Haloha.. :)
sekarang dang mahu kongsikan apa yang berlaku di Morib.. hihihi.. mesti korang semua tak sabar-sabar kan?? hihi.. ok la, untuk hari pertama dang dan kawan-kawan yang lain berbincang dan menunggu ketibaan adik-adik dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 3 Bandar Kinrara, Puchong.. untuk apa?? ni la yang dang nak kongsikan.. adik-adik dari SEMESTI (singkatan nama bagi sekolah) ni, akan mengikuti Kem Kepimpinan untuk Badan Beruniform.. yang diadakan di Kem El-Azzhar, Morib selama 3 hari.. kira adik-adik ni semua akan tidur kat dalam khemah dan mengikuti semua aktiviti untuk ketahanan fizikal dorang... :) macam-macam aktiviti dah dibuat.. semuanya dah di tapis sebaik-baiknya.. untuk dang dan kawan-kawan yang lain datang ke sini adalah menjadi sebahagian dari komiti ni untuk kelancaran program dan menjadi fasilitator untuk 3 hari 2 malam ni..
sesi taklimat dari Abg Isa yang bertopi hitam tu.. |
sebahagian fasi lelaki... dari kiri: daus, abg roe, anas |
sebahagian fasi perempuan.. dari kiri: iqa, hajar, dang |
ni la sebahagian adik-adik yang datang ke kem ni.. ramai la jugak peserta kali ni.. bilangan yang hadir ialah 106 orang pelajar dari lelaki dan perempuan... memang 1 Malaysia, ada melayu, cina dan india.. :)
beratur.. beratur.. jangan main-main.. :) |
seterusnya aktiviti adik-adik ni ialah mendengar taklimat perkhemahan, makan dan sebagainya... bila malam menjelang, ada lagi aktiviti yang disajikan.. sekarang time adik-adik untuk dipecahkan dalam kumpulan yang kecil plak.. malam tu, ada 10 kumpulan.. dalam kumpulan tu, adik-adik kena buat headband dan juga logo + nama kumpulan.. lepas tu, kena present.. siap dengan cheer lagi.. ada yang mantap, ada yang cool je dan ada jugak yang vogue gitu.. hihihi... memang susah nak handle tapi tu semua cabaran.. adik-adik ni memang kuat bercakap... memang tak pernah kenal erti letih betul.. hohoho.. tapi bila dang bagi taklimat untuk sesi markah dan denda, semuanya senyap.. sebab terpaksa la tegas sikit.. bukan apa, untuk kebaikan bersama juga.. :) tapi adik-adik ni memang sporting.. cayalah!!
untuk pengetahuan semua, ni adalah pertama kali dang handle untuk adik-adik yang datang ke kem dari unit beruniform.. sebelum ni kem lain yang dang handle.. jadi memang memberi banyak pengalaman untuk hari pertama kali ni.. :)
............. bersambung ............
peace ;p
6 comments:
cayalah Dang.. =)
Keep Gud Work..
Demi Untuk Nusa Dan Bangsa... =)
gary datang dari blog firdaus...gary follow cne yer...
khairul anam:
thanks.. :)
doakan dang selalu ok..
peace
gary:
ow..yeke??
thanks sbb sudi flw dang.. :)
peace
ko jadi fasi ni under ape?
uitm eh?
wendu anassssss!
cik areen:
under club aku msuk dlu..
time diploma..PerFACT..under persatuan UiTM..
hohoho
peace
Post a Comment