Thursday, 14 July 2011

Ole-Ole Buat Orang Semenanjung.. :)

Haloha.. :)

Pernah dengar tentang KEK LAPIS SARAWAK ????? dang pasti semua teman-teman blogger kenal dan pernah makan kek ni... hihihi.. sesetengah orang minat dengan kek ni, ada yang cakap sedap sangat, ada yang boleh habiskan 2 ketul kek ni terus dan tak kurang juga ada yang kurang minat... hihi.. dang tergolong dalam kurang minat makan kek lapis ni.. hihi.. kalau kawan-kawan dang tahu mesti dorang akan cakap kat dang, memang rugi sebab tak makan kek ni... tapi dang tetap wat tak tahu je.. hahha... sebab kek ni kalau dijual kat semenanjung memang mahal, itu tak dinafikan... jadi, rezeki dang duduk dekat sarawak ni, so hari-hari boleh makan kek lapis ni cuma dang je tak mahu makan.. :) kepada kawan-kawan yang suka makan kek tu jangan marah ek... hihihi

kali ni, untuk orang semenanjung memang beruntung sangat-sangat sebab mak dang akan bawa ole-ole kek lapis ni untuk orang sana, lebih-lebih lagi dekat saudara mara dang yang ada kat selayang tu.. bukan la mak dang nak bagi semua penduduk semenanjung tu... jangan salah faham ek.. hihih.. tiap kali balik sana, mesti tak tinggal la kek ni... memang 1 kotak yang pasti akan bawa ke sana bezanya kotak besar atau kecik je.. kali ni, mak dang bawa kotak besar punya.. hahha.. mana tak nya, semalam mak dang berhabis shopping kek lapis kat sini, gara-gara nak bawa ke semenanjung hari ni.... hihi.. mak dang jenis tak kisah asalkan bahagia.. hoho

untuk pengetahuan semua, kek lapis ni ada macam-macam perisa taw.. ada yang mint dan ada yang biasa je.. perisa oren, strawbery, cheese, coklat, milo, masam-masam manis, ati pari dan banyak lagi la.. dang pun tak ingat sangat nama kek ni.. hihihi... sekarang ni ada plak kek lapis sisik ikan.. korang jangan salah anggap plak, bukan ada sisik ikan yang betul-betul tu, cuma nama dan corak dia tu macam sisik ikan.. kat bawah ni la kek lapis.. ni untuk rasa.. :)



tengok tu, banyak kan kek lapis mak dang beli... semalam 21 ketul mak dang beli.. mak aih!! tak pernah-pernah dibuat orang.. memang kotak besar semalam dang angkat.. hahha... 


jadi, kepada yang datang sarawak tu, cari la kek lapis yer.. :) murah-murah je kat sini...


peace ;p

4 comments:

Marya Hana said...

mak aku bawak balik 3 bijik aritu,
kawan die balik dr sarawak.. sebijik cam dalam gamba tu..

dang intan duka said...

marya hana:

sedap tak?? mesti ko mengidam lagi kan.. hihi
memang semua orang jual kat sini, cume beza warna dia jer.. :)

H.J said...

bila nk post kat sni dang??hehe

dang intan duka said...

H.J:

meh la bg adress..hihi