Monday 6 June 2011

Roomate VS Housemate..

Haloha semua... 
macam mane keadaan blogger hari ni?? mesti dalam keadaan yang ceria kan.. biasalah hari Isnin kan, hari semua yang bekerja akan berkobar-kobar dengan semangat baru.. hihi.. bagi yang tak bekerja macam dang ni, yang hanya duduk di rumah just melakukan rutin harian seperti biasa.. senang cakap buat kerja rumah merangkap memasak, membasuh, sapu sampah dan sebagainya.. :)

dalam melakukan kerja ni semua, tetiba dang teringat semasa zaman dang duduk kolej dulu.. kalau sebelum tibanya hujung minggu je, mesti akan plan untuk mengemas rumah.. dalam sebulan tu akan ada la hari-hari tertentu untuk gotong royong di rumah.. jadi, bila sampai hujung minggu semua isi rumah merangkap roomate tidak dibenarkan keluar... sebab?? kena kemas rumah sama-sama... baru adil dan yang paling penting bekerjasama.. hihihi.. time diploma dlu, dang menginap kat kolej kampus puncak perdana sekarang dikenali sebagai kolej Jasmine kalau tak salah dang.. bukan apa, dah setahun tinggalkan kampus.. tu yang tak berapa nak pasti.. kalau salah, maaf la yer kawan-kawan puncak tu.. hohoho.. rumah yang dang duduk ala-ala apartment la.. ada 5 tingkat.. setiap aras ada 4 pintu.. dalam 1 rumah ada 3 bilik, 1 ruang tamu, 1 beranda kecil tuk lepak-lepak, dan 1 beranda ampaian.. rumah tu bolehlah memuatkan 8 orang pelajar.. memang cukup selesa bagi dang.. dalam semester 1, memang penuh 1 rumah dang.. time tu, semuanya dari pelbagai kos.. memang bervariasi.. hihi.. jom kenali roomate dang semester 1.. :)

fiza, arina, tia, dang, ayu, fatin, alin, mira

dang dan alin...
sentiasa ceria bila dalam saat duka.. :)

depan: dang, alin, fiza
belakang: arina dan tia
Pernah dulu dang duduk berdua je dengan teman dang.. time tu dang tak berapa ingat dang dalam semester brapa tapi disebabkan dang menjadi Pembantu Mahasiswa, untuk 1 rumah tu dang hanya duduk berdua sahaja.. memang heaven gila dang rasa.. teman dang ni kos IT, namanya Syrah.. dia seorang yang gila-gila dan memang memahami la.. :)

dang dan syrah..
sama-sama Pembantu Mahasiswa (PM) dalam biro pendaftaran..
Tu hanya segelintir kehidupan dang bila ada roomate merangkap housemate sewaktu diploma dulu.. bila dah berhijrah ke Dungun untuk melanjutkan pelajaran.. baru pertama kali dang kena duduk luar kolej.. lebih tepat lagi kena cari rumah sewa.. memang 1 pengalaman.. dah la dang tak kenal sapa-sapa.. jadi bila mencari rumah sewa tu hanya ada masa selama 1 hari je.. sbb time tu fmly dang akan berangkat ke melaka.. orang kata, dah memang rezeki, dang dapat la rumah yang berhampiran dengan UiTM dungun.. hanya mengambil masa 20 minit gak la untuk ke kampus kalau jalan kaki.. tapi bagi dang itu dah cukup dekat... untuk isi rumah plak, memang bernasib baik sangat-sangat.. untuk pertama kali menjejakkan kaki kat dungun, dang bertuah dapat housemate yang boleh tolak ansur dan setia kawan la yang boleh dang cakapkan.. tak berat tulang.. tu yang paling utama.. :) ni kenangan dang bersama housemate semasa dang dalam semester 1 dalam ijazah..

iqa, neha, jemah, mas

dang, iqa dan mas

neha, dang dan mas
untuk semester 2 plak, dang bertukar housemate lagi.. kali ni sorang dari budak kelas dang dan juga student baru.. dengan dorang ni, boleh tahan gak.. masing-masing open dan relaks je.. nak gelak sakan ke, apa ke.. memang dengan dorang ni la.. dan untuk semester akan datang ni, dang mantain bersama dengan dorang.. kira dah boleh anggap setahun la nanti menetap di bawah 1 bumbung yang sama.. Jumpa bulan september nanti yer kawan-kawan.. hihihii

dang, eton (budak kelas dang) dan wanie
dan untuk itu juga, dang akan dapat sorang roomate baru.. bukan la dang tak kenal pun, dia pun salah seorang budak kos dang.. merangkap member untuk group asigment (DEJAVU)..hihihi.. orangnya simple dan sensetif.. dengan dia ni la dang selalu jalan-jalan dan ronda sekitar tganu.. tak berkira tu yang paling bagus sekali..hihihi

erin dan dang..
jadi, itulah serba sedikit tentang Roomate VS Housemate dang yang dang dah tempuh hidup bersama.. macam-macam pengalaman dan aktiviti yang dang dah lakukan bersama mereka.. walaupun ada yang dah jauh dan tidak tinggal serumah tapi semua tu tak membataskan masing-masing untuk bertukar crita.. :)


peace ;p

6 comments:

suha said...

masa stadi ialah masa paling best (^_^)

tol x?

Unknown said...

bestfriends sehati sejiwa..

Dang Intan Duka said...

suha:

yup..tepat sekali...
sokong ngan kata-kata suha..hihi

peace

Dang Intan Duka said...

rahmad:

tepat.. tapi bukan mudah utk mendapatkannya..

peace

Nur Arina said...

dayah ko ade lg gmbr mse sem 1 dlu??aku bru ingt..hehehe..

Dang Intan Duka said...

nur arina:

yup..ttp tersimpan kemas.. hihi

peace