Sunday, 18 September 2011

Pesaing Baru...

Haloha...

Hanya hiasan semata-mata
Kuliah hari ini bermula dengan satu kejutan.. Sepatutnya kelas dang bermula pada pukul 12 tengah hari, tapi terpaksa dibatalkan di atas sebab-sebab tertentu.. Jadi, kuliah dang seterusnya bermula pada pukul 2 petang.. Kelas FIN533 ni under Encik Johari atau lebih mesra di panggil En Jo.. Ini adalah pertama kali masuk kelas subjek FIN ni.. hoho.. Memang berdebar la kan.. Semester lepas pun ada gak amik subjek FIN420, lain sikit dari kod ni.. Tapi nasib tak baik, kena la ulang lagi buat kali kedua.. hurm.. teruk-teruk.. :( Lepas tu, lebih-lebih lagi bila tengok semua pelajar yang join, semuanya yang dang tak kenal.. Dang ada gak cari geng-geng part dang tapi, tak seorang pun muncul lagi.. Maybe dorang datang lewat kot.. Biasalah, dah seniorkan orang cakap.. Datang lewat tu dah biasa.. hoho

Mula-mula dang masuk je dewan tu, dang dapat perhatikan ramai pelajar baru.. Boleh dikatakan separuh kelas hanyalah pelajar baru.. 
Time tu, pelajar lama hanya dang dengan Rozi sahaja.. 
Dang bagi tahu Rozi, 
" Sekarang ni, kita dah ada persaingan baru.. 
Kena struggle gila-gila macam ni.. Kalau tak, boleh malu ni.. "
Rozi hanya mengangguk dan masing-masing berfikir sejenak..

Bukan apa, bila dang tengok pelajar baru join kelas dang sama-sama, dang rasa macam budak baru pun ada.. Sebab dahulunya budak kelas dang lebih kurang 40 orang dari semester 1, tapi bila dah sampai ke semester 3 ni, yang tinggal hanyalah 20 lebih je.. 
Mana yang lain pergi ?? 
Korang pandai-pandailah fikirkan.. 

Sekarang ni dang dah mula sedar, persaingan ini baru sahaja bermula.... 
Lepas ni, banyak lagi persaingan yang bakal dihadapi dalam hidup.. Ini semuanya baru permulaan.. 
Time belajar, macam ini lah.. Jadi, dang kena tingkatkan usaha.. 
Berusaha !!!!!!


peace ;p

2 comments:

MellProps said...

bersainglah dengan sihat, good luck ^^

Dang Intan Duka said...

doodlelicious:

terima kasih..
hihih


peace