Monday 27 February 2012

1 Hari Bersama Ustaz FAMOUS...

Haloha...

Hari Sabtu yang lalu (berkurun lamanya), dang berkesempatan untuk menghadirkan diri ke program ilmiah yang telah diadakan di Kota Semarahan.. Selain dang, mak dan juga kenalan rapat turut terlibat dalam program ini.. Memang tak sangka dang akan berjumpa ahli panel ni.. Selama ni pernah dengar dan tengok dalam TV je yang selalu bersiaran di TV AlHijrah.. Tak pun dalam Youtube.. hihihi.. Dang pasti, korang mesti pernah tengok rancangan " 30 minit bersama Ustaz Don.. " kan ???

Untuk program ni, dang berkesempatan untuk mengetahui kisah-kisah keperibadian Nabi Muhammad SAW kita semua... Walaupun dah beratus-ratus kali mendengar kisah Rasullullah, namun hati tetap tidak merasa jemu langsung.. hihihi

Jadi, mari kita biarkan gambar memainkan peranannya.. hihih









p/s:
entry kali ni agak lewat kerana masalah laptop yang terkena jangkitan virus..
apa-apa sahaja entry akan di pos melalui CC..
jadi, dalam 2 minggu awal ni, dang akan menyepikan diri buat sementara waktu..
harap maklum..


peace ;p

Friday 17 February 2012

ASAM GARAM DALAM PERHUBUNGAN...

Haloha...


Setiap perhubungan memerlukan sikap toleransi antara satu sama lain... Terus terang penting untuk mengekalkan sesuatu hubungan itu.. Begitulah yang dilakukan dan diamalkan di dalam menjaga hubungan dang bersama Si Dia.. Jika ada rasa kurang enak, dang akan berterus terang kepada Si Dia untuk mendapatkan kepastian yang sewajarnya... Walaupun hubungan kami masih muda, tetapi dalam sudut hati dang yang kecil ini berharap biarlah ia kekal selamanya... 

Korang berani berterus terang terhadap pasangan tak.. ??? 
Ramai di antara pasangan hari ini susah untuk berbincang di antara mereka.. 
Ini disebabkan ego, cepat marah, susah untuk menerima kritikkan dan juga perasaan dan fikiran yang bercelaru disebabkan anasir-anasir luar (lebih percaya cakap orang luar)...

 Bukan apa, dang tertarik untuk membuat entry ini selepas dang menonton rancangan Wanita Hari Ini tadi... Jadi, dang tetiba terfikir... hurm... Dang pun tak mahir dalam bab-bab macam ni tapi kepada pasangan yang sudah lama bersama, semoga hubungan korang berkekalan hingga ke akhir hayat... hihihi



p/s: 
Ramai kawan-kawan dah bertunang.. 
Bila lagi ek turn dang ??? 
kuikuikui



peace ;p

Thursday 16 February 2012

Sudah @ Belum ???

Haloha...

Hari ini hari Khamis... Korang buat apa aje ??? Hari ini, dang sehari suntuk bersendirian je dekat rumah... Ayah seperti biasa kerja, balik petang... Asyraaf plak, sekolah... Selalunya dia balik tengah hari ni, tapi ada koku dekat sekolah, jadi petang la baru dia muncul... hohoho.. Mak dang ??? Mak dang hari ni dia temankan kawan dia... Sebab ada urusan yang perlu diselesaikan... Itulah gunanya sahabat, ketika susah ada tempat untuk kita bergantung.. Hari ini hari kawan mak dang, mana tahu tibanya hari mak plak susah, adalah sahabat yang datang membantu... Bukan harapkan pembalasan, tapi itulah adat dalam bersahabat...

Eh.... Melalut plak dang.. hihihihi
Entry untuk hari ini ialah dang tujukan khas kepada semua blogger-blogger wanita sebenarnya... Bukan apa, dang nak ingatkan jangan lupa untuk menggantikan puasa ye.. Walaupun puasa lambat lagi tiba, tapi apa salahnya kita gantikan puasa awal.. Jangan dah tiba saat-saat akhir, barulah nak selesaikan... Dang juga ingatkan kepada diri dang ni.. Bukan apa, kita ni kena sentiasa ingat-mengingati antara satu sama lain.. Manusia kan mudah lupa...



p/s:
Rindu nak berbuka bersama keluarga PerFACT... huhuhu
Time berbuka nanti nak makan apa ye ??? hurm.....


peace ;p

Wednesday 15 February 2012

PELABURAN.. Korang Bila Lagi ???

Haloha...

Kali ni dang nak tanyakan pendapat korang... Korang ada buat mana-mana pelaburan untuk masa depan ??? Atau korang tak terfikirkan lagi ??? Bagi dang, eloklah sekarang ni kita dah merancang untuk masa depan... Bukan apa, kita tak tahu keadaan kita akan datang.. Betul tak ??? 

Jadi, sebab itulah dang telah membuat satu pelaburan yang sah... Dang telah melabur dalam Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB)... Dang sebelum ni tak amik port sangat tentang ni... Walaupun info ni dah lama dihebohkan kepada orang ramai.. Tapi bila pensyarah semester lepas, dalam subjek financial planning, dang kena brainwash tentang keperluan di hari tua, dang mula terfikirkannya.. Tapi still lagi wat dek.. huhuhu... Biasalah, masuk telinga kanan keluar telinga kiri... Cuti ni plak, Si Dia telah berhajat untuk membuka ASB dan menyarankan dang untuk membuka ASB bersama dengannya.. Dang kena berbincang dulu dengan mak ayah, jadi dang KIV membuat keputusan.. 

Hari ini, selepas membuat keputusan yang sewajarnya, dang telah berjaya membuka buku untuk pelaburan ini.. Alhamdullilah... Walaupun sikit, lama-lama jadi bukit kan... :)
Korang bila lagi ???


" BIJAK DAHULU, BIJAK SEKARANG... "
trademark ASB


peace ;p

PATRIOTIK... :)

Haloha...


Bertambah semangat...
hihihi


peace ;p

Monday 13 February 2012

Ole-ole Untuk SI DIA...

Haloha...

Setiap pemberian untuk SI DIA memberikan seribu makna yang tersembunyi..
hihihihi..

Key-chain ???
Tandanya akan sentiasa ingat walau di mana sahaja berada... :)

T-shirt ???
Akan sentiasa menjaga perhubungan supaya kekal suci dan bertanggungjawab..

Amacam ??? 
Betul tak korang rasa maksud yang menggambarkan sesuatu benda seperti yang dang cakapkan.. 
Itu dari pendapat dang... Korang plak macam mana ??? 
hihihi


peace ;p

JANGAN BEREBUT...

Haloha...

Lebih kurang 3 minggu dari sekarang, semester baru akan bermula... Result plak akan keluar pada 22 Februari ni kalau tak ada pape halangan.. Perasaan dang sekarang ni memang bercampur baur.. Tak tahulah macam mana nak cakap... hohoho.. Jadi, bila perasaan suam-suam kuku macam ni, apa lagi kenalah cari alternatif untuk menggembirakan hati.. Betul tak ??? hihihi..

Seperti biasa, aktiviti yang dang buat untuk mengembalikan semangat dengan menghabiskan duit.. hehhe.. Maksud yang lebih tepat ialah mencuci mata sambil membeli belah.. hahahha.. Itu adalah salah satu cara dang.. Macam korang tak pernah buat.. Tapi, dang nak pesan dalam berbelanja kena berpada-pada ye.. Ikut  budget yang ada.. hihihihi

Cuti hujung minggu, dang dan keluarga telah singgah di Pasar Malam Satok.. Pasar malam ni macam Uptown Cheras, Wakaf Che Yeh, Rantau Panjang dan seangkatan dengannya.. Macam-macam ada.. Lebih-lebih lagi barang kraftangan, boleh rambang mata dang dibuatnya.. Dalam jalan-jalan tu, dang memang nak carikan sesuatu untuk budak-budak DEJAVU.. Dalam fikiran jenuh la fikir nak beli apa... Bagi dang walaupun nampak biasa je, tapi yang penting dari hati yang ikhlas... hihihi

Jeng..... Jeng....... Jeng......
Ini yang menjadi pilihan untuk Dejavu... hihihi
Dang belikan sorang satu.. Jadi, tak yah gaduh-gaduh ye.....


Selain tu, untuk diri sendiri dang beli juga... Dang ni penggemar barang-barang perhiasan diri... Maknanya, korang mesti dapat agak kan apa yang dang beli... heheehe.. Dalam hati nak beli kelengkapan dan perhiasan diri kaum Iban, tapi mahal harganya... Walaupun manik je, tapi susah taw nak buat... Memang kagum dang tengok... Jadi, ni je la yang termampu dang beli untuk diri dang ni.. 



Untuk SI DIA, dang ada juga belikan... Tak kanlah boleh lupa... hihihi
Hope DIA suka.. Rindunya...


peace ;p

Friday 10 February 2012

TERUKIR DI BINTANG Bersama Kamu...

Haloha...

Setiap perkara yang berlaku pasti akan meninggalkan satu memori yang terindah yang tidak dapat dilupakan.. Pertama kali melaluinya, dang merasakan sesuatu yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata untuk perasaan yang gembira ini.. Apabila kita selesa dengan seseorang itu, kita akan menjadi diri sendiri.. :)


Khas untuk SI DIA....

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan... Kamu...

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu...



SI DIA, Cinta Hati Dang.. 
Walau jauh dimata, tapi sentiasa ingat di dalam hati dan 
sentiasa mendoakan yang terbaik untuk perhubungan ini.. 
Insyaallah..



peace ;p

Apabila BERSAMA...

Haloha...



peace ;p

Thursday 9 February 2012

MASALODEH...

Haloha...

Untuk minum petang hari ini... 
Hasil daripada dang, dan tunjuk ajar dari mak tersayang.. :)
Kuih ni belum digoreng.. Sebab tu warna tak berapa nak menyerlah.. hihihi



Korang plak macam mane??? 
Dah ada menu untuk petang ni.. hihihi

SELAMAT MENJAMU SELERA..


peace ;p

Rumah Pencen...

Haloha...

Setiap orang pasti mengidamkan untuk mempunyai rumah idaman mereka kan ??? Tak kiralah kecil atau besar, yang penting selesa dan memberikan ketenangan sewaktu di usia yang tua.. hehehe.. 

Soalan cepu emas untuk semua...
Korang dah beli rumah untuk masa depan korang ??? 

Dang ??? Dang belum lagi.. Belajar pun tak habis lagi, mana la nak ada duit beli rumah kan.. hihihi.. Tapi plan tu dah ada dalam kepala ni.. Target kena ada.. hihihi..

Begitu juga dengan keluarga dang.. Time cuti hari tu, dang berkesempatan menjenguk rumah keluarga dang yang baru.. Ayah cakap, duduk rumah tu tunggu pencen.. Sekarang ni kena merantau dulu.. Lagi pun, itu untuk jangka masa yang panjang kan.. Rumah yang baru ni dekat Melaka juga.. Kenapa Melaka??? Sebabnya ayah dang nak duduk dalam persekitaran kampung lagi.. Walaupun korang tengok ni rumah batu bukan rumah kampung tapi tak semestinya suasana tu tak ada ciri-ciri kampung kan.. hihihi.. Lagi pun, area melaka, rumah masih lagi murah dan berpatutan.. Secara tak langsung, boleh mengelakkan hidup dalam keadaan yang sentiasa jem je.. macam dekat KL.. hohoho

Sekarang ni pun, Melaka dah membangun.. Jadi, ayah dan mak selesa berada di situ.. Sedara-mara pun boleh juga jalan-jalan... Selain ziarah rumah dang, mereka boleh jalan-jalan ke melaka kan... Jadi, adalah tempat dorang menetap dari tidur kat hotel.. Tali persaudaraan pun tak kan renggang atau putus.. hihihi

Dang dapat merakam gambar luar je..
 Belah dalam rahsia.. hihihi


walaupun rumah kosong, halaman rumah kena sentiasa jaga.. :)



Bila dah jenguk rumah ni, barulah keluarga dang berangkat ke Sarawak...
Sekali sekala kena juga tengok rumah.. Takut ada masalah lain plak kan.. 
hihihi


peace ;p

Wednesday 8 February 2012

Go To SMTTJ, Seremban..

Haloha...

Dang kembali ke sekolah teknik ??? Untuk apa ???
Dang jadi guru praktikel ke kat sekolah teknik ??? hihihi.. Korang jangan terkejut.. Dang ke sekolah teknik sebab rindu zaman sekolah dulu.. Opppsss !!! Tet...tet..tet.... Semua salah... Tujuan utama ialah dang hantar Adibah.. Adik dang ni dapat masuk ke SMTTJ iaitu Sekolah Menengah Teknik Tengku Jaafar, Seremban.. Untuk membuntangkan mata korang lagi, adik dang ni dapat jurusan kejuruteraan elektrik.. hehehe.. Dalam permohonan jurusan Perdagangan, tapi tak ada rezeki sebab permintaan terlalu tinggi.. Jadi, Kejuruteraan Elektrik menjadi pengganti.. Mak dang risau juga sebab takut Adibah tak dapat nak bawa kos tu tapi disebabkan semangat berkobar-kobar Adibah yang menyatakan dia BOLEH, jadi mak dang izinkan juga.. Ayah dang pun risau juga kalau Adibah buat hal ke, sebab tak nak pisang berbuah dua kali.. hohoho.. Ada cerita disebalik sekolah teknik.. 

Jadi, untuk intake ke-2 ni, Adibah selamat mendaftarkan diri di SMTTJ.. Dan buat julung-julung kalinya, 1st time masuk teknik terus ada ujian diognistik.. Untuk matapelajaran bahasa inggeris dan matematik tambahan.. Ujian ini dibuat untuk menilai pelajar-pelajar ni masuk kelas 1 atau 2.. Walaupun semua pelajar yang hadir 5A ke atas, tapi ujian tetap ujian.. Adibah time tu cuak la juga tapi dang cakap buat relaks je.. Jawab macam buat ujian bulanan.. hihihi

Dang dan keluarga hanya stay kat teknik sampai pukul 2 petang je, sebab jadual dah diberitahu bahawa semua ahli keluarga tak boleh lebih dari pukul 2.. Jadi, mak dang terpaksalah akur walaupun berat hati mak dang nak berpisah dengan Adibah.. Mana tak nye, ni lah 1st time Adibah duduk asrama dan jauh dari mak.. Nak tergelak pun ada bila tengok gelagat mak dan Adibah.. Tapi dang cakap kat mak, " Tak yah fikir sangat, Adibah boleh punya dok asrama tu.. relaks je.. :) "..

Adibah debab.. hihihi
Sesi pendaftaran Kejuruteraan Elektrik..
Menjenguk dorm yang ditetapkan..
Bermalam di tempat baru, Adibah telefon mak dang... Dan perkara yang dang duga terjadi juga.. Dalam telefon tu, Adibah menangis tapi dalam keadaan yang dia control sebab malu menangis depan kawan-kawan.. Bukan tak best sekolah tu, tapi dia nangis sebab LAPAR.... memang alasan yang boleh membuatkan dang gelak.. Dang dah pesan bawa bekalan sebab dang dah pernah merasai hidup asrama.. Mak pun apa lagi, esoknya nak pergi lagi ke sekolah Adibah sebab nak hantar makanan dan barang-barang keperluan yang tak lengkap lagi.. Selagi mak dan ayah ada di semenanjung waktu tu, memang menghabiskan masa ke sekolah Adibah je.. Sebab 2 hari selepas tu, keluarga dang akan berangkat ke Sarawak balik..

Malam tu juga, dang telah menyenaraikan pesanan dan tips-tips yang boleh Adibah gunakan sewaktu di SMTTJ tu.. Sampai 5 helai jugalah dang mengarang.. Dah macam buat surat cinta plak.. heheh.. Bukan apa, dang tak dapat ikut pergi jumpa Adibah disebabkan dang demam.. memang tak larat jalan.. Mana taknya, hari dang menghantar Adibah, dang yang megemas semua loker dia.. Susun baju dia.. Kemas buku dia.. Boleh dikatakan semuanya dang buat.. Bukan apa, bila dang dah tetapkan semua tu jadi tak akan ada masalah untuk Adibah mantainkan apa yang ada.. Tak adalah kucar kacir jadinya loker tu nanti.. hehhehe

Pesanan yang dang sampaikan...
Sekarang ni, lebih kurang 2-3 minggu Adibah di SMTTJ, daripada berita yang mak ceritakan, Adibah happy kat sana.. Baguslah macam tu.. Dang pun senang dengar.. 

Tanggungjawab dia makin besar sebab dia jadi Ketua Dorm (KD).. Memang dang dah pesan, dekat teknik kena aktif.. masuk semua pertandingan yang ada.. Tak kisah la dalam acara sukan, badan beruniform dan berpersatuan... Sebab baru kehidupan di teknik kita enjoy... hihihi... 

Akhir kata, 
GOOD LUCK !!!! 
dan ada rezeki dang akan jenguk Adibah sebelum dang balik ke Terengganu.. 
Nak buat surprise.. hihihi


peace ;p

Miss You All 4-ever..

Haloha...

Walaupun saat untuk bersama hanya seketika, namum dang merasakan gembira dan terharu sangat kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami dan sentiasa bersama di dalam susah dan senang.. Pengorbanan yang dicurahkan sangat memberikan erti di dalam kehidupan bersahabat.. Pasti korang pun mempunyai sahabat yang sentiasa menyokong dan sentiasa bertolak ansur dengan korangkan ???

HANI YUSRA, itulah sahabat dang..
Kitaorang mula berkawan semasa di dalam tingkatan 4, itu pun bila masing-masing bersekolah di sekolah teknik yang sama.. 1 kelas dan dorm pun sebelah-sebelah je.. Kalau nak ceritakan zaman sekolah dulu, banyak perkara yang kitaorang buat bersama.. Tak kira la yang baik dan hal nakal-nakal.. hihihi...

Sekarang ni masing-masing membawa haluan sendiri.. Masa belajar dulu belajar lain, sambung pengajian pun bidang yang lain.. Hani sekarang berada dalam jurusan undang-undang.. Lepas ni, jadilah dia seorang peguam hartanah yang berkaliber.. Dang pula sambung perniagaan.. Bila difikirkan balik, masing-masing gelak je.. hihihi..

Semasa cuti semester ni, beberapa minggu yang lepas dang ada jenguk Hani di Shah Alam.. Dah jadi macam rutin bila cuti semester, dang akan turun Shah Alam.. Walaupun hanya untuk 2-3 hari, tapi masa yang diperuntukkan sangat bermakna.. Aktiviti yang dijalankan ialah hang-out dengan rakan-rakan sekolah dulu.. Bila dah berkumpul, macam-macam cerita yang dikongsikan.. Pertemuan hari tu, dang dapat berjumpa dengan Hilman (ketua kelas), Efa (teman Pengakap), Adib (teman sekerja) dan tak lupa juga Hani.. hihihi.. Seronok rasanya dapat berjumpa dengan mereka.. Sampaikan terlupa nak mengambil gambar ramai-ramai.. huhuhu..

Hani dan Dang... :)
Lepas ni, bila lagilah dapat berkumpul ramai-ramai.. Boleh la nanti buat reunion plak...
Terubat rindu dang untuk berjumpa dengan rakan-rakan lama..

Kepada Maria, sorry la ye tak dapat join ke KLCC baru-baru ni..
Sebab dang dah ke melaka.. Jadi, kena la buat plan lain plak... Ada rezeki, pasti akan berjumpa lagi.. :)


peace ;p

Tuesday 7 February 2012

Pengganti Yang Lama...

Haloha..

Korang mesti tahu kan kenapa dang sudah lama tidak update Mr.Bibi.. Jika sesiapa yang terlepas cerita, meh dang ingatkan kembali.. Ni semua gara-gara charger laptop dang rosak.. Fius dah terbakar.. hoho.. Betapa ganasnya dang guna.. Pembetulan di sini, bukan ganas tetapi terlepas pandang cara-cara yang betul untuk menggulung wayar tu.. Padahnya, dang la yang dapat.. kuikuikui.. Jadi, kepada sesiapa yang main gulung je charger laptop tu, beringatlah ye.. gulung elok2.. Nanti RM80 terbang dengan sia-sia je.. hohoho

Itulah harga yang perlu dang bayar untuk mendapatkan kembali charger.. Dang ingat nak beli dekat Low Yat tapi time tu TBC ( Tahun Baru Cina ), so harapan nak ke sana terpaksa dibatalkan.. Kedai memang tak buka la kan.. Jadi, destinasi yang dituju ialah ke The Mines... Memang "ONG..." orang cakap, time tu ada 1 kedai je buka.. Yang menjual kelengkapan laptop ni, apa lagi, terus serbu la kan.. Harga dah tak menjadi taruhan yang penting barang dalam genggaman dang.. hihihihi... Dengan terbangnya, RM80 charger baru menjadi milik dang.. 


Walaupun dah ada yang baru, charger lama dang tetap tidak lupakan.. Disebabkan SI DIA mahir dalam memperbaiki hal-hal yang berkaitan dengan wayar dan sebagainya, jadi SI DIA telah menghulurkan bantuan dengan kerelaannya.. Bukan dang paksa taw.. hihihi.. Malam tu juga, charger lama dapat digunakan.. huhuhu.. 

Pape pun terima kasih dang ucapkan kepada SI DIA kerana sudi menemani dang dan memperbaiki charger laptop.. 

Sayang Awak !!!! :)


peace ;p

Muncul Semula..

Haloha...

Waaahhhhh... !!!! 
Sudah lama dang tidak menjenguk Mr.Bibi dang... Macam-macam cerita yang dang terlepas untuk dikongsikan.. Gaya penulisan dang pun makin kurang.. Biasalah ye, dah berminggu tak menaip ni macam kekok rasanya nak menaip.. hihihi.. Berhabuk tu jangan cakap la kan.. Tebal... ( hiperbola sgt.... hihihi )

Dalam pada masa yang sama, dang jugak jarang untuk blogwalking, jadi jangan risau.. Dang akan cuba jenguk-jenguk blog korang ye.. Adalah beberapa blog yang dang dah jenguk.. Terutama sekali kawan-kawan dang...

Lepas ni, dang akan mengaktifkan diri untuk mengupdate blog.. hihih
TUUUNNGGGGGUUU... !!!!


peace ;p