Sunday 5 June 2011

Gila-gila REMAJA..!!!

Haloha.. :)
Hari ni dang nak kongsikan bersama semua tentang sahabat-sahabat dang.. dang pasti, semua mesti ada kawan sepermainan, kawan membuli, kawan mengumpat (lebih baik jauhkan) hihi.. dan seangkatan dengannya.. 

SAHABAT, TEMAN, KAWAN, MEMBER..

Maksudnya sama kan?? dang pasti semua berpendapat istilah di atas tu sama je tapi tidak bagi dang.. dari semua istilah tu, dang lebih suka gelarkan kawan, teman ataupun sahabat.. cuma tahap je la yang berlainan sikit... mcm status.. hihi.. bagi dang, bila kita memanggil kwn kita sahabat, itu lebih bermakna dan membuatkan kita menghargainya.. :) bila kita memanggil member tu, tak ada la kita ni dianggap tidak menghargai cuma kurang sikit.. maksud dang, kita berkawan hanya biasa-biasa saja.. tak ada la nak berkongsi sangat yang personal.. hanya luaran semata-mata dan untuk meluangkan masa ketika kesunyian.. 

kali ni dang nak kongsikan teman-teman yang menjadi penglipur lara dang semasa di zaman diploma dahulu.. time ni mcm-mcm tempuh.. onak duri semua ada la.. kena maki sama-sama.. nanggis sama-sama.. gelak besar pun sama-sama gak.. memang tak dapat nak dipisahkan la.. hihihi

gambar yang pertama ni, sewaktu dang dalam mood berpraktikal... time ni la semua kerja gila yang dang nak buat, dang buat.. hihi.. bukan apa, time ni geng semua nya sporting dan boleh trima dang seadanya.. sempoi plak tu.. merangkap open minded je.. dang boleh menjadi diri dang sendri.. :) 
time ni dang dlm part 5 dan 6, diploma.. dang boleh ngam dengan dorang ni bila sama-sama 1 bumbung dalam berpraktikal...

belakang: nita, dang, arin
depan: maria, iqa
ni plak merangkap teman dang.. Maria ni memang sewel sikit.. dia memang relaks je.. sangat pentingkan persahabatan.. kira memang berbaloi siapa2 sahaja dapat berkawan dengan dia ni.. tak mudah melatah dalam pape aspek tapi akan cepat bertindak bila kwn dia kena buli.. hihi..walaupun mulut dia boleh tahan, tapi dang tak kesah.. sebab dia ni jenis jujur.. kpd yang tak knl memang akan anggap dia ni minah kerek!! tapi dia cool beb.. dia juglah sifu dang dalam berblogging ni.. :) mula rapat selepas selesai berpraktikal.... lama gila tak jumpa.. rindu!!


ini pula teman dang dari semester 1 hinggalah ke semester akhir... walaupun berlainan kos, tapi dang dan Alin ni memang 1 kepala.. semua crita dalam dan luar si Alin  ni tahu.. bukan apa, dang anggap dia ni mcm adik dang.. jadi, bila berkongsi crita tu untuk pengajaran dia gak.. :) dalam bab nasihat pun, dang selalu berkongsi dengan dia.. bukan apa, Alin ni lurus sikit.. tp tetap cute gitu.. :) Alin ni paling lama dang tak jumpa.. selepas je habis diploma, masing2 sambung belajar.. lagi la susah nak jumpa.. huhuhu.. 


ni plak kawan seangkatan dengan dang.. ni hanya segelintir.. dengan mereka ni la dang banyak belajar tentang selok belok dunia seni ni dan mcm mane mau cari duet dalam bidang ni.. semuanya da kelebihan masing-masing.. sekarang ni ada yang dah pergi fly ke oversea, jadi penari yang berbakat dan juga berjaya dalam bidang produksi.. ilmu untuk bidang ni memang banyak dorang dah tempuh.. :)

faiz, dang, wani (manggis) dan apit
 gambar-gambar terakhir yang telah sempat dirakamkan 
sebelum masing-masing dengan haluan sendiri.. :)




untuk penutup dang nak juga kenalkan kawan dang yang sorang ni.. walaupun dah lama menghilangkan diri tapi dang tetap nak kongsikan jugak... nama dia Syirah.. dang mula rapat dengan dia dari semester 2 sehinggalah ke semester 5.. bila naik semester 6, keadaan mula berubah.. tak tahu mana silapnya, dang dengan dia dah tak bertegur sapa... kira sampai sekarang dang dengan dia dah lost contact.. bukan dang tak nak hubungi dia, cuma dang belum bersedia lagi.. biarlah masa yang menentukan.. dang akan tunggu masa tu tiba juga.. :) dengan syirah ni, susah senang memang banyak bersama-sama.. dia seorang yang keras sikit.. tak semua orang boleh tahan dengan dia.. tapi dang mantain je.. sampaikan semua kawan-kawan dang pun tertanya-tanya mcm mane dang boleh rapat dengan si syirah ni.. dang hanya tersenyum je.. sebab dang tahu, bila dang berkawan memang akan berkawan betul2.. tak akan ada istilah tikam kawan atau sebagainya.. :)




kepada sesiapa yang mempunyai kawan baik, sahabat, teman atau sebagainya.. 
hargailah sahabat anda dengan sebaik-baiknya.. bukan senang untuk mendapat seorang kawan yang boleh trima kita seadanya dan akan sokong kita atau akan bantu kita bila susah.. 

kawan dalam masa senang memang banyak 
tapi bila kawan dalam waktu susah memang susah nak cari kat dunia ni lagi.. :)

jadi marilah kita menambah sahabat, jangan menambah musuh... 


peace ;p

4 comments:

Hizami Li said...

hehe.
kdg2 rindu teman yg lame.
:)

Dang Intan Duka said...

hizamirahim:

taw xpe..
maken jauh di mata..makin dekat di hati.. :)


peace

Marya Hana said...

oi aku mana ade sewel. (coverline).

aku tengah lap hingus yg turon menderu mase bace entry kau ni. haha.

thanks sahabat ! :)

Dang Intan Duka said...

marya hana:

yeke tak?? alala..hahha

mak aih.. ko terharu ke sbb tak sihat ni??
hohoo.. jg dri baik2.. :)

ur welcme..

peace