Saturday, 3 December 2011

Janji Ditunaikan.. TRIP di Melaka.. :D

Haloha..

Dah masuk bulan baru, baru dang sempat kongsikan tentang aktiviti yang dijalankan pada bulan November... Dang rasa masih belum terlambat lagi sebab aktiviti ni baru je lepas.. So, masih lagi suam-suam kuku kot nak kongsikan bersama dengan korang semua.. hihihi.. Bukan apa, maaflah yer entry ni agak terlambat dang nak kongsikan.. Ini berlaku pun atas sebab-sebab tertentu.. Nak tunggu gambar dalam simpanan lagi, sibuk dengan kerja-kerja universiti lagi.. Jadi, korang faham-faham la ek.. hihi

Trip kali ini dijalankan dibawah subjek Procurement.. Dikelola oleh Encik Ariff.. Pensyarah dang yang cadangkan ke melaka.. Jadi, kami rakan sekelas merealisasikan impian dia je.. Untuk pengetahuan korang, walaupun dang duduk kat melaka tapi dang tak berapa tahu sangat kilang-kilang yang ada kat melaka ni.. Lebih-lebih lagi kalau nak buat lawatan dari pelajar macam dang ni.. hohoho.. Tapi alhamdullilah, semuanya berjalan lancar.. Lawatan kali ni 3 hari 2 malam, jadi ada 3 kilang yang sempat diterjah oleh dang sekelas..

Suasana kilang pertama adalah di kilang buat plastik baja dan seangkatan dengannya.. Plastik ni jenis yang besar punya.. Bukan yang plastik letak sayur ye.. Jangan plak korang salah faham.. hihihi.. Kat kilang ni, dang dapat tahu cara pembuatannya dan macam mana plastik ni dicetak.. Bahan-bahan yang digunakan untuk buat plastik.. Saingan yang berlaku.. Dari segi keselamatan pun, dang perhatikan juga..

Jom terjah gambar yang sempat dirakam oleh kawan dang sewaktu di kilang plastik..

kilang pertama yang dilawati.. 
orang kuat Masray..

Kilang Masray ni ada dua.. Jadi kita terjah dulu kilang yang pertama.. 
Kilang ni menempatkan cara-cara plastik dihasilkan..







bahan yang digunakan untuk buat plastik..






Pensyrah dang.. En. Ariff..



Seterusnya, perjalanan diteruskan ke kilang kedua Masray plak.. Kilang ni adalah untuk pencetakan plastik tu sendiri.. Tak kisah la dari jenama sendiri atau mengikut jenama dari kilang lain..








Selesai semuanya,
sesi memberikan penghargaan kepada ketua kat kilang tu dari pihak kami semua..


Itu sahaja untuk lawatan kilang pertama di melaka..
 Untuk seterusnya akan bersambung kemudian ye.. Tapi yang penting, selepas je melawat kilang ni.. Perjalanan seterusnya berjimba di sekitar melaka.. Tapi, itu dalam entry yang lain ye.. Kang banyak gambar dalam 1 entry penat dan lambat plak nak loading.. hihi

sekadar hiasan... :)

Oklah, dang nak tidur dulu..
Jadi, lawatan ini bersambung untuk kilang seterusnya nanti..


peace ;p


2 comments:

kura said...

seronok la pg kilang... wah.

Dang Intan Duka said...

kura:

yup..
1 pengalaman yg berharga.. :D


peace