Haloha..
Hari ini plan untuk menonton wayang terlaksana dengan baik.. Perjalanan ok-ok je sebab gerak dari rumah ke MM (Mesra Mall) time orang semua baru habis solat jumaat.. hihihi.. Jadi, kereta memang tak banyak dan lancar di jalan raya. Sampai terus booking tiket, takut penuh je cuti-cuti ni.. Dalam plan nak tengok movie biasa je, tup-tup tukar plan tengok yang 3D. Cerita memang sama dari awal dan tak kan berubah..
Selesai book tiket, pergi isi perut dulu. Sebab dah berbunyi macam tengah ketuk tong dram. Dang makan Sizzling sebab dah lama sangat tak makan.. Eton pun sama dan Wani makan nasi ayam.. Semua dah kenyang, memang ngam-ngam je sebab masa untuk menonton dah tiba.
Movie yang menjadi pilihan hujung minggu ni ialah
Dang tak nak ceritakan tentang sinopsis sebab tak surprise kalau kawan-kawan yang lain tak tengok lagi movie ni.. Tapi nak kongsikan berkenaan jalan cerita filem ni memang best.. Walaupun kita tahu cerita kartun pun ada, yang dilakonkan watak Mickey Mouse, Donald Duck dan Goofy tapi tak sia-sia tengok movie ni.. Berbaloi dang cakap. Lagi pun, dang memang sukakan movie yang bergenre macam ni. Dengan gerak aksi yang dipamerkan, watak yang dimainkan.. Memang mengangumkan. Lagi satu, style pengarahan pun dang suka.. Sinematografi movie ni pun lawa.. Dengan teknik camera yang digunakan, tak tahulah nak cakap macam mane.. Korang kena tengok sendiri.. Baru korang rasa. Dang tengok dalam 3D, memang terasa dalam filem. Bersama-sama mengikuti pengembaraan cerita ni.. hihi
Watak-watak utama ialah 3 Musketeers tu sendiri,
Pemuda yang ingin menjadi The Musketeer,
Watak pembelot negara Perancis,
Orang kanan Richflieu,
Walaupun Milady ni talam 2 3 4 muka untuk Richflieu dan Buckingham, tapi dang tetap salute dia..
Sebab style dia bertarung memang aaauuwww !! hihi
Musuh ketat negara Perancis,
Jadi, kepada yang belum tengok lagi.. Cepat-cepatlah ke panggung taw..
peace ;p
2 comments:
mak marah tgk wyg. HAHA. membazir :P
adibah azman:
tu nasihat utk ko...
along perlu tgk wayang ni..hih
peace
Post a Comment