Thursday, 4 August 2011

Hatiku Di HARAJUKU...

Haloha.. 
Salam Ramadhan dang ucapkan.. 

TERAPI ialah sesuatu yang penting bagi setiap orang. Masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk kaedah terapi. Lebih-lebih lagi bila dalam bulan puasa ni, dang pasti terapi yang diamalkan ialah berzikir, membaca Al-Quran dan sebagainya. Selain itu, kerja-kerja harian jangan dilupakan. Hidup mesti diteruskan.

Untuk cuti ni, barulah dang berkesempatan untuk mengembalikan cara terapi yang dang amalkan sejak dulu lagi. hihihi.. Jadi, dang akan kongsikan kali ini walaupun semua dapat mengagak kan.. hoho. Sebelum puasa hari tu, sempat la juga dang ronda-ronda dekat Popular. Niat di hati memang nak membeli bahan bacaan yang boleh dang fokuskan time puasa ni.

Apa lagi kan kalau bukan NOVEL.. Dang memang gila novel lebih-lebih lagi karya dari
Ramlee Awang Murshid.
Bagi dang, karya beliau sangat menarik dan membolehkan membuat kita berfikir secara kreatif dan kritis. Dang suka novel yang triller, di samping itu mempunyai unsur-unsur budaya yang kita boleh pelajari walaupun kita tak pernah pergi pun sesuatu tempat tu.. Cara penulisan beliau pun senang dan mudah difahami.

Dalam usaha mencari di bahagian karya beliau, HATIKU DI HARAJUKU menarik minat dang. Walaupun novel ni dikeluarkan pada tahun 2006, dan dah melalui cetakan yang ke-7 pada 2011 namun dang baru berkesempatan untuk memilikinya. Jadi, peluang yang ada dang pasti tak akan melepaskan. Sekarang ni dah separuh dang habiskan, tak sabar nak tahu apa yang akan jadi pada akhir cerita novel ni. Novel ni yang dang dapat kongsikan ialah tentang seorang insan yang merasakan diri dan hidupnya tidak dirahmati oleh Allah S.W.T membuat sesuatu yang jahil dan akhirnya kembali mencari kebenaran dan kembali ke pangkal jalan. Usahanya hanya mampu dibuat dengan usaha, semangat yang kuat di samping dugaan dalam mencari kasih sayang. Tak mahu cerita pnjang lebar, yang penting pergilah mendapatkan novel ni.. :)

Kalau dapat di lakonkan untuk menjadi filem, dang pasti akan menjadi filem aksi yang paling terbaik. Sebabnya ialah lokasi yang akan ditonjolkan adalah sekitar Jepun. Bayangkan, kalau berlakon di negara Matahari Terbit tu, memang terbaik dengan sinematografinya yang cantik. Selain tu, budaya hidup orang sana dan juga kegiatan yang yang dilakukan. Dalam kepala dang ni, dah macam-macam dang filemkan cuma hanya mampu dengan tidak je.. hihi.. Aih !!! Tetiba boleh berangan plak jadi pengarah filem.. baru baca 1 novel time cuti ni. hahaha..

Tou Aii - Pedang Cinta


Itulah cara dang menjalani terapi untuk menjadi lebih cool dan relaks.. Lepas ni nak cari novel lain plak.. hurrmm... Kisah apa plak lepas ni...


peace ;p

5 comments:

Deeba Debab said...

Deeba nak novel yang hari tu :(

abglan said...

citer aksi, buat kat jepun? tahap kewangan penerbit ita maybe tak mampu lg kot

Dang Intan Duka said...

deeba debab:

kena la order kat mak awl2...hoho


peace

Dang Intan Duka said...

deeba debab:

kena la order kat mak awl2...hoho


peace

Dang Intan Duka said...

abglan:

tp boleh jugak klu wat kolabarasi dgn negara tersebut..
masing2 ada kepakaran kan..
so, masalah kewangan dpt diatasi..


peace