Wednesday, 8 February 2012

Go To SMTTJ, Seremban..

Haloha...

Dang kembali ke sekolah teknik ??? Untuk apa ???
Dang jadi guru praktikel ke kat sekolah teknik ??? hihihi.. Korang jangan terkejut.. Dang ke sekolah teknik sebab rindu zaman sekolah dulu.. Opppsss !!! Tet...tet..tet.... Semua salah... Tujuan utama ialah dang hantar Adibah.. Adik dang ni dapat masuk ke SMTTJ iaitu Sekolah Menengah Teknik Tengku Jaafar, Seremban.. Untuk membuntangkan mata korang lagi, adik dang ni dapat jurusan kejuruteraan elektrik.. hehehe.. Dalam permohonan jurusan Perdagangan, tapi tak ada rezeki sebab permintaan terlalu tinggi.. Jadi, Kejuruteraan Elektrik menjadi pengganti.. Mak dang risau juga sebab takut Adibah tak dapat nak bawa kos tu tapi disebabkan semangat berkobar-kobar Adibah yang menyatakan dia BOLEH, jadi mak dang izinkan juga.. Ayah dang pun risau juga kalau Adibah buat hal ke, sebab tak nak pisang berbuah dua kali.. hohoho.. Ada cerita disebalik sekolah teknik.. 

Jadi, untuk intake ke-2 ni, Adibah selamat mendaftarkan diri di SMTTJ.. Dan buat julung-julung kalinya, 1st time masuk teknik terus ada ujian diognistik.. Untuk matapelajaran bahasa inggeris dan matematik tambahan.. Ujian ini dibuat untuk menilai pelajar-pelajar ni masuk kelas 1 atau 2.. Walaupun semua pelajar yang hadir 5A ke atas, tapi ujian tetap ujian.. Adibah time tu cuak la juga tapi dang cakap buat relaks je.. Jawab macam buat ujian bulanan.. hihihi

Dang dan keluarga hanya stay kat teknik sampai pukul 2 petang je, sebab jadual dah diberitahu bahawa semua ahli keluarga tak boleh lebih dari pukul 2.. Jadi, mak dang terpaksalah akur walaupun berat hati mak dang nak berpisah dengan Adibah.. Mana tak nye, ni lah 1st time Adibah duduk asrama dan jauh dari mak.. Nak tergelak pun ada bila tengok gelagat mak dan Adibah.. Tapi dang cakap kat mak, " Tak yah fikir sangat, Adibah boleh punya dok asrama tu.. relaks je.. :) "..

Adibah debab.. hihihi
Sesi pendaftaran Kejuruteraan Elektrik..
Menjenguk dorm yang ditetapkan..
Bermalam di tempat baru, Adibah telefon mak dang... Dan perkara yang dang duga terjadi juga.. Dalam telefon tu, Adibah menangis tapi dalam keadaan yang dia control sebab malu menangis depan kawan-kawan.. Bukan tak best sekolah tu, tapi dia nangis sebab LAPAR.... memang alasan yang boleh membuatkan dang gelak.. Dang dah pesan bawa bekalan sebab dang dah pernah merasai hidup asrama.. Mak pun apa lagi, esoknya nak pergi lagi ke sekolah Adibah sebab nak hantar makanan dan barang-barang keperluan yang tak lengkap lagi.. Selagi mak dan ayah ada di semenanjung waktu tu, memang menghabiskan masa ke sekolah Adibah je.. Sebab 2 hari selepas tu, keluarga dang akan berangkat ke Sarawak balik..

Malam tu juga, dang telah menyenaraikan pesanan dan tips-tips yang boleh Adibah gunakan sewaktu di SMTTJ tu.. Sampai 5 helai jugalah dang mengarang.. Dah macam buat surat cinta plak.. heheh.. Bukan apa, dang tak dapat ikut pergi jumpa Adibah disebabkan dang demam.. memang tak larat jalan.. Mana taknya, hari dang menghantar Adibah, dang yang megemas semua loker dia.. Susun baju dia.. Kemas buku dia.. Boleh dikatakan semuanya dang buat.. Bukan apa, bila dang dah tetapkan semua tu jadi tak akan ada masalah untuk Adibah mantainkan apa yang ada.. Tak adalah kucar kacir jadinya loker tu nanti.. hehhehe

Pesanan yang dang sampaikan...
Sekarang ni, lebih kurang 2-3 minggu Adibah di SMTTJ, daripada berita yang mak ceritakan, Adibah happy kat sana.. Baguslah macam tu.. Dang pun senang dengar.. 

Tanggungjawab dia makin besar sebab dia jadi Ketua Dorm (KD).. Memang dang dah pesan, dekat teknik kena aktif.. masuk semua pertandingan yang ada.. Tak kisah la dalam acara sukan, badan beruniform dan berpersatuan... Sebab baru kehidupan di teknik kita enjoy... hihihi... 

Akhir kata, 
GOOD LUCK !!!! 
dan ada rezeki dang akan jenguk Adibah sebelum dang balik ke Terengganu.. 
Nak buat surprise.. hihihi


peace ;p

2 comments:

Marya Hana said...

haku pon dulu KETUA DORM nyah ~ :D

Dang Intan Duka said...

marya hana:

wah....
ok la tu.. :D
mesti garang la ko kan..
hahhahha



peace