Tuesday 24 April 2012

Perpustakaan Yang Menggembirakan...

Haloha...

Pernah tak korang terfikir bila nak buka buku mesti korang rasa nak buat macam-macam alasan... Rasa mengantuk jangan cakaplah kan.. Supaya korang tak buka buku.. Betul tak ??? Dang cakap macam tu sebab dang pun sama.. huhuhu.. Tapi sejak dang pergi ke satu tempat ni, memang enjoy bila nak buka buku.. Kalau otak dah pack dengan buku, boleh jugak membuat aktiviti lain.. Nak buat semua tu tak perlu pergi jauh-jauh, hanya 1 tempat je.. Sebelum masuk je, korang akan rasa satu perasaan yang sangat ceria.. Tak tahulah perasaan tu dang nak gambarkan macam mana, hanya diri sendiri sahaja yang boleh merasainya.. hihihi...

Tak lain dan tak bukan ialah di P.P.A.S.. hihihi



Kat perpustakaan ni ada macam-macam kemudahan yang disediakan.. Area orang dewasa dan budak-budak diasingkan sebab memudahkan untuk pemilihan buku-buku yang disediakan... Lagi pun keadaan sekitar budak-budak lebih ceria taw.. Dang paling suka lepak kat kawasan budak-budak.. hihihi.. 

Untuk tontonan 3D atau lebih dari tu pun ada dekat sini.. Dang berpeluang menonton.. Setiap kali tayangan, cuma 8 orang sahaja yang boleh masuk dalam bilik tayangan ni.. Mula-mula masuk memang tak rasa apa tapi bila merasai sendiri, memang menangis dibuatnya... Ketawa sampai meleleh air mata... Jeritan tu jangan cakaplah kan.. Kalah ehem-ehem kat luar.... haaaha

Bilik tayangan berada di belakang abang ni.. :)
Naik kuda-kuda... Di kawasan budak-budak.. :)
Ada taman taw.. ;p

Jadi, dang syorkan kepada sesiapa yang belum lagi menjejakkan kaki ke PPAS ni, datanglah ye.. Angkut sekali adik beradik, kaum kerabat.. hihihi.. Selain boleh baca buku, untuk buat perbincangan berkumpulan pun boleh.. Jadi, lepas ni tak perlulah lepak cafe dah.. Lepak perpustakaan pun dah ok.. 

Lepas ni, entah bila lagi dang akan pergi ke sini.. Sebab jauhkan.. Tapi ada masa lagi, dang akan pergi lagi bersama adik-adik atau dengan Si Dia.. :)


peace ;p

No comments: