Haloha..
Pejam celik, pejam celik dah hampir untuk menjelang raya.. Setiap dari korang mesti berlumba-lumba untuk membuat persiapan raya kan ?? Tak kiralah dari segi pakaian, kuih raya, duit raya dan sebagainya.. Kalau dah nak tiba raya, mulalah hp korang semua berbunyi-bunyi menandakan mesej raya berduyun-duyun diterima.. Korang ada pos kad raya tak ?? Tteeeettt... hihi
Untuk dang, dalam masa terdekat ni bukan sahaja kad raya yang dang poskan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga..
Tapi, ada 1 kad yang dang dah poskan.. Korang tahu kad apa ??
Tttaaaadddaaa ........ Inilah dia...
Kad ucapan " Selamat Pengantin Baru "..
Kad ni dang buat khas untuk kawan dang iaitu Haizum yang akan melangsungkan perkhawinannya pada 11 September ni di Klang.. Dang tak dapat hadir, jadi melalui kiriman kad dan sedikit hadiah untuk bakal pengantin ni, dang dah hadiahkan.. Bukan apa, sekarang ni ramai kawan-kawan sekolah dah khawin tapi untuk majlis dorang, dang tak dapat hadirkan diri pun.. Bukan tak mahu pergi, cuma keadaan yang tidak mengizinkan.. huhuhu..
Untuk kad ni, walaupun ringkas tapi dang tetap buat yang terbaik.. Ini sahaja yang termampu dang buatkan.. Bila buat kad ni, dang teringat dulu-dulu time teknik, bila sahaja ada perayaan atau sambutan pape, mesti dang dan kawan-kawan akan buat kad.. Bermulalah idea kreatif masing-masing.. hihihi
Pape pun kepada Haizum, dang ucapkan...
Semoga berkekalan sehingga akhir hayat bersama insan yang tersayang dan
cepat-cepat dapat baby yang comel-comel..
hihihih
peace ;p
2 comments:
haizum dak teknik ke?
cik areen:
aah..
dak pakaian.. :)
peace
Post a Comment