Haloha semua..
Selesai je jenguk blog teman-teman blogger yang lain, banyak crita yang mereka kongsikan... tentang perkhawinan la, luahan rasa, bercuti bersama keluarga dan mcm-mcm lagi... segmen atau GA?? itu pun dang dah join untuk hari ni.. bukan apa, sekadar suka-suka untuk bertukar info dan pengalaman.. :)
dalam duduk saja-saja ni, sambil teman ayah dang tgk tv, dang buka la balik gambar-gambar kenangan dang semasa time diploma dulu dalam Miss Bibi ni (nama manja utk laptop dang).. bila teringat balik, sedih, kelakar pun ada.. lebih-lebih lagi bila dalam kelas lakonan.. :) time dalam kelas lakonan la, kita boleh release tension walaupun kita akan makin tension bila feel dalam watak tu tak sampai.. hihihi... dalam kelas lakonan jugalah, dang dapat belajar mcm mane menjadi seorang yang berani berdepan dengan orang ramai.. berani berkata-kata dan explore untuk membuahkan idea yang terbaik..
pernah dulu time final lakonan, dang pegang watak perempuan kaberet.. dan idea tu dipuji oleh pensyarah dang, Puan Amy.. :) time tu rasa bangga pun ada.. sbb bukan senang untuk cri idea yang lain dari yang lain.. tp utk kali ni, gambar tu tak dapat la dang nak kongsikan atas sebab tertentu.. :) tapi tu semua hanya tinggal kenangan.. pape pun trima kasih kepada rakan-rakan dang.. sayang korang!! :)
teman seperjuangan dalam Diploma Seni Layar sesi Julai 2007.. |
exam lakonan semasa Part 2.. final.. bergandingan bersama Mat.. time ni memegang watak isteri kepada Mat, situasi tengah bertekak sebab anak dara mereka.. |
inilah dia Puan Amy atau lebih dikenali Puan Aminah Rhaphor dan juga Puan Zizie.. menjadi juri untuk lakonan.. hoho |
memegang watak perusuh semasa teater NATRAH di Istana Budaya.. :) |
untuk kali terakhir dang berlakon ialah semasa di Istana Budaya.. untuk melakonkan watak perusuh dalam teater NATRAH, arahan Erma Fatima.. time ni dang boleh terjebak pun sbb dang buat praktikal under Erma Fatima.. sambil tu, bolehlah ceduk sikit2 pengalaman dari yang berpengalaman kan?? hihi..
jadi kepada sesiapa yang mahu menjebakkan diri dalam bidang seni ni, korang semua mestilah kuat dari segi mental dan fizikal taw.. jangan mudah terpengaruh dengan anasir luar dan jadilah diri sendri.. :) itulah perkongsian untuk hari ni dari dang...
peace ;p
No comments:
Post a Comment