Tuesday 15 November 2011

Out Station - MELAKA..

Haloha...

Masa makin tiba untuk menyelesaikan tugasan seterusnya. Walaupun banyak masalah dan kerenah yang berlaku, tak kiralah dari pihak pensyarah, kawan-kawan atau dan pihak yang berkaitan tapi semuanya dapat diatasi dengan penuh sabar dan berhemah.. hoho.. Memang mencabar nak handle perkara yang berlaku, tapi biarlah ia menjadi pengajaran dan pengalaman untuk budak kelas dang. Sebab realitinya semua manusia berbeza.. Betul tak ?? hoho..

Esok adalah hari yang di nanti-nantikan.. Ini kerana mengikut jadual yang ditetapkan dan dipersetujui semua pihak, jika tiada aral melintang, berangkatlah dang sekelas ke MELAKA untuk projek kelas. Ini adalah salah satu tugasan di bawah subjek Procurement Management yang dibelajar untuk kos pengurusan operasi under fakulti pengurusan perniagaan.. Itu serba ringkas yer berkenaan dengan subjek dang.. hoho

Berbalik pada tujuan asalnya ialah, dang nak nyatakan sepeninggalan dang ke Melaka tu nanti, Mr.Bibi dang ni terpaksalah di tinggalkan buat sementara waktu.. Dang pergi pun tak lama, cuma 3 hari 2 malam sahaja.. Jadi, nantikan entry-entry dang bersama rakan sekelas di dalam pengembaraan dalam pengalaman ke Melaka ni nanti.. hihihi

Nak tahu cerita selanjutnya...
Korang kenalah TUNGGUUUUUUUU !!! 
hihihihi



Doakan perjalanan dang sekelas 
selamat sampai dan balik ke destinasi dengan selamat ye..
Ok lah, nak packing beg dulu.. 


peace ;p

No comments: