Tuesday, 13 September 2011

Hujung Minggu Awal Semester..

Haloha..

Hari ini kehidupan sebagai pelajar telah bermula.. Sampai je di Dungun ahad yang lepas, dang terus tengok rumah yang dang akan duduki bersama rakan-rakan.. Untuk semester ini, dang telah berpindah di rumah baru.. Kali ini, dang rasa selesa sikit berbanding sebelum ini.. Bukan apa, keadaan rumah sekarang ini lebih baik.. hihi.. Pape pun dang tetap bersyukur sebab semuanya dalam keadaan baik dan lebih sempurna...

Bila cuti hujung minggu ni, yang ada dekat Dungun hanya dang bertiga je.. Sape lagi kalau bukan dang, Rozi, dan Eton.. Plan untuk beli barang keperluan yang mana tak lengkap diteruskan.. Bukan apa, rasa tak lengkap hidup ni bila keperluan yang selalu dang pakai tak ada di sisi.. So, destinasi seterusnya ialah di Mydin.. Tabiat untuk memborong kali ini agak terbatas, bukan sebab pt tak masuk tapi azam semester baru nak berjimat.. hahah.. Memang kaw-kaw dang catu barang-barang.. hahaha

Tapi bila datang je bab makan, dang akan kalah.. Dengan rasa gembira dang akan menghabiskan duit untuk menjadi santapan.. Ini berlaku bila lepas je settle semua, dang and the geng terus melangkah ke Pizza Hut.. hahaha.. Ni katanya berjimat ?? So, apa pendapat korang.. hihihi.. Tapi service yang kitaorang dapat amat mengecewakan kat Pizza Hut cawangan Dungun ni.. Perut yang berkeroncong lapar terus kenyang tengok layanan yang diberikan.. Hurm... Tak terkata kitaorang.. huhuhu.. Dah orderkan, jadi makan je la..





kecewa dengan Pizza.. :(
Selesai makan, tiba masa untuk sambung kerja dekat rumah plak.. Sesi mengemas belum lagi selesai.. Dalam dua hari jugalah, dang dan Eton selesaikan kerja-kerja yang perlu dilakukan.. Agihan kerja dah buat, jadi masing-masing cuma melaksanakannya dengan baik je..

Hari ini, betul-betul rasa lega sebab semuanya bereh...  Hati rasa gumbira.. Mata pun tak ada la nampak semak je... hihi.. Alhamdullilah, semuanya berjalan lancar... 

Esok bermulalah hari pertama kuliah.. berdebar plak rasanya nak masuk kelas.. hihi


peace ;p

2 comments:

Deeba Debab said...

apahal gambar semua nampak cm lain?? adakah ini disebabkan setting deeba hari tu? HAHAHA

Dang Intan Duka said...

deeba debab:

poyos lak ek..hahah



peace