Thursday, 7 July 2011

Hampir Di patuk ULAR..

Haloha semua.. :)

MIMPI?? 

dang pasti semua orang mesti pernah mengalami mimpi kan.. cuma yang membezakan hanyalah mimpi baik atau pun buruk.. dang jugak tak terkecuali.. kadang-kadang orang cakap jangan percaya sangat tentang mimpi ni sebab ia adalah mainan tidur.. ada sesetengah orang plak cakap mimpi ni kadang-kadang memberikan 1 maksud tersurat yang ditujukan kepada pemimpinya.. hurm... jadi, dang tak tahu mana 1 yang sahih.. sebab masing-masing ada pendapat yang tersendri kan.. :)

bukan apa, dang ingin bertanya kepada teman-teman, pernah tak korang bermimpi tentang 
ULAR?? 
bila korang bermimpikan ular, apa yang terlintas di kotak fikiran korang time tu?? mesti ada yang pelik, seram atau anggap lawak kan.. korang pernah tak terfikir yang mimpi tu menjadi petanda buat korang ker??  

sumber dari Google...

adakah ia sekadar MIMPI???

Si Gadis sedang sibuk mengemas buku-buku di rak buku yang berdekatan dengan Si Gadis.. Tanpa disedari, ada sepasang mata yang galak sedang memerhatikan setiap tindak tanduk Si Gadis.. Si Gadis merasakan ada sesuatu yang sedang mengganggunya.. Perasaan tidak sedap hati tiba-tiba muncul namun perasaan itu, dilemparkan jauh-jauh dalam hati Si Gadis.. sepasang mata itu adalah kepunyaan seekor ular yang sangat berbisa.. matanya yang hitam, lidah yang panjang terjelir dan berbisa, saiznya yang boleh melilitkan badan seorang manusia hanya menunggu masa sahaja untuk bertindak... apabila ada sahaja peluang, ular itu cuba untuk mematuk Si Gadis namun nasib masih lagi menyebelahi Si Gadis dan masih lagi terselamat dari dipatuk.. 

Persoalannya, 
sampai bilakah Si Gadis akan terselamat??
 Apakah tanda adanya ular itu yang ingin mematuk Si Gadis???

Renung-renungkan...



peace ;p


2 comments:

miss anonymous said...

itu tandanya orang nak masuk meminang cik oii :)

Dang Intan Duka said...

hani yusra:

yela tu kan..bukan tanda yg tak elok ker...
hoho