Saturday 30 July 2011

Ding Dong !!!!

Haloha.. :)

hurm.. hari ni dang terasa boring... myb hujung minggu ni tak ke mana.. dari pagi sampai sekarang duduk rumah.... bukan sebab tak ada masa untuk keluar berjimba, untuk hujung minggu kali ni ayah dang ada kerja yang perlu di buat... jadi, dang terpaksalah duduk rumah.. si Deeba plak, ada lawatan pergi Taman Buaya.. secara tak langsung, Deeba ada juga aktiviti cuti-cuti ni.. hohoho

jadi, kali ni dang nak langsaikan tugas yang tertangguh.. iaitu berkongsi tips untuk berbuka plak.. untuk bersahur tekan ni, Tik Tik.. tak banyak yang dang nak kongsikan sebab dang pasti masing-masing tahu kan apa yang perlu dilakukan bila berbuka nanti..

MAKAN HIDANGAN MANIS 
untuk permulaan, korang semua bolehlah makan benda manis dulu (kurma, kuih-muih, minuman manis).. bukan apa, ni semuanya untuk mengembalikan tenaga yang dah hilang dalam seharian berpuasa.. lepas tu, jangan minum air sejuk dulu, sebab nanti korang akan mengalami kembung perut.. kang tak pasal-pasal buncit terus.. kembung dengan air..

LAMBATKAN MAKANAN BERAT
korang jangan salah faham, bukan dang suruh minum air je cuma kalau nak makan tu, seeloknya selepas solat maghrib.. bukan apa, ni juga penting untuk mengelakkan saluran dalam badan tu terkejut.. kang makan banyak-banyak, terus tak larat nak solat.. terawih pun entah ke mana.. hoho..

BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG
untuk bersahur dan berbuka, sudah pasti air kosong penting dalam kehidupan seharian.. jadi jangan lupa amalkan untuk minum dalam kuantiti yang banyak..


peace ;p

2 comments:

maszull said...

salam Ramadhan Hidayah dr mama...

jom join segmen mama boleh...:)

http://maszull.blogspot.com/2011/08/jom-join-segmen-wedding.html

Dang Intan Duka said...

maszull:

thanks mama.. :)


peace