Wednesday 8 February 2012

Miss You All 4-ever..

Haloha...

Walaupun saat untuk bersama hanya seketika, namum dang merasakan gembira dan terharu sangat kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami dan sentiasa bersama di dalam susah dan senang.. Pengorbanan yang dicurahkan sangat memberikan erti di dalam kehidupan bersahabat.. Pasti korang pun mempunyai sahabat yang sentiasa menyokong dan sentiasa bertolak ansur dengan korangkan ???

HANI YUSRA, itulah sahabat dang..
Kitaorang mula berkawan semasa di dalam tingkatan 4, itu pun bila masing-masing bersekolah di sekolah teknik yang sama.. 1 kelas dan dorm pun sebelah-sebelah je.. Kalau nak ceritakan zaman sekolah dulu, banyak perkara yang kitaorang buat bersama.. Tak kira la yang baik dan hal nakal-nakal.. hihihi...

Sekarang ni masing-masing membawa haluan sendiri.. Masa belajar dulu belajar lain, sambung pengajian pun bidang yang lain.. Hani sekarang berada dalam jurusan undang-undang.. Lepas ni, jadilah dia seorang peguam hartanah yang berkaliber.. Dang pula sambung perniagaan.. Bila difikirkan balik, masing-masing gelak je.. hihihi..

Semasa cuti semester ni, beberapa minggu yang lepas dang ada jenguk Hani di Shah Alam.. Dah jadi macam rutin bila cuti semester, dang akan turun Shah Alam.. Walaupun hanya untuk 2-3 hari, tapi masa yang diperuntukkan sangat bermakna.. Aktiviti yang dijalankan ialah hang-out dengan rakan-rakan sekolah dulu.. Bila dah berkumpul, macam-macam cerita yang dikongsikan.. Pertemuan hari tu, dang dapat berjumpa dengan Hilman (ketua kelas), Efa (teman Pengakap), Adib (teman sekerja) dan tak lupa juga Hani.. hihihi.. Seronok rasanya dapat berjumpa dengan mereka.. Sampaikan terlupa nak mengambil gambar ramai-ramai.. huhuhu..

Hani dan Dang... :)
Lepas ni, bila lagilah dapat berkumpul ramai-ramai.. Boleh la nanti buat reunion plak...
Terubat rindu dang untuk berjumpa dengan rakan-rakan lama..

Kepada Maria, sorry la ye tak dapat join ke KLCC baru-baru ni..
Sebab dang dah ke melaka.. Jadi, kena la buat plan lain plak... Ada rezeki, pasti akan berjumpa lagi.. :)


peace ;p

2 comments:

Marya Hana said...

ah merajukkkkkk bawak hati yg lara !

:D

Dang Intan Duka said...

marya hana:

alalalala....
jgn la camtu..hohoho


peace