Friday 13 April 2012

Keindahan Panorama Alam..

Haloha...

Baru-baru ini, dang berkesempatan untuk menjejakkan kaki melihat panorama alam.. Tenang je bila sampai di Taman Rekreasi Tasik Puteri, Bukit Besi.. Pertama kali dang datang ke sini, wah.. Teruja dang dibuatnya.. hihihi.. Dang datang bukan seorang, bukan berdua, bertiga tapi dang datang berpuluh-puluh orang.. hihihi.. Kalau korang nak tahu, dekat sini boleh buat BBQ sekali.. Jadi, tujuan datang ke sini ialah untuk berBBQ sambil mandi manda.. Ini juga adalah aktiviti setiap semester bagi kelas dang.. Mesti akan mengunjungi tempat-tempat yang akan memberikan memori yang tidak dapat dilupakan.. hihihi.. Tapi dang tak mandi, sebab malas dan keadaan tak mengizinkan.. Dang hanya jadi penyibuk je bila time bakar ayam.. Untuk merasa ayam tu dah masak atau pun belum.. Memang perut kenyang mengatah ayam je la.. hihihi

Tempat mandi manda ni, dahulu sebenarnya ialah tempat perlombongan biji besi.. Tapi sekarang dah dibuat tempat air terjun.. Kiranya air terjun buatan.. Airnya tak adalah sejuk sampai menggigil.. Biasa-biasa sahaja..  Tapi, tempat mandi ada yang paras dalam.. Lebih-lebih lagi tang air terjun, boleh dikatakan 10 kaki ke dalam.. huhuh.. Cuak dang dengar... Jadi, kepada sesiapa yang nak pergi ke sini, kenalah pandai berenang ye.. Kalau tak pandai, mandi je dekat tempat budak-budak kecil.. hihihi

Tujuan perkelahan ni ialah untuk merapatkan silaturrahim sesama budak kelas.. Selain tu, merapatkan hubungan pelajar dengan pensyarah.. hihihi.. Madam Nik pun turut serta dalam perkelahan ni.. Madamlah antara salah seorang pensyarah yang sporting dengan pelajar-pelajar.. hihihi



Inilah air terjun buatan... Nampak bestkan.. Tapi kena hati-hati sebab kawasan tu bahaya.. 
Air memang warna hijau.. Cantik sangat.. Dapat bergambar pun, ok dah.. hihii


Aktiviti lain selain mandi manda, bakar ayam iaitu main bola sepak plastik.. hihihi
Ni semua geng-geng tak mandi.. Untuk tidak bosan, kenalah beriadah.. 


Ni plak gambar-gambar yang sempat dang rakamkan dari sudut pandangan yang berlainan.. Bila korang yang nak pergi nanti, dapatlah bayangan keadaan taman rekreasi ni macam mana kan?? Sebab tu dang selitkan gambar ini untuk tatapan pembaca.. hihihi.. Jadi, korang boleh plan apa aktiviti yang korang nak buat.. 

Tapak BBQ.. Kena seberang jambatan untuk ke seberang.. hihi
Kawasan mandian ada 2 bahagian.. Yang tempat panas tu, cetek.. Sesuai untuk budak-budak kecil..
Yang redup tu, kawasan dalam.. Untuk dewasa.. 
Ini pula kawasan dari pandangan atas, air terjun.. 
Selesai aktiviti mandi dan makan ayam bakar, tibalah masa untuk mencuba aktiviti yang lain yang disediakan di sini.. Ada kayak, paddle boat dan speed boat.. Dang tak naik tu suma, bukan tak nak naik cuma masa dan rezeki tak ada.. Lagi pun, dang hanya nak tengok-tengok tempat je.. Tak adalah nak mencuba... Ada rezeki, mesti dapat merasa juga.. hihihi


Segelintir rakan-rakan yang join aktiviti ni.. 
Terima kasih semua rakan-rakan sebab masa yang diperuntukkan sangat berharga... hihihi



Semester depan ke mana plak destinasi yang menjadi pilihan.. hihihi
Mesti lagi best.. :D
Kepada rakan-rakan yang lain, dang nasihatkan korang tak kan rugi kalau datang ke sini..
So, selamat beriadah.. 


peace ;p

No comments: