Ok lah, mau sambung kemas baju... Esok pagi nak gerak dah...
Jumpa dang di KL... hehehe
Tak lupa juga dang nak ucapkan
selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua umat Islam di dunia..

peace ;p

Sunday, 20 January 2013

Menghitung Hari @ Masa

Haloha...


Masa itu sangat berharga.. Memang tepat sekali.. Itu dang memang akuinya...
Di ambil dari kata-kata Tun Dr.M yang dang dengar tadi ketika menonton Nona,
 "Ramai orang mampu untuk membeli jam tangan yang mahal tapi tak semua orang mampu menghargai masa yang sangat berharga..."

Dang mula mengira detik-detik terakhir dang bersama dengan kawan yang dang rapat iaitu rozi dan eton.. Esok hari terakhir dorang final.. 22 hb ni plak, rozi dah berangkat ke KL.. Eton plak akan berangkat ke Kelantan lbh kurang hujung minggu ni.. Dan dang sendiri akan meninggalkan dungun pada 24 hb ni.. Semuanya akan berpisah... Lepas ni nak jumpa balik pun tunggu dorang turun ke sini sahajalah.. Mana taknya, masing-masing akan berpraktikal di KL dan juga KT.. Masa tu sangat cemburukan kitaorang kalau nak berjumpa pun.. 

Pada masa yang sama, dang juga mengira detik untuk berangkat ke Kuching.. Perasaan tak sabar nak jumpa mak memang dah lama sangat...Ayah plak kalau ikutkan dah 2-3 kali dang jumpa semester ni.. Mana tak nya, ayah ada mesyuarat je, dang pasti akan turun Melaka juga... Sebab itu masa untuk gathering bersama adik beradik yang lain... Time-time macam tu la dang akan ambil peluang... 

Semakin cepat masa berlalu, semakin pantas perkara yang kita inginkan akan terjadi.. Jangan lupakan juga kepada perkara yang tidak diingini.. Itu kita kena sentiasa waspada jugak... Khamis ni, dang akan berangkat ke KL.. Kemungkinan besar akan ada perubahan.. Tapi itu akan difikirkan semula...

Semoga apa yang dirancangkan akan berjalan dengan lancar..


peace;p

Ikan Bakar @ Kuala Sg Baru, Melaka

Haloha...

Pagi-pagi ni dang nak kongsikan tentang makanan.. Dengan perut lapar sekarang ni, memang menjadi-jadilah bunyi berkeroncongkan.. huhuhu.. Sape tak pernah makan ikan bakar ?? Bohonglah kan tak makan.. hahaha.. Dang satu family akan makan ikan bakar kat Kuala Sg Baru selain dari Umbai.. Tapi kat umbai, tekak dang tak berapa nak sedap sangat.. Dang lebih suka dekat Kuala Sg Baru ni... hehehe

Kalau korang pergi, pasti tak kan menyesal tau... Jadi, cubalah makan kat sini nanti.. Kalau-kalau melancong ke Melaka kan... Ala, kalau dari KL, PD ke.. boleh je datang sini.. makan-makan.. Tak jauh mana pun.. Asalkan kita mendapat kepuasan.. betul tak ??? Servis kat sini pun ok, tempat besar.. Dan kalau korang nak buat gathering pun, tempat di disediakan.. Tempahlah nak makan berapa ramai sekali pun.. hehehe.. Tapi dang pesan awal-awal, kalau nak makan dalam pukul 0630 petang - 0800 malam tu, baiklah korang pergi awal dari tu atau pun 8 ke atas, sebabbnya ?? Time tu adalah pick hour taw.. Memang kebulurlah kalau korang tengah lapar gila dan terpaksa Q dulu.. Kalau tak sabar, tak yah makan.. hahha.. Cari tempat lain.. kuangkuangkuang...

Last dang makan bersama keluarga pada study week baru-baru ni.. Mak dan Asyraaf tak join sebab ada dekat sarawak.. Al-maklumlah, masing-masing semua bersepah-sepah hidupnya... Jauh perjalanan.. hoho

Yon, dang, Deeba... :D

Sebelum.. menyelerakan... :D
Selepas... Licin.. :p

Kami memang kuat makan !!!!!!!!! 
hehehehe


peace ;p

Friday, 18 January 2013

Dugaan.

Haloha...

Sakit yang tidak berkesudahan.. huhuhu.. Memang nak menangis je rasa bila tahan sakit ni.. Sudah 2-3 hari ni dang merasa sakit di bahagian perut... Nak kata tak makan, makan je.. Tapi bila malam je, mulalah perut tu mencengkam-cengkam.. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu... 

Kalau ikut kawan-kawan dang cakap, myb dang terkena urin kotor.. Jadi solutionnya, kena banyak minum air.. Dan kerap buang air kecil.. Nasihat tu dang dah follow.. Tapi still jugak tak berubah... Kawan-kawan sarankan dang pergi check kat hospital, tapi bagi dang tak nak.. Kang kalau kena tahan, tak pasal-pasal balik lambat ke Sarawak... Tak mahulah macam tu... Dang kalau nak check pun, biarlah dang dah ada dengan family sekali.. Kalau kena pape ke, family dekat dengan dang... huhuuh

Untuk tahan sakit, dang hanya makan panadol... tapi tak adalah terlalu kerap, cuma 1 hari sekali je.. Bukan apa, takut juga makan banyak-banyak, kang sakit lain yang datang.. huhuhu

Ok lah, dang nak rehat dulu... Sakit tu datang sekejap-sekejap... hurm..
Doakan dang cepat sembuh ye...
Hope tak adalah penyakit yang datang, hanya sakit biasa-biasa je...



peace ;p

Thursday, 17 January 2013

Experience In The Audition.

Haloha...

Untuk kali ni dang nak kongsikan 1 pengalaman yang tidak dapat dilupakan.. Dari pengalaman ini, dang telah mencabar diri dang untuk lebih berani sahut cabaran dan berdepan dengan pihak luar.. Bila difikirkan balik, memang macam mimpi je.. Yela, selama ni ada je peluang tapi tak nak pula ambil.. huhuhu.. Bila dah jauh-jauh ni, mulalah nak mencuba semua.. hoho.. Bukan apa, tetiba rindu dengan suasana dan kedaan dulu..

Korang mesti fikir, apalah yang dang merepek ni kan ?? hehehe.. Ok2... Untuk pengatahuan semua, pada 22 hb Disember yang lepas, kiranya dah dua bulan perkara ni, dang ada mendapat satu panggilan sms untuk datang uji bakat bagi 1 rancangan yang disiarkan di TV9.. hahaha.. Mesti korang tak percayakan ?? Tapi itulah yang berlaku.. Rozi dan eton lah orang pertama yang tahu mengenai ini, sebab masa dang dapat mesej dari pihak TV3, kitaorang tengah siapkan tugasan terakhir sebelum study week.. hohoh..

Dang terima mesej tu lewat petang dah.. Bila dang baca je, dang mula terfikir, tiket balik kampung dah beli tapi 25 hb punya date.. Ini bermakna dang kena beli tiket lain.. Keluar lagi duit.. huhuhu.. Jadi, dang buat keputusan untuk beritahu kepada keluarga dang.. Kalau dorang izinkan dang pergi untuk uji bakat tu, bermakna dang akan sampailah pada masa yang dijanjikan.. Malam tu jugak, dang call mak dan ceritakan perkara sebenar... Dan secara rasminya, dang mendapat green light untuk uji bakat tu.. hehehe.. Yahooo.. Dalam kepala ni, dah mula fikir.. Apalah yang dang akan buat time tu ?? Nak pakai baju apa ?? Susah ke ?? Senang ke ?? Krew-krew macam mana ?? Semualah....... Jadi, dang curi sikit pengalaman dari kawan-lawan dang yang pernah pergi ujibakat di sana.. Terutama sekali dari Maria dan Awatif.. Dalam masa 1 jam, dang tanyakan semua yang berkaitan dengan uji bakat ni.. Dari segi pakaian, cara, apa yang perlu ada dan sebagainya... Oppss.. lupa plak nak bagi tahu, uji bakat tu untuk mencari Host / pengacara...

Esoknya, dang berangkatlah ke KL.. Sampai sahaja di KL (530 pagi, 22 hb), dang terus pergi ke rumah pak uda.. Tumpang rumah sedara untuk bersiap dan pak udalah yang hantar dang ke Sri Pentas.. Perasaaan time tu memang berdebar-debar sangat sebab dang tak buat pun apa-apa persiapan untuk uji bakat tu.. Dang hanya bekalkan pengalaman dang selama dang menuntut dulu sewaktu diploma... huhuhu.. Selebihnya adalah bertawakal...

Sampai sahaja di Sri Pentas, rasanya baru 2 kali dang kesana, memang meremang bulu roma... Tapi biasalah kena cool.. Dengan datangnya sorang-sorang, tak ada teman jalan terus ke tempat uji bakat tu.. Sampai kat ruang legar, dang tengok semua candidate yang datang memang meletop.. Semua dengan gaya tersendiri... Dan yang paling penting, dang seorang sahaja calon yang bertudung... Yang lain semua vogue, itu tak dapat dinafikan... Tapi dang anggap itu sebagai keunikkan dekat diri dang.. Lantaklah orang nak cakap apa, pandang apa, yang penting dang selesa... Lepas isi borang semua, dapat skrip, so tunggulah masa untuk di uji bakat.. Dari pukul 1130 pagi sampai 130 petang, dang tunggu untuk giliran dang.. Dang anggarkan seorang calon mengambil masa selama 30-45 minit seorang.. Dang adalah orang ke-7... hohoho..

Perasaan bila nama dipanggil untuk masuk ke bilik tu, memang berdebar.. Nasib baik semua krew yang ada dan host untuk rancangan tu sporting.. Jadi, tak adalah rasa janggal... Dan secara keseluruhannya, alhamdullilah.. Dang berjaya lepasi uji bakat itu... hehehehe... Pengalaman sewaktu uji bakat tu, dang rasa private.. Jadi, tak perlulah dang nak ceritakan.. Confidential... Maaf ye.. :D

Sekarang ni hanya menunggu panggilan je.. Pesanan penaja, kalau tak dapat pape panggilan dari akhir bulan Jan - awal bulan Feb, bermakna tak adalah rezeki dang.. Kalau dapat panggilan, ini bermakna... Korang pun  tahukan jawapannya... hahaha... Sekarang ni dang hanya berdoa, ada rezeki, adala.... Jika tak ada, ini dang ambil sebagai pengalaman dan tambah lagi list dalam resume dang... hahahah.. tak gitu ???
Kalau korang, berani ke pergi ?? haha,... Tercabar tak ??



Semoga perkara yang baik berlaku dalam hidup dang... Hope adalah rezeki tu nanti... Bukan apa, pengalaman atau peluang hanya datang sekali dalam hidup, terpulang pada kita nak sahut macam mana peluang tu.. Jika berani, baguslah... hehehe..

Terima kasih dang ucapkan kepada senior dang yang post mengenai uji bakat tu di FB, kalau tak dang pun tak berani nak ke depan dan dapat maklumat tu semua... Kepada keluarga dan Si Dia, terima kasih sebab faham akan minat dang dan sentiasa sokong dang dalam semua perkara yang dang lakukan.. 
Love U all so much !!!!!!!!!

Kini, hanya mampu berdoa dan bertawakal...
Amin..



peace ;p


Petrosains @ KLCC

Haloha...

Selamat pagi semua... Siapa pernah pergi Petrosains ?? Tipulah kalau korang tak pernah pergi kan ?? Sejujurnya, masa study week yang lepas adalah pertama kali dang menjejakkan kaki ke Petrosains tau.. Betapa kunonya dang.. huhuhu.. Orang lain semua dah 3-4 kali sampai tak terkira masuk situ, tapi dang baru 1 kali.. hehehe.. Kalau korang sukakan alam sains ni, memang Petrosains adalah tempat permulaan untuk menanam minat budak-budak terhadap sains.. Kalau dang ada anak nanti tempat ni salah satu tempat wajib pergi.. hehehe.. (Bertahun lagi nak menunggunya... kuikuikui)..

Dang ni dulu budak aliran sains juga tapi memandangkan minat tu kurang, tak adanya nak sambung bahagian sains ni.. Ni mesti gara-gara tak pergi sini kan.. Betul tak ?? :p Jadi, kepada adik-adik dan juga kepada orang dewasa sekali pun, jangan lepaskan peluang tau untuk pergi ke sini.. harga tiket pun berpatutan.. Jangan risau.. Memang murah... Nak bawa sedara mara, buat lawatan dekat sini pun ok dah.. Tak adalah asyik nak bershopping je kan.. hihihi.. Siapa cakap pasangan bercinta tak boleh pergi ?? Kalau korang tak ada tempat nak dating, apa salahnya sekali sekala pergi ke tempat macam ni.. Sambil-sambil tu keluar dating tak adalah buang masa, ni kira tambah ilmu jugak tau..

Tujuan utama ke KLCC memang untuk pergi ke Petrosains.. Sebab dang temankan sedara dang, Afiqah.. Alang-alang tu, dang juga menunaikan janji dan hajat seorang mak cik ni, Aishah Lee (nama muka buku dia).. hehehe... Mana taknya, kalau tak salah dang dah 3-4 tahun rasanya tak pernah berjumpa.. Sebenarnya, mak cik ni adalah junior dang sewaktu sekolah rendah dan diploma.. Lebih kurang macam jejak kasih la jugak.. hehehe.. Dengan dia ni adalah share sikit-sikit perkembangan masing-masing.. Time jumpa hari tu tak dapat nak borak lama-lama, sebab kekangan masa.. Tapi agendanya tetap ada iaitu tengok movie.. Lepas tengok movie, junior dang ni kenalah temankan mak dia atas urusan keluarga.. Oklah, jumpa sekejap dari tak jumpa langsung kan.. Terima kasih sebab datang.. Lepas ni wat date lain plak.. huahuahua

Selesai wayang, mulalah pengambaraan dang bersama Afiqah di dalam terokai dunia sains..
I LIKE !!!! :D
Lepas ni, nak bawa adik dang plak, si Asyraaf datang sini.. Dia pun tak pernah jugak masuk sini..
Ada rezeki, gerenti masuk lagi.. hehehe

Dang dan junior, Aishah Lee..
Ni lah dia sedara dang.. hehehe.. Afiqah.. Terkejut tak ??






Itu sahaja setakat hari itu.. Dang kena balik awal, al-maklumlah bawa budak-budak kan, jadi kalau balik lambat susah plak.. Walaupun tak kena marah... hehehe... Lupa plak nak bagi tahu, Afiqah ni anak kepada pak uda dang, adik kepada mak dang.. Hari tu dang menumpang rumah pak uda.. Nak tahu sebab apa ?? Tunggu entri seterusnya.. hehehe


peace :p

Wednesday, 16 January 2013

Journey to Johor..

Haloha...

Johor..
Adalah satu negeri yang terkenal dengan kepelbagaian makanannya seperti nasi ambeng, soto, mee bandung, botok-botok, dan lontong. Dang sempat merasa soto ketika bersarapan di sana. Untuk nasi ambeng, dang tak sempat nak rasa, al maklumlah, susah nak cari tempat yang sedap.. hohoho.. Lagi pun dang tak tahu sangat area makanan sedap di Johor tu.. hehehe

Entry kali ni bukanlah dang nak promote Johor ye... Jangan salah faham plak.. hehehe.. Kali ni dang nak kongsikan pengalaman ke sana dalam lawatan akademik yang lalu... Dan secara rasminya, adalah lawatan penutup semester ni.. Lepas ni, kalau dang pergi lawatan bukanlah dengan mereka semua tapi dengan team yang lain.. Ada ke lagi ??? Opppsss... hehehe.. Tunggu...

Selama 4 hari 3 malam disana, banyak tempat yang dikunjungi team dang.. Maisng-masing membawa satu pengalaman yang baru.. Dang malas nk tulis banyak, jadi layankan gambar yang tersedia ni ye..



YM Tengku Yusuff. (kanan).. Pensyarah dang yang power.. :D
Iklan Colgate kejap.. :D

Orang lain cari nasi Ambeng, dang cari nasi kandar.. haha



Ketua Projek lawatan ni, Wan..


p/s: lebih nak fokuskan kepada semua, 
entri ini adalah untuk memberitahu entri penutup 
bagi sesi pembelajaran dang semester ini 
bersama rakan-rakan di atas. 
harap  maklum.



peace ;p