Haloha..
Petang-petang ni baru dang teringat bahawa ada tugasan yang lain yang dang perlu lakukan. Sebelum cuti, ketua projek dang bagi Demostrasi Jalan Raya & Seminar Keselamatan, Izah telah memberitahu bahawa dang diberi amanah dan dipertanggungjawabkan untuk berada dalam biro program. Bagi dang, ia sesuatu yang akan memperlihatkan ketelitian dang dalam melancarkan program tersebut. Jadi, untuk mempersiapkan diri ni, dang kena lah prepare apa-apa yang patut sebelum program tu berlangsung. Walaupun program ini adalah program terakhir bagi semester ni (berlangsung pada Disember), tapi persiapan awal kena buat dah. Secara tak langsung, ia juga mengembalikan daya kreabiliti dang dalam bidang ni. Sebelum ni, bukanlah tak pernah dang berada dalam biro program, cuma keadaan majlis tu yang berbeza. Jadi, perasaan gemuruh tu menebal sikit. hohoho.. Dang juga dibantu oleh teman dang iaitu, Azuan a.k.a Chong dalam biro ni. Ni pertama kali dang akan bekerjasama dengan dia. Hope semuanya berjalan lancar.. hoho
Bukan itu sahaja, kemungkinan besar dang akan menjadi pengacara majlis pada hari kejadian atau lebih senang disebut MC ( Master of Ceremony ).. hohoho.. Memang 1 tanggungjawab yang sangat besar. Sebab bagi dang tak semua orang boleh bercakap depan orang ramai. Lagi pun dang rasa 2-3 kali je dang jadi MC ni.. Pengalaman memang ciput la kalau nak diikutkan. Jadi, untuk meningkatkan skill dalam pengacara ni, dang apa lagi, godek-godek la internet.. Cari info untuk memperhalusi skill yang ada dan fahamkan apa itu sebernarnya MC dan tanggungjawabnya.. hihi.. Lantaklah orang nak cakap dang gelabah ke, poyo ke, yang penting dang siap sedia dari awal.. Bukan apa, belajar dari kesilapan lalu jugak kan.. Tak gitu korang ?? Kalau sesiapa yang nak info tentang MC ni, jenguklah sini.. atau jenguk sini plak.. Tokoh dalam bidang ni sapa lagi kalau bukan............
v
v
v
v
v
v
Datuk Mahathir Lokman |
Selain tu juga, dang tadi dapat mesej dari setiausaha program khidmat masyarakat ( Imah ), iaitu salah seorang komiti dalam satu program yang dang handle. Imah bagi tahu, bahawa dang akan memberikan ucapan dalam Majlis Perasmian dan Penutupan Program Beramah Mesra dan Gotong - Royong pada 25 November ni. Hurm.. teks ucapan kena gak prepare.. Nasib baik dapat tahu awal, kalau tak memang spontan la jawabnya.. Tu yang tak berapa nak berkenan. Sebab kalau spontan takut merapu je.. hoho
Jadi, persiapan awal memang sangat-sangat penting. Bukan sahaja dalam berprogram tapi juga dalam belajar.. Pesanan ni untuk diri dang jugak.. hihihi
peace ;p
No comments:
Post a Comment