Sunday 23 October 2011

Quality Explorace Vs Quality Challenges..

Haloha..

Hari ini baru ada kudrat untuk update aktiviti yang dang join semalam. Untuk pengetahuan, yang dang mandi hujan semalam disebabkan terlibat dalam explorace.. Bayangkan dalam hujan yang lebat plus renyai tetiba, dang dan group main redah je. Selamba badak yer.. hahah.. Dah lama tak terlibat dalam aktiviti macam ni, krem gak ar kaki-kaki ni.. Urat kaki mengembang, bak kata orang dulu.. Tu la, selalu sangat buat senaman atas katil macam ni la jadinya.. hihihi..

Aktiviti semalam terbahagi kepada 2 game.. 1 untuk explorace dan 1 lagi untuk challenges. Dang secara beralahnya masuk explorace sebab ramai sangat nak masuk challenges jadi sape je yang nak masuk exploracekan.. Betul tak ?? Ni under subjek dibawah kelolaan Madam Nik, jadi secara rasminya budak part 5 la yang menguruskannya..

Kenapa dalam aktiviti ni ada nama QUALITY ?? 
Kalau nak tahu, ni salah satu subjek yang budak-budak operation belajar.. 
So, memang sesuai sangat la buat setiap aktiviti diletakkan Quality di awalnya.. 

Dalam Quality Explorace, kalau tak jogging ke, lari-lari anak ke memang tak sah yer kawan-kawan.. So, boleh dikatakan 1 kampus gak la meronda. Korang bayangkan, ada 9 check point yer.. Memang terbaik !!! Cabaran yang paling dang tak boleh lupa kena buat kelim karipap. Memang besar kecik besar kecik la kan kelim tu jadi. Dulu mak suruh buat karipap lari, sekarang baru rasa penangannya.. Makan je dang tahu la.. hahah..

Untuk Quality Challenges plak, ada 3 bahagian iaitu design cup cake, jahit manik dan juga bina menara dari straw.. Cuba bayangkan kalau dang masuk, memang kelakar sangat yer.. Bukan tak minat buat tu sume, tapi lebih afdal kalau tak masuk.. Better bagi budak-budak kelas dang yang lagi power dalam bab-bab ni.. hihi

Malas dah nak taip panjang-panjang, turn to candid time.. !!!


Salah satu check point..
Group 6.. The Best !!!

Group 6 dan 8.. :)




Bersama penasihat, Madam Nik..
DEJAVU kembali bersama..

Cup cake yang menjadi hamparan.. hihi
masing-masing dengan hadiahnya.. hihih

Minggu depan ada lagi aktiviti yang bakal dijalankan..hihi
Minggu-minggu yang sangat padat dan sibuk..


peace ;p

2 comments:

haslinda said...

kacaknye abg yg berbaju merah, pakai cap and berkaca mata tuuu... kim slm dia ye... hehe :)

Dang Intan Duka said...

haslinda:

amboi2..
jgn linda oi..
nanti marah plak abg awk tu..
hahahha

baek..nanti akan disampaikan..
hahaha

peace