Saturday 9 July 2011

Perginya Seorang Seniman...

Haloha..

Dalam membelek-belek facebook, tetiba dang dapat berita sedih bahawa seorang senior dang time diploma dulu telah kembali menghadap yang Maha Esa semalam.. dengar khabar si arwah telah meninggal dunia disebabkan kemalangan.. sekarang ni dang masih lagi mengikuti perkembangan si arwah.. detail bagaimana si arwah meninggal belum lagi dang ketahui.. si arwah telah meninggal pada hari Jumaat.. dang dapat tahu berita ni melalui open group TEKA.. :(

Si arwah atau nama sebenarnya Syed Ahmad Mubaraq Syed Omar atau lebih dikenali sebagai Mamu di kalangan pensyarah dan junior-junior.. si arwah masih muda lagi.. hurm.. selama yang dang kenal si arwah, beliau banyak membantu junior-junior, tak kira la secara langsung atau tak.. si arwah juga selalu bercerita mengenai muzik.. arwah juga sentiasa menceriakan hari-hari orang yang ada sekelilingnya.. kehilangan si arwah ini membuatkan dang betul-betul terkejut.. 

ini adalah bingkisan beberapa photo si arwah yang dang ambil dari teman dang iaitu Syuk.. gambar ini diambil sewaktu si arwah bersama kumpulannya, SERAMBI membuat persembahan..



ini telah membuka mata dang bahawa mati tak mengenal usia...

semoga arwah akan ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman...
AL-FATIHAH..



peace 

No comments: