Monday, 17 October 2011

Aktiviti Hujung Minggu: Mandi manda Di Menderu, Kerteh

Haloha..

Cuti kali ni memang memberikan semangat berpasukan yang mantap.. Sebab apa dang cakap macam tu. Inilah sebabnya. Dengan bertolaknya 6 buah kereta dari Dungun terus meluncur laju ke Kerteh. Tempat yang dituju ialah air terjun Menderu. hihihi... Dah lama dang mengidam nak mandi air terjun, lepak-lepak dekat sungai.. Biasalah orang bandar yang jarang dapat menikmati keindahan alam ni memang "perak" sikit kalau berpeluang pergi ke tempat-tempat macam ni.. Dang lah salah seorang darinya.. Tempat ni memang bersih.. Masih lagi terjamin dari kekotoran yang biasa. Boleh lagi dibuat minum air sungai ni. Jernih sangat sebab boleh nampak ikan dalam sungai yer.. Air sungai sejuk rasanya sampai ke tulang.. :) Keadaan time tu memang menyegarkan dan menyamankan.. Rindunya nak pergi lagi ke tempat tu.. 

Seramai 30 orang lebih kurang macam tu yang join perkelahan ni. Semuanya ialah budak-budak kelas dang. Memang tak sangka dapat berkumpul ramai-ramai macam ni. Tapi ada la 2 3 ketul yang tak dapat join atas sebab-sebab tertentu. 

Menu utamanya untuk perkelahan ialah ayam bakar, bihun goreng, laksa, sosej bakar dan keropok-keporok semuanya memang terhidang.. Masak-memasak memang diserahkan kepada tugas budak perempuan la kan. Tapi dang terkecuali. hihi.. Kenapa?? Itu biarlah rahsia.. haha.. 


sebelum nak nyalakan api, 1 lagu dlu.. haha
cepat je api dah nyala.. memang terbaek..

my soulmate..
eton, rozi, erin dan dang..

yang menjayakan trip kali ni.. hihi
Rindunyer..
Selesai berkelah, terus menuju ke MM.. Cadangnya hanya untuk makan je. Tup-tup pergi plak karok. Memang best la kan.. Apa lagi bila kepala gila dah datang, cadangan plak dang yang utarakan, memang da bom la jawabnya.. haha.. Semua orang sumbang beberapa lagu, sampai serak la suara-suara yang ada ni. Next plan, bowling plak.. hahha.. 7 orang je yg main sebab yang lain dah balik.. Tinggal orang-orang terpilih je untuk membuang masa dekat MM ni lagi.. :p

Settle 1 plan, rancang terus plan lain..
Bowling time.. :)

Walaupun dang tewas dalam perlawanan bowling, tapi dang tetap menang pada hari itu. Sebabnya hasrat dang tercapai untuk bersama-sama budak-budak kelas dan dapat mandi di air terjun..

Nasib baiklah tak ada pape yang berlaku, 
kalau tak jenuh gak dang nak cover..
Pergi tanpa pengetahuan family..
Sori yer mak ayah..
Tak ada niat nak rahsia tapi ni tipu sunat.. 
hohoho


peace ;p

4 comments:

HazafaRazeif said...

terbaik

AdibahAzman said...

mak tak tahu kan ;)

Dang Intan Duka said...

hazafarazeif:

cool beb... :)


peace

Dang Intan Duka said...

adibahazman:

xpun..
ko senyap-senyap udah..
hohoo


peace